Rabu, 18 Jun 2014

PENYAMUN EEE ADIK BERADIK









KONSESI UITM SEREMBAN III KEPADA SYARIKAT KONGSI MILIK ADIK DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL 

Konsesi penswastaan kampus UiTM yang kedua yang akan didedahkan adalah pembinaan, operasi dan penyenggaraan UiTM Cawangan Seremban III di Negeri Sembilan.
Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn Bhd.

Semakan menunjukkan bahawa pegangan saham di dalam Inovatif Mewah Sdn Bhd adalah seperti berikut (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama):

1.      Menang Development (M) Sdn Bhd dengan pegangan 51% saham

2.      Menang Industries (M) Sdn Bhd dengan pegangan 20% saham

3.      Tentu Selesa Sdn Bhd dengan pegangan 29% saham

Menang Development (M) Sdn Bhd dan Menang Industries (M) Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat yang dikawal dan/atau dimiliki sepenuhnya oleh Menang Corporation (M) Berhad, iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Dato’ Abdul Mokhtar Ahmad.

Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno. Semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah seperti berikut:

1.      Dato’ Shahrir Abdul Jalil
2.      Dato’ Aidit Ghazali

Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman. Siasatan saya menunjukkan bahawa Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan di dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua individu ini menjalankan perniagaan menubuhkan syarikat bermodal RM2 untuk dijual kepada pihak-pihak ketiga yang seterusnya menggunakan syarikat ini bagi tujuan urusniaga yang lain.
Oleh itu, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah syarikat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Shahrir Abdul Jalil dan Dato’ Aidit Ghazali.

Semakan lanjut menunjukkan bahawa Dato’ Shahrir Abdul Jalil adalah adik kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno Malaysia. Dato’ Shahrir Abdul Jalil pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudiannya digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.

Dato’ Shahri Abdul Jalil adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd, selain menjadi pengarah kepada Tentu Selesa Sdn Bhd.

Seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Dato’ Aidit Ghazali, iaitu Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI), sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Dato’ Hassan Ali selepas beliau (Hassan Ali) dipecat dari PAS. JATI dilihat begitu kuat mendokong Umno dan banyak menyerang tokoh-tokoh Pakatan Rakyat.

Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM Cawangan Seremban III menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno. Sebuah syarikat bermodal RM2 sahaja diberi pegangan sehingga 29% di dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Model ini turut digunapakai di dalam beberapa konsesi yang lain, iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina (selalunya syarikat yang memang terlibat di dalam sektor pembinaan) memegang saham selebihnya. Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang “kabel politik” untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedang syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar.

Model ini yang menunjukkan penglibatan ahli politik dalam kroni kapitalisme adalah sarang rasuah yang akhirnya membebankan rakyat dengan konsesi-konsesi penswastaan seperti konsesi UiTM Cawangan Seremban III ini.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

17 Jun 2014















-----------

KELAS MALAM INI







 MALAM INI

st. thomas 

aquinas


1225-1274

melihat pengaruh ibu rushd
dalam 


pemikiran thomas aquinas


RADIO BANGSAR
akan membuat siaran langsung


-----------

MALAPETAKA - SEJARAH






FACE BOOK



Sempena ulang tahun kezaliman ke atas rakyat hari ini.

Ini kenyataan Cikgu Ishak Surin, "orang lama" perjuangan yang kini YDP PAS Kawasan Batu.

Wajar jadi renungan dan tauladan generasi muda.




LikeLike ·  · Share





--------------

YA AMPOOOON







Hadapi realiti musuh yang sentiasa cari jalan hancurkan Islam


KUALA LUMPUR 16 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru umat Islam di negara ini agar bersatu-padu bagi menjadikan mereka kembali utuh dan mampu menghadapi rintangan serta.



YA AMPOON
macam mana
cukong yang
musnahkan
kampong chu badak
runtuhkan surau
runtuhkan madrasah?


---------

CUKONG JADI KAYA RAYA



KOMENTAR

soalan hakiki
macam mana cukong ini
dapat kontrek?

cukong ini 
rembat tanah sentul
rembat tanah kg chu badak
rembat tanah sebelah muzium
rembat hotel majestic
rembat tanah sebelah 
ymca brickfeild
cukong ini
pemilik jana kuasa

woit
tak kan orang melayu
tak sedar sedar
negara milik cukong

MUKA CUKONG


1BestariNet: Servis YTL dipertikai

SHAH ALAM - Aktivis Pendidikan Negara, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan itu menyusahkan bukannya memudahkan guru seperti tujuan asal ia diperkenalkan.

Menurutnya, kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah.

“Saya merasakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi kambing hitam dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet. Ia diperkenal oleh KPM bagi mempermudah segala urusan dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah katanya, projek itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan kementerian.



MELAYU  NAIK DARAH




-----------

NAJIB KENA TIBAI








KOMENTAR

apa makna berita ini?

maknanya rancangan tendang najib
di mulakan kembali
najib dilihat lembik
najib dilihat lemah

maka oersoalan timbul
siapa akan ganti najib?


NAJIB SEWELASI



Perkasa salahkan Najib, Bumiputera gagal berniaga di klia2

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan tempat berniaga kepada Bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali (gambar), berkata segala janji Najib sebelum ini kepada Bumiputera hanya retorik semata-mata.


KAH KAH KAH

woit

mat sewelasi

kena tibai lagi

kah kah kah 
----------