Jumaat, 25 Disember 2020

KEMANA BERSATU AKAN TERPOROK

 



INI SATU AMARAN

INI SATU TEKANAN

AMIN

KE MANA BERSATU

AKAN PERGI

AMIN



Jangan usik kerusi Umno di Selangor, kata Noh Omar kepada Bersatu


UMNO Selangor mengingatkan Bersatu agar tidak tidak menganggu kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu, lapor Sinar Harian.

Ketuanya Noh Omar memberitahu akhbar berbahasa berbahasa Melayu itu, jika parti serpihan Umno itu masih berdegil, mereka tiada pilihan melainkan terpaksa melawannya.

 “Jadi, saya minta kepada Bersatu, tolong kaji balik Pusat Daerah Mengundi (PDM) mana yang mereka menangi, tolong tengok dan buat kajian betul-betul,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada pilihan raya umum lalu Bersatu memenangi enam kerusi sementara Umno memperoleh lima di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang mempunyai 56 kerusi itu.

Ketua Umno Selangor yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang itu memberitahu beliau sudah memaklumkan kepada pemimpin parti ia akan mengelakkan pertembungan dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau mengulangi pendiriannya yang Umno akan terus mengukuhkan pakatannya dengan PAS melalui Muafakat Nasional.

Umno, PAS dan Bersatu kini sedang dalam perbincangan mengenai kerusi untuk dipertandingan dalam pilihan raya akan datang yang dijangka diadakan sebaik sahaja pandemik Covid-19 terkawal.

Minggu lalu Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berkata rundingan kerusi untuk parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi PRU15 hampir 90% selesai.

Katanya, tiga pusingan perbincangan diadakan di bawah jawatankuasa undingan yang diketuai oleh Mohamad Hasan.

Annuar berkata, Umno juga sudah mengadakan dua perbincangan dengan PAS, yang mencapai persetujuan kira-kira 60 hingga 70%.

“Kami telah bersetuju 55 kerusi yang dimenangi oleh Umno tidak akan ditandingi oleh PAS, dan 18 kerusi dimenangi oleh PAS tidak akan ditandingi oleh Umno.

“Sekiranya ada kerusi di mana keduanya kalah tetapi Umno mendapat lebih banyak undi, maka Umno akan bertanding dan sebaliknya,” katanya.

Annuar berkata BN bersetuju perbincangan dengan Bersatu harus disegerakan untuk mencapai kata sepakat mengenai kerusi yang akan dipertandingkan. – 24 Disember, 2020.

BOLEH KAH

BERSATU 

BERTAHAN

AMIN 

 UNTUK SELAMAT

BERSATU WAJIB

MENDIRIKAN

KESATUAN BARU

CARI RAKAN BARU

AMIN



Tiada ulasan: