Jumaat, 25 Disember 2020

BERTAMBAH RISAU LAGI TAKUT


HATI TAMBAH 

RISAU

JIWA TAMBAH

 TAKUT

AMIN

BILA DIBERI TAHU

ORANG MELAYU

 TAK SELAMAT

AMIN



Orang Melayu tak selamat kecuali Umno kembali berkuasa, kata Ku Li

UMNO mesti kembali berkuasa untuk menjaga keselamatan orang Melayu, kata ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah yang paling lama berkhidmat dalam parti itu.

Beliau berkata parti itu perlu mengetengahkan pemimpin muda agar tetap relevan.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata demikian dalam forum anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).

Beliau menjawab demikian selepas ditanya mengenai siapa yang harus bergabung dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita tidak boleh mengalah kepada Bersatu. Mereka mengambil ramai ahli kita dan itu mencuri. Bersatu wujud dari Umno.

“Umno mesti kembali berkuasa dan jika tidak orang Melayu tidak akan selamat dan negara tidak akan tenteram.

“Orang bukan Melayu juga berharap orang Melayu kembali berkuasa. Kita orang yang dipertimbangkan dan kita tidak tidak pernah mengambil apa yang bukan milik kita,” katanya. 

Ahli Parlimen Gua Musang itu telah membuat beberapa kenyataan anti-Bersatu sebelum ini dan melabel kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai tidak sah.

Bulan lalu beliau berkata ramai pemimpin Umno mahu mengkaji semula kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Beliau juga mendesak speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk membiarkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri diperdebatkan. – 24 Disember, 2020.

WOIT

APA AKAN JADI

AMIN

APA AKAN BERLAKU

AMIN

BAGAIMANA

MELAYU DI PATANI
AMIN

MELAYU DI PADANG

AMIN

MELAYU DI BALI

AMIN

WOIT

APA AKAN JADI

MELAYU DI SULU

MELAYU DI JAMBI

MELAYU DI PILIPINA

MELAYU DI LONDON

AMIN

ADAKAH MEREKA

AKAN SELAMAT

MEREKA TAKDA

UMNO

KAH KAH KAH

WOIT

MELAYU ADA

400 JUTA ORANG

DAH WUJUD

4 RIBU TAHUN 

TAK PERLU UMNO

AMIN

UMNO INGGERIS 

TUBUH 1946

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: