KEMPEN RASUAH
ANWAR BIN
IBRAHIM
JELAS KARUT
AMIN
DULU MADEY GUNA
ISA BUNUH
MUSUH POLITIK
AMIN
HARI INI ANWAR
BIN IBRAHIM
GUNA SPRM
BUNUH SAPA SAJA
YG BERANI LAWAN
MAT BURUT
KHALAS
Rafizi terus desak dedah siasatan kes Azam Baki
Bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Shamsul Azri Abu Bakar mendedahkan dengan segera kertas siasatan berhubung dakwaan skandal pemilikan saham bekas ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam bin Baki.
Kata Rafizi, ia penting untuk menangani tuduhan pendakwaan terpilih ketika SPRM dan pihak polis kini sedang menyiasat isu Tabung Haji sehingga membawa kepada penahanan bekas menteri, pemimpin dan bekas penjawat awam yang dikaitkan dengan kerajaan BN.
"Dalam suasana politik sekarang, saya minta perdana menteri mengarahkan KSN untuk mendedahkan dengan segera kertas siasatan mengenai skandal saham Azam bin Baki.
"Sebab perkara itu siasatan dah siap, ia siasatan dalaman, telah pun dibentangkan di Kabinet.
"Kemudian Anwar bin Ibrahim ada gambaran sebelum ini, akan didedahkan dalam beberapa hari, tapi ini dah dekat enam bulan," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Menurut Rafizi, kes yang membabitkan Azam bin Baki itu bersifat disiplin semata-mata dan bukan kes jenayah, sebagaimana penjelasan yang pernah diberikan oleh pihak kerajaan sendiri.
Pemimpin Bersama itu turut menyorot bahawa Azam bin Baki telahpun bersara daripada perkhidmatan.
Maka, katanya, pendedahan laporan tersebut tidak akan membawa sebarang kesan tindakan disiplin lanjut seperti penurunan pangkat terhadap bekas ketua SPRM itu.
"Ia bukan besar seperti turun pangkat dia ke apa-apa yang lain.
"Tapi dalam suasana sekarang, saya rasa kalau Anwar bin Baki ambil tindakan mendedahkan kertas siasatan itu, ia akan memadamkan serangan-serangan yang kononnya siasatan SPRM ke atas Tabung Haji itu bermotif politik.
"Kalau dia buat dua-dua, saya tabik. Kemudian baru betul reformasi," katanya lagi.
Isu pemilikan saham Azam bin Baki mula tular selepas portal Malaysiakini dan agensi berita Bloomberg menerbitkan laporan yang mendakwa dia memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.
Namun, Azambin Baki yang kini telah bersara daripada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini menafikan sebarang salah laku, dengan hujah saham yang dipersoalkan itu dibeli di pasaran terbuka dan tiada kaitan dengan mana-mana siasatan SPRM.
Berikutan pendedahan itu, kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Peguam Negara untuk menyiasat dakwaan berkenaan dan pada akhir Februari lalu laporan penuh jawatankuasa itu dijangka diserahkan kepada Jemaah Menteri dalam masa seminggu.
Ketika itu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil turut mengesahkan sebuah laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan salah guna institusi SPRM.
Anwar bin Ibrahim sendiri pernah memberitahu laporan Jawatankuasa Khas itu akan siap dalam masa satu dua hari ketika itu, sambil menyifatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu itu sebagai terlalu awal kerana proses siasatan Peguam Negara belum selesai.
Namun hampir enam bulan berlalu sejak itu, laporan berkenaan masih belum didedahkan kepada umum.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan