Isnin, 8 September 2025

TAK PERLU BUAT TEATER


Malaysia terus kerjasama agensi antarabangsa bawa pulang Jho Low - Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bagi menghadapi pertuduhan di negara ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, berkata tiada bukti kukuh setakat ini yang mengaitkan keberadaan Jho Low selaku dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di China, sebagaimana dijelaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum ini.

Menurut jabatan itu, Malaysia bagaimanapun bekerjasama erat dengan pihak agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.

"Menteri (Saifuddin) sebelum ini dalam kenyataannya juga menyatakan setakat ini dakwaan mengenai lokasi dan juga penggunaan pasport individu yang disebut itu (Jho Low) belum ditemui fakta sokongan ataupun mana-mana bukti yang sah dan sahih.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui PDRM sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan individu berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan Jho Low disyaki menetap di Shanghai dengan identiti palsu menggunakan pasport Australia atas nama Constantinos Achilles Veis.

Laporan itu turut mendakwa beliau tinggal di kawasan elit Green Hills, memandu kereta mewah serta beroperasi dari pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai.

Pendedahan sama menyebut Malaysia masih giat menuntut proses ekstradisinya, walaupun Jho Low dipercayai bergerak bebas di bandar itu.

Lebih kontroversi, laporan berkenaan mendakwa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.

WOIT

TAK PERLU

BUAT TEATER

AMIN

XI JIN PING

NAK DATANG

KE KL MASA

ASEAN SILA

TANYA HAL JO LO

AMIN

PMX BOLEH

 BINCANG DGN

EMPAT MATA

AMIN

JANGAN BUAT

TEATER TIPU

ORANG KAMPUNG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT percaya ke mamat orang putih yang klim jolo ginap kat greenhill shanghigh. Cuba cari kat peta Shanghigh ada tak tempat bernama greenhill. TT perasan tak mamat orang putih dua ni hanya buat kenyataan dari masa ke masa apabila berita jolo mula lenyap dari akhbar dan TAK PERNAH siar maklumat tepat untuk pihak berkuasa Malaysia dan China ambil tindakan. "Berita" sahih ke atau hanya nak cari populariti. Kita jangan ditipu.