Selasa, 18 Februari 2020

BERAT MAKIN BERAT






BERAT 

MAKIN BERAT

AHLI PARTI 

TAK SOKONG 

PRESIDEN PARTI

INI KES BERAT


Ahli PKR lancar referendum undi tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim


Lebih 1,300 ahli Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) telah menandatangani referendum hilang keyakinan terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim serta tidak layak mengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Kami berharap sesiapa yang mendapat referendum ini dan bersetuju dengan pendapat ini dan tanda tangan dan hantar kepada sekretariat referendum ini agar dapat diserah hantar kepada sekretariat PKR dan juga ke Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

“Kami berharap dengan ini kita dapat meyakinkan kepada rakyat dan Perdana Menteri sendiri agar Anwar Ibrahim tidak dilantik sebagai Perdana Menteri dan agar ahli-ahli PKR bersetuju untuk gantikan Anwar Ibrahim kepada ahli atau pemimpin lain dalam parti sebagai presiden,” kata Sameer Khan Abdullah selaku penggerak referendum.

Referendum yang akan diserahkan ke Ibu Pejabat PKR dan Pejabat Perdana Menteri turut menyenaraikan 20 fakta yang menyokong terhadap bantahan terbabit, antaranya :

1. Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana beliau punyai jenis sikap sering mungkir janji bermakna beliau tidak pernah menepati janji dan khianat kepada ramai ahli parti, penggiat dan pemimpin yang telah berjuang membela beliau sejak zaman reformasi.

2. Prinsip Anwar Ibrahim tidak konsisten dan mudah mengubah fikiran setelah membuat sesuatu keputusan serta akan mencipta krisis dalam parti agar dia dapat bertahan sebagai presiden dan memilih sokongan baru yang menganiaya dan khianat terhadap ramai ahli parti lama.

3. Cara ini memudahkan dia mengetepikan serta memecat ahli lama yang telah berjuang bersama-sama agar dia tidak susah untuk memikirkan tanggung jawab membalas budi mereka.

4. Anwar Ibrahim akan mencipta krisis agar parti berpecah supaya senang memerintah dan menjatuhkan mana-mana pemimpin agar dia terus memegang tampuk kepimpinan seperti apa dia lakukan kepada Timbalannya Azmin Ali dan juga Naib Zuraidah Kamaruddin.

5. Anwar Ibrahim akan sentiasa memilih penyokong baru yang termakan janji manisnya kerana dengan sokongan pemuda-pemuda baru dia akan lebih di hormati sebagai pemimpin dari ahli lama yang sudah tahu tebiat khianat perangai buruknya.

6. Anwar Ibrahim sentiasa akan mengambil cara Divide And Rule- pecah dan perintah agar senang dia kawal ahli-ahli parti dan haluan parti mengikut acuan dia.

7. Anwar Ibrahim tidak pernah merancang haluan parti kerana dia sendiri tiada haluan dalam hidup dia.

8. Segala haluan parti di rancang dan di terjemahkan oleh Timbalan Persiden Azmin Ali Dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang sekarang ini Anwar Ibrahim cemburui.

9. Anwar Ibrahim cemburu sebab dia tiada pemikiran bijak atau dia tidak bijaksana memikirkan masa depan parti dan negara.

10. Anwar Ibrahim hanya bergantung pada perjanjian ambil alih Perdana Menteri sahaja sebab itu dia saperti meroyan terkejar-kejar untuk mendapatnya tanpa ada pemikiran bijak tentang memikirkan dasar negara.

11. Anwar Ibrahim sebenarnya sudah ketinggalan zaman dengan perubahan pemikiran anak-anak muda yang lebih matang dan bijaksana dari dia ketika ini.

12. Malah pemikiran Anwar Ibrahim lebih rendah dari Timbalan Beliau Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin sebab itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir lebih percaya pada kebolehan dan kebijaksanaan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dari Anwar Ibrahim sendiri.

13. Anwar Ibrahim mempunyai latar belakang yang mencurigakan dengan imej yang tidak elok pada mata Islam dan manusia sejagat, elok lah dia tidak menjadi pemimpin parti dan negara.

14. Anwar Ibrahim telah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis didalam kes rayuan jenayah nombor no: 05-47-03/2014 (w)

Panel

1) Yaa Tun Arifin Zakaria (Ketua Hakim Negara)

2) Yaa Tan Sri Raus Sharif (Presiden Mahkamah Rayuan)

3) Ya Tan Sri Abdull Hamid Embong (Hakim Mahkamah Persekutuan)

4) Ya Tan Sri Suriyadi Halim Omar (Hakim Mahkamah Persekutuan)

5) Ya Datuk Ramly Ali (Hakim Mahkamah Persekutuan)

Mahkamah persekutuan telah membuat keputusan muktamad berkenaan isu ini. Walaupun Anwar Ibrahim mengatakan bahawa dia telah mendapat pengampunan diraja. Pengampunan tersebut tidak dapat memadamkan keputusan makamah yang telah mempertimbangkan saksi dan keterangan. Walaupun anwar ibrahim kata dia telah diberi pengampunan isu ini. Isu Anwar Ibrahim seks sejenis adalah isu yang tidak boleh di pandang remeh oleh manusia, khususnya rakyat islam, bukan sahaja di sisi islam jadi beliau tidak sepatutnya dijadikan pemimpin parti atau negara.

15. Selama hampir 2 tahun  Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sudah pun di jadualkan menggantinya kelak, tidak sekali pun Anwar Ibrahim mengeluarkan pendapat yang bernas dan bertaraf nasional bagi memudahkan Dr Mahathir menangani masalah negara.

16. Anwar Ibrahim dan kaum keluarga juga suka berlagak dan sebenarnya menyalah kuasa apabila beliau tidak dapat menjelaskan mengenai keupayaan beliau menaiki jet dan helikopter persendirian apabila menggunakan jet melancarkan acara parti banyak kali.

17. Perkara ini sudah pun di laporkan kepada Suruhanjaya Anti-Rasuah oleh ahli parti di mana sehingga kini masih dalam siasatan.

18. Segala tindakan Anwar Ibrahim hanya untuk menjadikan ahli-ahli parti taksub dan  walak kepadanya sebagai diktator.

19. Segala soal prinsip integriti, keadilan demi rakyat adalah sekadar retorik hujung lidah Anwar Ibrahim buat penyedap telinga ahli parti.

20. DYMM Sultan Selangor ambil tindakan tepat menarik balik anugerah Dato’ Seri Dari Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, pihak terbabit masih meneruskan usaha dalam mengumpul dan menyebarkan referendum serta menyeru ahli-ahli PKR agar bersetuju melakukan undi tidak percaya (vote of no confidence) terhadap Presiden PKR demi menyelamatkan parti dan negara.

– THE MALAYA POST

WOIT

FASAL KE  20

 BETUL KE ?

BILA 

SULTAN TARIK

KAH KAH KAH

NI SAMA TARAF

MACAM 

IBRAHIM ALI

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah bilang lancap kali,eh acap kali. Jangan cakap belit abam,nanti tersodok pisang sendiri.rupanya ratu adil yang sudah ramas telor abam.tersedak,tersenak,terkencing. Ini lebih parah dari dari bijan,bik mama hanya bagi advise.ratu adil terus saja sodok dengan pisang. Denagn anak anak ikan satu kolam lemas. Sekali lagi abam, ET TU, BRUTE? Delilah sudah pancutkan Samson.