Selasa, 8 September 2026

IRAN BERTEKAD MENYERANG


IRAN AKAN SERANG

KAPAL AMERIKA

BERKUSA NUKLEAR

AMIN

CEPAT LAGI PANTAS

 

CEPAT LAGI PANTAS

KAH KAH KAH

AMIN

KE ARAH PRU16


GARIS KE ARAH

PRU 16

PENYATUAN MELAYU

 AMIN

UMNO DAN PAS

KERJASAMA 

HUMBAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS



PAU 2026: PH Tak Dijemput, PAS Diundang — UMNO Mahu Fokus Naratif Penyatuan Melayu

KUALA LUMPUR | 7 Sep 26 — UMNO tidak menjemput Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 September ini, manakala Pas pula diundang menghadiri perhimpunan berkenaan.

Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, jemputan kepada Pas dibuat sebagai membalas undangan yang diterima UMNO untuk menghadiri Muktamar Pas Ke-72 di Kota Bharu, Kelantan, hujung minggu lalu.

“Ada ubi, ada bataslah. Jika mereka (Pas) jemput kita, kita jemput mereka lah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keputusan menjemput kepimpinan tertinggi Pas itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Bagaimanapun, Zahid berkata PAU kali ini tidak akan membuat keputusan mengenai kerjasama UMNO dengan mana-mana gabungan, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Menurutnya, perbincangan lebih menjurus kepada kesan dan mudarat terhadap UMNO serta Barisan Nasional (BN) sekiranya sesuatu bentuk kerjasama diadakan.

Dalam masa sama, Zahid mengangkat persoalan penyatuan Melayu ketika menjelaskan pendirian berhubung hubungan antara parti-parti Melayu.

“Masyarakat menginginkan orang Melayu menghubungkan perpaduan Melayu. Bukan hanya kepada UMNO tetapi kepada parti-parti Melayu.

“Saya tidak mahu menghubungkan parti-parti Melayu tetapi pada keseluruhannya orang Melayu mahu supaya penyatuan Melayu direalisasikan semua,” katanya.

Kenyataan itu menunjukkan isu yang dibawa Zahid bukan semata-mata mengenai hubungan antara UMNO dengan mana-mana parti, sebaliknya turut dikaitkan dengan gagasan penyatuan Melayu secara lebih menyeluruh.

Pada masa sama, beliau menegaskan PAU 2026 belum akan menentukan bentuk kerjasama politik UMNO bagi PRU16, sebaliknya perkara itu akan dilihat berdasarkan kesan dan mudaratnya terhadap UMNO serta BN. @sumber

ZIONIS MASUK MENGGANAS KE MALAYSIA


DULU BLACKROCK

SYARIKAT  ZIONIS

BELI 39 LAPANGAN

TERBANG MALAYSIA

AMIN

HARI INI 

SYARIKAT ZIONIS

KKR BELI

HOSPITAL AVISENA

KHALAS



KENYATAAN MEDIA OLEH BDS MALAYSIA

Avisena Healthcare Perlu Menilai Semula Keputusannya Berhubung KKR

BDS Malaysia amat kesal dengan keputusan Avisena Healthcare untuk membenarkan firma pelaburan Kohlberg Kravis Roberts & Co (KKR) memperoleh kepentingan yang signifikan dalam syarikat tersebut.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai KKR:
1. Ia merupakan pelabur utama dalam platform hartanah yang menyenaraikan hartanah di penempatan khusus untuk orang Yahudi di Tebing Barat. Penempatan-penempatan ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.

2. Ia melabur secara besar-besaran dalam infrastruktur teknologi dan data Israel, dengan sengaja mengabaikan—dan seterusnya membolehkan—genosid serta pembersihan etnik yang dibantu oleh teknologi tinggi yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

3. Acara-acara kebudayaan yang disokong oleh syarikat-syarikat milik KKR sedang diboikot di Eropah disebabkan oleh penglibatan KKR dalam genosid di Gaza.

Secara ringkasnya, KKR ialah sebuah syarikat yang menyokong dan membolehkan negara Zionis Israel—yang sedang melakukan jenayah apartheid dan genosid serta pencabulan hak asasi manusia rakyat Palestin yang berterusan. Ia melakukan tindakan ini dengan pengetahuan penuh serta kesedaran mengenai bukti yang banyak berkaitan dengan jenayah-jenayah yang sedang berlaku itu.

Walaupun kami menghormati keperluan Avisena terhadap modal, tindakan menerima dana daripada entiti yang secara terbuka dan tanpa segan silu menyokong genosid, pendudukan tentera secara haram, dan perluasan penempatan di wilayah Palestin yang sedang berlaku menimbulkan persoalan etika yang serius. Ia pastinya menjejaskan nilai-nilai Avisena sebagai syarikat penjagaan kesihatan yang komited terhadap layanan berperikemanusiaan dan adil untuk semua.

Amatlah menyedihkan melihat Avisena, sebuah syarikat penjagaan kesihatan, menjalin hubungan dengan entiti yang, melalui tindakannya, terlibat dalam serangan Israel terhadap sekurang-kurangnya 968 sasaran penjagaan kesihatan antara Oktober 2023 dan Mei 2025—termasuk 176 kemudahan perubatan, 36 hospital, dan 257 ambulans—serta pembunuhan lebih daripada 1,700 petugas kesihatan di Gaza oleh Israel.

Amat mengecewakan melihat Avisena—yang dinamakan sempena doktor Muslim terkemuka dari Zaman Kegemilangan Islam—menjalin hubungan dengan entiti yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam dan Kristian di Gaza dan Tebing Barat oleh Israel.

Kami menggesa Avisena untuk menilai semula keputusannya menerima modal daripada KKR memandangkan fakta-fakta yang telah dinyatakan di atas. Umum mengetahui bahawa KKR bukanlah satu-satunya pembida. Sementara itu, kami menggesa orang ramai di Malaysia supaya meneliti hati nurani mereka dengan teliti sebelum membuat keputusan sama ada untuk menggunakan kemudahan Avisena.

BDS Malaysia
8 September 2026

BILA DI PECAT - SILA BERUNDUR

 

YAM TUAN

TELAH DI PECAT

OLEH TOK UNDANG BEROMPEK

AMIN

SEMUA  MENGIKUT 

ADAT  ISTIADAT

AMIN

UNTUK 

MEMPERKUKUH

ADAT 

PERLU BERUNDUR

KHALAS


Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz dikuatkuasakan serta-merta


SEREMBAN: Proklamasi di bawah Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir diputuskan untuk dikuatkuasakan serta-merta.

Keputusan itu dibuat oleh Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin susulan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menandatangani proklamasi berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Sidang Khas dan Pengumuman Surat Cara Proklamasi Perkara 10 UUTKNS, penguatkuasaan itu bagi memelihara kedaulatan undang-undang serta keluhuran Perlembagaan.

“Dengan penurunan tandatangan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos 2026 kepada proklamasi yang diperbuat pada 19 April 2026, maka Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin memutuskan bahawa proklamasi ini perlu dikuatkuasakan dengan serta-merta.

“Ia demi memelihara kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” kata kenyataan bertarikh 5 September itu.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan semua ahli pentadbiran kerajaan negeri disabdakan supaya mematuhi proklamasi tersebut dengan serta-merta serta menjunjung keluhuran Perlembagaan tanpa berbelah bahagi.

Kenyataan itu memaklumkan, semua Undang Yang Empat menandatangani proklamasi berkenaan berserta cop mohor masing-masing pada 19 April lalu bagi mengisytiharkan penurunan takhta Tuanku Muhriz.

Ismail kemudiannya menandatangani dan melengkapkan surat cara proklamasi tersebut ketika menghadap Tuanku Nadzaruddin Tuanku Jaafar di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu.

Majlis itu turut dihadiri Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau, Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungei Ujong.

Proklamasi yang ditandatangani Ismail menyatakan tindakan itu dibuat bagi memenuhi kehendak Perkara 10(2) UUTKNS dan melaksanakan peruntukan berkenaan.

Kenyataan sama turut menegaskan bahawa Tuanku Muhriz tidak pernah mencabar kesempurnaan penurunan takhta baginda pada 19 April lalu mengikut Perkara 10(2) UUTKNS di mahkamah.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut mendakwa mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 31 Julai lalu adalah tidak sah kerana dipanggil oleh bekas Yang di-Pertuan Besar tanpa kehadiran Undang Yang Empat yang disahkan mengikut Perkara 16(3) UUTKNS dalam rekod rasmi setakat 30 Julai lalu.

Mesyuarat berkenaan juga didakwa berlangsung tanpa kehadiran Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungei Ujong.

Justeru, kenyataan itu menegaskan kemuafakatan Undang Yang Empat dalam menjalankan prerogatif di bawah Perkara 10(2) UUTKNS pada 19 April lalu adalah sempurna mengikut undang-undang Perlembagaan.-UTUSAN.


TEATER ISAP PELIR


MUSTAHIL SUSAH

NAK CARI

KAH KAH KAH

INI TEATER

ISAP PELIR

KAH KAH KAH

KHALAS



INTERPOL sedang jejak Yusoff Rawther

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, diberitahu Polis Antarabangsa (INTERPOL) di United Kingdom (UK) sedang mengesan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther bagi membolehkan pendakwaan menyerahkan notis rayuan kepadanya.

Rayuan itu difailkan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff tanpa dipanggil membela diri, daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, dua tahun lalu.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pihaknya selaku perayu menghantar notis permintaan kepada INTERPOL di Manchester, UK pada 22 Julai lalu bagi mengesan Muhammed Yusoff (responden).

"Namun ada permintaan lanjut (daripada INTERPOL) mengenai butiran (berhubung responden) selepas itu, tetapi sehingga kini belum dapat disahkan keberadaan responden atau percubaan untuk menyerahkan notis kepada responden buat masa ini.

GARIS MENUJU PERPADUAN UMMAH


GARIS MENUJU

PERPADUAN UMMAH

AMIN

KES AZAM BIN BAKI KENAPA DI SENYAPKAN ?


MAT BURUT KLIM

LAWAN RASUAH

TAPI KES 

AZAM BIN BAKI

KES FARHASH

KES KOPORAT MAFIA

KENAPA SENYAP?

KHALAS

yopkome commented on 
"LAGI DUIT NEGARA KENA REMBAT"

Nuar sebagai mentiri jaga duit kena beetanggung jawab lah.. Bukan itu sahaja, PH macam buat buat lupa kes Azam Baki yg ada banyak saham waktu mrnjawat jawatan tertinggi dalam SPRM (sperm) ,begitu juga orang kanan Nuar iaitu Farhash yang sekelip mata menjadi billionaire...

kepada Nuar Dan kuncu kuncu nya jangan lah dok bekokok sana sini sedangkan ekoq dok bergelumang taik..adehhh bilavkes kes ni nak di RCI kan? Klau tak, jangan senbang lah nak bersih kan kaki sakau...kau sendiri yang bergelumang dengan penyakau penyakau bersiri dari kalangan kamu.

BERSEDIA BERKHIDMAT


DARI

BERSEDIA

 BERKHIDMAT

KE BERSEDIA 

MAKAN PAU

KHALAS

Unknown commented on 
"SCAMMER RASUAH POLIS?"

Persepsi masyarakat umum memang tidak merestui pasukan polis, hilang hormat hilang kepercayaan, hilang segalanya kerana majoriti perangai buruk, perangai rasuah, maki hamun orang-orang biasa, cium tangan VIP, apabila VIP sampai beratus polis atur berdiri terpacak, 

manakala kesusahan orang ramai sebatang pun tak ada nampak, asyik cari makan tepi jalan, meminta ugut memilih menjadi hakim tepi jalan, pun kita tahu kenapa tetapi masih mendiamkan diri kerana orang-orang sendiri kah kah kah kah,

walaupun semua penguatkuasa makan rasuah tetapi polis ini semakin teruk, mungkin kepala polis teruk binasa, dahulu masyarakat cukup respek Tan Sri Rahim Noor, selepas dia semuanya jenama haprak belaka kah kah kah kah kah

AFD - PARTI BUMIPUTERA GERMAN


PARTI BUMIPUTERA

GERMAN MENANG

BESAR

AMIN

ZIONIS ISRAEL - PROJEK ROHINGYA

 RANCANGAN

LICIK & JAHAT

KAUM ZIONIS

AMIN

RAMAI TERMAKAN

RACUN ZIONIS 

AMIN 

ANTI ROHINGYA

ERTINYA

SOKONG ZIONIS

KHALAS


Dari Myanmar ke Aceh, dan kini Malaysia: Taktik Israel cetus kebencian terhadap umat Islam Rohingya


Kebanjiran kandungan dalam talian yang menyebarkan kebencian terhadap pelarian Rohingya di Malaysia sejak akhir-akhir ini sebahagian besarnya didorong oleh maklumat salah dan slogan perkauman, dipacu oleh bot dan akaun palsu yang menggunakan ratusan video dijana teknologi AI dengan matlamat menyemai permusuhan orang ramai terhadap komuniti pelarian dan migran.

Gerakan berasaskan maklumat palsu ini menyerupai apa yang berlaku di Aceh pada 2023, apabila kempen kebencian dalam talian cuba membangkitkan kemarahan orang ramai dan tuntutan penduduk tempatan supaya mengusir pelarian Rohingya, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden Indonesia.

Rohingya-hatespeech_MnowTinjauan dan pemerhatian mendedahkan bahawa ledakan kandungan dalam talian ketika itu tidak berasal dari Aceh, sebaliknya direka di tempat lain sebelum diolah dan diselaraskan bagi memastikan ia memberikan kesan maksimum dalam kalangan penduduk tempatan, sekali gus memberi tekanan kepada calon presiden.

“Ia merupakan kandungan yang dibuat secara profesional,” kata Ann Mayman, wakil Indonesia bagi agensi pelarian PBB, UNHCR, yang dipetik oleh akhbar Britain, The Guardian, pada Januari 2024.

“Ia bukan dibuat dalam kampung nelayan di tepi pantai Aceh. Semua ini dibuat secara profesional dan melibatkan banyak penggunaan ‘bot’.”

Kandungan yang disebarkan itu serupa dengan apa yang kini membanjiri media sosial dan platform perkongsian video di Malaysia, yang menggambarkan Rohingya sebagai golongan tidak bersyukur, membazir sumber dan mengancam penduduk tempatan, di samping tuntutan agar pihak berkuasa mengusir mereka walaupun ia bermakna nasib mereka akan ditentukan oleh sebuah junta tentera yang telah membunuh puluhan ribu rakyat beragama Islam.

Selama beberapa dekad, pihak berkuasa Myanmar dan gerakan nasionalis yang dipimpin sami ekstremis Buddha cuba menggambarkan Rohingya sebagai orang asing yang tidak sepatutnya berada di negara itu. Mereka berulang kali dilabel sebagai pendatang haram berketurunan Bengali walaupun wujud bukti lama mengenai kehadiran mereka di Arakan, yang kini dikenali sebagai Negeri Rakhine.

Pihak berkuasa Myanmar mewujudkan persepsi bahawa mereka bukan komuniti asli yang mempunyai hak sah, sebaliknya kelompok orang asing yang kehadirannya menimbulkan ancaman kepada negara.

Antara individu yang menyebarkan dakwaan sedemikian ialah Ashin Wirathu, sami ekstremis dan ultra-nasionalis Myanmar yang terkenal dengan retorik anti-Islam yang menghasut orang ramai menyerang umat Islam.

Time_WirathuPada 2013, majalah Time mengisytiharkan Wirathu sebagai “wajah terorisme Buddha”. Dalam banyak cara, dia merupakan versi Burma bagi rabbi pelampau dari Israel, Dov Lior, yang secara terbuka menyeru agar rakyat Palestin dihapuskan.

Pada 2016, ketika junta Myanmar sibuk melakukan siri serangan kejam dan pembunuhan, keganasan seksual dan pembakaran perkampungan etnik Rohingya, Wirathu meraikan kemenangan pilihan raya Donald Trump dengan menyifatkan dirinya dan Trump sebagai mereka yang “menyekat bahaya Islamisasi”.

Antara pandangan lain yang dipegang Wirathu ialah Presiden AS Barack Obama “dicemari oleh darah orang kulit hitam beragama Islam”, bangsa Arab telah mengambil alih PBB, dan 90% umat Islam di Myanmar adalah “golongan yang jahat dan radikal”. Pandangan terakhir itu, bahawa orang Rohingya adalah “jahat”, kini menjadi slogan utama dalam kempen kebencian di Malaysia.

Sentuhan Israel

Dalam usaha membangkitkan kemarahan Melayu-Islam, salah satu naratif dalam kempen kebencian yang sedang berjalan sekarang ialah menyamakan umat Islam Rohingya dengan pendatang haram Yahudi yang merampas tanah rakyat Palestin. Tujuannya ialah sebagai peringatan kepada penduduk tempatan bahawa negara mereka juga bakal diambil alih oleh golongan pelarian ini.

Naratif ini juga turut disebarkan kepada penduduk tempatan di Aceh tidak lama dulu.

Hakikatnya, penghapusan etnik yang sudah lama dilakukan rejim Myanmar terhadap minoriti Rohingya bukan sahaja diinspirasikan oleh Israel, malah ia juga mendapat sokongan rejim Zionis itu.

Junta Myanmar merupakan salah satu sekutu paling rapat Israel di rantau ini. Malah, Myanmar (dahulunya Burma) merupakan negara pertama di Asia yang secara rasmi menjalinkan hubungan diplomatik dengan entiti Israel pada Julai 1953.

Sejak itu, hubungan politik dan ketenteraan berkembang, dan kedua-dua kerajaan saling bergantung dalam berdepan kecaman antarabangsa terhadap kempen genosid masing-masing.

Israel bukan sahaja membekalkan senjata kepada pasukan tentera “Tatmadaw” dari Myanmar yang bertanggungjawab melakukan genosid terhadap minoriti Islam di Rakhine, tetapi juga mengadakan perjanjian dua hala di mana kedua-dua negara bersetuju menulis semula sejarah mereka untuk memastikan bagaimana mereka diwakili dalam buku dan penulisan.

Pada 2019, apabila pemimpin Myanmar ketika itu, Aung San Suu Kyi, hadir ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mempertahankan pentadbirannya daripada tuduhan pembunuhan beramai-ramai Rohingya, duta Israel ke Myanmar, Ronen Gilor, memuat naik tweet mengucapkan beliau “semoga berjaya”.

Sebuah analisis yang diterbitkan oleh seorang penyelidik Palestin pada 2018 memperincikan persamaan antara layanan terhadap Rohingya di Myanmar dan rakyat Palestin di bawah pendudukan Zionis, dan mengenal pasti beberapa mekanisme yang sering diguna pakai: menafikan golongan minoriti identiti kebangsaan, melabelkan mereka sebagai pendatang, menggambarkan mereka sebagai ancaman, mengadakan kawalan pergerakan dan seterusnya pengusiran.

Muhammad Shehada menyenaraikan lapan kaedah penindasan Israel yang ditiru junta Myanmar.

1. Kewarganegaraan eksklusif
Kedua-dua Myanmar dan Israel mendefinisikan identiti nasional berdasarkan kumpulan etnik atau agama dominan, menyebabkan penduduk Rohingya dan Palestin dinafikan hak kerakyatan dan politik.

2. Melabel golongan minoriti sebagai Muslim/Arab
Kedua-dua Myanmar dan Israel menggunakan label seperti “Muslim” dan “Arab” dalam usaha menafikan identiti tersendiri komuniti Rohingya dan Palestin serta menimbulkan tanggapan kononnya mereka berasal dari tempat lain.

3. Panggilan ‘pendatang haram’
Walaupun wujud bukti sejarah tentang kehadiran mereka sejak sekian lama, kedua-dua Rohingya dan Palestin digambarkan sebagai orang asing yang berhijrah dan oleh itu tidak memiliki hak tuntutan sah.

4. Menggambarkan minoriti sebagai ‘ancaman kewujudan’
Pemimpin politik dan agama di kedua-dua negara cuba menggambarkan Rohingya dan Palestin sebagai ancaman keselamatan, di mana kewujudan mereka kononnya membahayakan identiti nasional yang dominan.

5. Pengusiran dan peluasan penempatan secara sistematik
Kedua-dua Rohingya dan Palestin berdepan perpindahan, pengasingan, sekatan pergerakan dan dasar penempatan, menyebabkan komuniti mereka semakin dihimpit ke wilayah yang sempit dan terkawal.

6. Diaspora yang diabaikan
Kedua-dua komuniti wujud sebagai diaspora besar akibat perpindahan, manakala mereka yang melarikan diri berdepan halangan untuk pulang ke tanah air. Dalam kes Rohingya, mereka juga tidak memiliki pasport kerana kewarganegaraan mereka dibatalkan.

7. Keganasan tajaan kerajaan
Di Myanmar dan Israel, Rohingya dan Palestin disasarkan oleh kumpulan bersenjata atau pendatang, dan jenayah itu dibiarkan malah digalakkan oleh pihak berkuasa.

8. Cubaan menggambarkan penghapusan etnik sebagai ‘dakwaan palsu’
Kedua-dua rejim cuba menggambarkan keganasan terhadap Rohingya dan Palestin sebagai kononnya respons terhadap ekstremisme, sekali gus mengalihkan perhatian daripada dakwaan pengusiran sistematik dan penghapusan etnik.

LAGI DUIT NEGARA KENA REMBAT

 



LAGI DUIT NEGARA

KENA REMBAT

AMIN

RUANG UDARA INDONESIA MAKIN PULEH


RUANG UDARA

INDONESIA MAKIN

PULEH

AMIN


Lapangan terbang Jakarta dan beberapa lagi dibuka semula selepas krisis abu gunung berapi


JAKARTA: Lapangan terbang utama Indonesia dan beberapa hab penerbangan lain dibuka semula awal Selasa selepas ditutup selama beberapa hari akibat abu letusan gunung berapi, kata Kementerian Pengangkutan.

Kementerian itu menerusi Instagram memaklumkan lapangan terbang yang berkhidmat untuk ibu negara Jakarta dan empat lagi lapangan terbang berhampiran bandar itu atau di sekitar Pulau Jawa kini kembali beroperasi.

Ini susulan ancaman keselamatan penerbangan yang sebelum ini menyebabkan ratusan ribu penumpang terkandas semakin reda.

Gunung Anak Krakatau, kira-kira 150 kilometer (km) dari Jakarta, meletus pada Sabtu, memuntahkan lahar serta kepulan abu gunung berapi.

SCAMMER RASUAH POLIS?

 

SCAMMER

RASUAH POLIS?

KHALAS

Unknown commented on
 "BILA NAK MINTA CHINA
 PULANGKAN JO LO"

Polis minta hukuman lebih berat kepada scammer? Bagaimana kepada mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah? Polis yang menjadi tali barut scammer? Polis komersial senyap menyap buat duit hasil scammer, mustahil tak boleh tangkap?

Mustahil tak ada apa-apa masyuk? Pagar makan padi yang berlaku sekarang, naya kesian orang rakyat Malaysia kah kah kah kah kepala pun dua kali lima juga dari atas ke bawah kah kah kah kah macam ketam mengajar anak beranak berjalan lurus, dia pun jalan sisi untuk amin kah kah kah kah

BERSATU GULINGKAN ANWAR BIN IBRAHIM


DULU KITA

JATUHKAN NAJIB

SEKANG KITA

BERSATU GULING

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

Unknown commented on 
"PROJEK AMERIKA JATUHKAN NAJIB RAZAK - DARI ARKIB TUKAR TIUB"

Engkau juga sebahagian daripada kuasa menjatuhkan Najib Razak syumul suci murni, bukan orang-orang Yahudi Amerika mahu jatuhkan beliau tetapi orang-orang sekeliling dahulu, 

begitu perangai agama bangsa keturunan bekerja siang malam menikam setiap masa dengan agenda hasad dengki kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SELASA 8  SEPTEMBER 2026

JALA  MAT BURUT TERUS DI TEBAR


GERMAN – PARTI BUMIPUTERA AFD
Parti  AFD – Alternative for German – menang di PRN SAXONY- ANHALT – kali pertama dalam PRN – AFD mendapat 44% undi – masih belum cukup beberapa kerusi jadi kerajaan.

AFD ialah Parti GARIS KANAN – PARTI BUMIPUTERA GERMAN YANG MENOLAK PENDATANG ASING LAMA DAN BARU.

Kemenangan AFD ini akan mempengaruhi PRU di France, di UK dan di Itali . Parti-parti BUMIPUTERA GARIS KANAN  di Eropah makin  mendapat sokongan.

Apakah Canselor Merz dari Parti Christian Demokrat  dapat terus jadi Canselor ? Jeng jeng jeng.

CIA NAK MAT BURUT JADI PM
Makin jelas  Amerika melalui kedutaan mahu menobatkan  ANWAR BIN IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI.

Anwar bin Ibrahim ialah anak didik Amerika.

Amerika TOLAK NAJIB kerana Najib mula  rapat dengan CHINA MERAH – China Merah beri duit pada Najib melalui JO LO – Duit ini nak bayar hutang 1MDB

JANGAN LUPA NAJIB IALAH KEPALA TAIK YANG ROMPAK DUIT TABUNG  HAJI – untuk bayar duit 1MDB. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini BERJEREBU. Matahari dah muncul – kelihatan merah. KL & KL Sentral berjerebu. Bangunan TRX macam hilang di kambus jerebu.

Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi MINTA HUJAN.

Dari jauh gua nampak Tim Mak Tetek Lanjut menunggu – ada yang menjalar relax – gua beri  nasi – ramai datang makan – ada yang terus menjalar tak bergerak.

Ha ha ha – gua nampak Tak Tak sedang mengunyah –  Wow ! ada tiga  tompok friskies – gua rasa ada orang lain dah hantar makanan.

Berjalan ke arah Wakaf Tiga -  Pokok Ara tegak berdiri menunggu hujan. Geng Putih semua menghilang.

Saekor Keng Keng melintas dari Kwantung bersuara kuat. Dari jauh gua dengar suara Terkukur.

Berjalan pulang gua tak sangka Jantan Baik ikut sampai ke Pintu – gua beri  makan. 

Aduh ! Bila hujan nak sampai? Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA


BRO
Lu belajar dari hujan. Dia jatuh tapi naik ke awan lagi.

BRO
Ada yang hanya merasa basah. Yang indah  ialah merasa hujan. 

BRO
Bila lu nampak pelangi – itu janji hujan – masa buruk dah berlalu – masa baik akan sampai.

LAKUAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA