Isnin, 8 September 2025

BUKAN ORANG JAHAT - ORANG SAKIT



Tertuduh Hadapi Pertuduhan Kekerasan Jenayah Libatkan Sultan Perak


KUALA LUMPUR, 8 Sep 25 – Seorang wanita berusia 41 tahun, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, semasa sambutan Hari Kebangsaan negeri baru-baru ini.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku pada 31 Ogos lalu sekitar jam 8.20 pagi di hadapan Dewan Bandaran Ipoh ketika Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan.

Berita Harian melaporkan kes disiasat di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan, denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding, tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan tetapi tiada pengakuan direkodkan. Mahkamah kemudian mengarahkan beliau menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, selepas pendakwaan memaklumkan tertuduh mempunyai sejarah rawatan skizofrenia.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Oktober depan, sementara mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Pada 31 Ogos lalu, semasa Lagu Kebesaran Negeri Perak berkumandang, tertuduh dilaporkan menyentap tangan Sultan ketika baginda berdiri memberi tabik hormat di hadapan Dewan Bandaran Ipoh. Tindakan itu berlaku selepas wanita tersebut mendekati pentas dari tepi, menembusi kawalan keselamatan, sebelum ditahan oleh pengawal bertugas. @sumber

SOSOK BUKAN

ORANG JAHAT

AMIN

SOSOK ORANG

SAKIT YANG 

PERLU

RAWATAN

KHALAS

Tiada ulasan: