Selasa, 1 Julai 2014

PENJUAL PIL TAI KAM




FACE BOOK


Hari tu gua citer pasal Harun Din nak angkut makhluk dlm Menara Bank Rakyat yg baru siap di KL Central. Masih tak bleh angkut lagi dan dlm proses nego... hahaha...
Nah ni bukti yg tersnap secara tak sengaja dlm Surau Pompuan.



KAH KAH KAH
woit 
kalau betul ada power
kenapa tak ubatkan
hadi  awang yang sakit merana

KAH KAH KAH

----------

MALAPETAKA SUDAH SAMPAI







Penyingkiran Pengarah UMCEDEL Malapetaka Kepada Kebebasan Akademik

Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) melahirkan kekesalan berhubung dengan penyingkiran Profesor Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah UMCEDEL dan tidak disambung sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Penyingkiran ini adalah atas arahan Kementerian Pendidikan. 
MKM percaya penyingkiran ini berlaku kerana banyak hasil kajian UMCEDEL yang diketuai oleh Profesor  Dr Mohamad Redzuan tidak menguntungkan kerajaan.

Ini merupakan satu malapetaka kepada kebebasan akademik. Bulan lalu, mahasiswa UMSKAL menjadi mangsa kini ahli akademik turut mengalami nasib yang sama. Prof Redzuan hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelidik dalam melakukan kajian akademik.

Pihak kerajaan seharusnya bersikap terbuka dengan hasil kajian yang dilakukan biarpun tidak menguntungkan kerajaan sekalipun. Penyingkiran ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengekang ahli akademik daripada melakukan kajian secara bebas dan berilmiah.

MKM ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin dan Idris Jusoh bahawa menyekat ahli akademik menjalankan kajian secara bebas akan menjatuhkan lagi prestasi pengajian tinggi Negara. Oleh itu, MKM mendesak agar ditubuhkan satu Select Committee untuk mengkaji usaha reformasi kebebasan akademik serta prestasi pengajian tinggi negara

Naqiuddin bin Nazrin
Mahasiswa Keadilan Malaysia




----------

Isnin, 30 Jun 2014

ORANG ISLAM MELANTAK






BARU SELESAI BEBUKA
IKUT
 SUNNAH NABI
Photo: Telekat acar buah ...

MELAHAP MELANTAK
Muslim umumnya lebih meraikan berbuka puasa daripada meraikan nikmat konkrit yang diperolehi daripada proses puasa itu. Itu sebab tatkala berbuka mereka akan melahap kerana dah 12-13 jam tak dapat makanan dan minuman sebelum itu.

 Berbuka puasa bagaikan melepaskan geram atau gian kerana tahan lapar dan dahaga. Semasa erbuka pun mereka lupa sejenak apa dia nilai spiritual berpuasa itu. 

Mereka jarang menilai atau merenung akan hal itu etapai akan 'look forward' terhadap malam lailaturkadar, menjelangnya Aidilfitri, sembahyang tarawih dan kemudia jika panjang umur merindu semula kedatangan Ramadan yang baru, satu ritual baharu. on SELAMAT BERBUKA PUASA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/29/14



-------

SELAMAT BERBUKA





HARI KEDUA
diluar panas
gwa dalam rumah
balkoni terbuka luas
kipas terpasang
hari ini gwa ada dateline
gwa sudah berperang
dari awal pagi
siri ke empat menulis
tentang bangsa bangsa

ezi dan jai
setia memerhati
mereka menunggu 
untuk turun merayau


hari ini gwa
mahu masak udang 
gulai lomak cili besar
tapi tak pedas
tak pakai kelapa
pakai susu
tak pakai cili padi
pakai lada besar

berbuka
ada murtabak
ada kueh gulung a.k.a ketayap

malam tadi di chow kit
beli lagi buah manggis
buah manggis
adalah buah terbaik
dari bumi melayu

SAHUR
malam tadi gwa sahur
di restoran tikus
puasa tahun lalu
  gwa selalu datang restoran ini

cissss... sudah merosot
masakan tanpa cinta
masakan tanpa kaseh sayang

untuk gwa restoran tikus
sudah jadi perang dunia ke dua
never again
YANG LAIN

gwa tak tahu
gwa belum masuk bazaar ramadan
tapi kalau panas macam ini
jamin gwa tak akan keluar

gwa dengar hari pertama
masih lembab
tak ramai peniaga
tak ramai pengunjungh
kita tunggu dan lihat
mak cik kakak adik
ada banyak duit tak

SELAMAT 

BERBUKA



------------

AKTA PENINGGALAN BRITISH







hasutlah 
sebanyak yang mungkin
hasut untuk kebaikkan


 KOMENTAR
menghasut apa takrifnya
iklan juga menghasut
berita tv juga menghasut
tukang jual agama juga menghasut
cik gu juga menghasut

menghasut ini ada dua 
hasut jahat
hasut baik
 
menghasut untuk buat jahat
contohnya  hasut untuk sokong
ketuanan  melayu

satu lagi
menghasut untuk buat baik
hasut orang ramai turun ke jalan raya
untuk pilihan raya bebas dan adil
ini hasut baik

cik gu hasut anak murid
buat baik buat amal
ini hasut baik

jadi jelas    
setiap hari kita terus dihasut
malah tulisan madey ini juga
menghasut agar akata hasutan
tidak dimansuhkan
ini hasutan jahat dari orang jahat
dengan naik paling jahat

Mahathir Mohamad berkata kemungkinan berlaku huru-hara sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang (RRU) Perpaduan dan RUU Harmoni Nasional.

"Kita sudahpun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah.

 
KAH KAH KAH
 
woit
kalau nak menghasut
bila bila boleh
ada akta 
atau tak ada akta
apa ada pasal

KAH KAH KAH




-------

TIDAK BERSETUJU







Muhyiddin yang perlu letak jawatan bukan Redzuan, kata Kit Siang


Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, setiap kali dunia memaparkan ranking universiti, ia akan menjadi cerita sedih dan tidak menunjukkan kehebatan universiti tempatan berbanding universiti terbaik di dunia tetapi berapa teruk universiti di Malaysia.
"Apa yang ditunjukkan oleh Muhyiddin sejak lebih setahun lalu sebagai menteri pelajaran yang sangat berkuasa," soalnya dan menambah Muhyiddin hanya campur tangan dan gangguan ke atas kebebasan akademik sehingga menyebabkan Redzuan dan Saifuddin meletakkan jawatan daripada UM. – 30 Jun, 2014.

KAH KAH KAH
woit
tak setuju sembab letak jawatan
tak setuju zahid letak jawatan
tak setuju hasan malek letak jawatan



lebih baik mereka
terus jadi munkee
bila mereka munkee
senang untuk buktikan
pada orang ramai
betapa bangang
 munkee munkee ini

kalau semua bijak dan cerdik
itu bukan munkee ketuanan melayu
itu pemimpian pakatan rakyat
yang tak termasuk tantawi

KAH KAH KAH





---------