Isnin, 15 Disember 2014

TAHNIAH DAPUR JALANAN



 


NASI 

PANGGUNG 
 bergembiralah mereka 
yang berkongsi & menerima
walaupun tak seberapa
kerana ikatan kasih budi tak bisa putus
menjadi kenangan sepanjang masa

DATANG BERATUR
Menu & kontributor di Jalan Panggung minggu ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayam
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Roti 
Tim Ikram Ampang Jaya - Karipap / Curry / Buah-Buahan
Tim UKM - Sandwich
Intan & Zul - Agar-agar
Famili Pajam - Biskut
Qish Awek Cun - Goreng Pisang / Kek Oren

BERBARIS MENUNGGU
Anak semua bangsa; yang bersolidariti, berkerja bakti & buat ramai:-
Husin, Zana, Azen, Najib, Farhan, Hijrah, Aishah, Fauzi
Intan & Zul, Izzah & kawan2, Acino & Yan, Kawan2 dari Skali Group,
Abdul Rahman & Tim Ikram Ampang Jaya, Rin & kawan2 dari UKM,
Awatif, Fitrah & Tim Recycle, Dr Maszlee Malik & keluarga, 
Paramjit, Afiq & Mus MSU, Kawan2 dari UTEM
& semua yang hadir, berkongsi kasih, bersetiakawan di Jalan Panggung!

DATANG MEMBANTU
Selasa lepas, Tim Dapur Jalanan Kuala Lumpur,
mendapat Anugerah Hak Asasi Manusia ke 16,
Ini satu hadiah anak semua bangsa kepada warga miskin kota, 
satu harapan kepada mereka yang terpinggir, yang tertindas dicelah pembanggunan,

TERIMA KASIH SEMUA
 Beg Pasar Dapur Jalanan sudah keluar, RM15.00. Boleh dapatkan juga Apron Dapur pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat. 

Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

TAHNIAH MILIK SEMUA

 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective

Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon:
ezzuandi 019-267-12-85 
Hadi Khalid 012-664-88-73

Solidariti untuk miskin kota

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
15 December 2014


------------

KEPALA BANA APA INI?





 SATU

KAH KAH KAH

woit
apa yang satu
dan
apa yang sembilan puluh
kah kah kah





-----------

BAHASA UNTUK PERUBAHAN







KOMENTAR
tepat dan bijak
langkag politik
yang wajib dirayakan

yang masih bebal
hanya  beberapa kerat NGO
para OKUTUPAI
yang saolah olah
mereka membuat
kerja politik
di london atau di new york




Elak 'chauvanis', AGM DAP cakap Melayu

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, perbahasan dalam persidangan tahunan parti itu hari ini menunjukkan bahawa pemimpin mereka daripada sekolah vernakular dapat berbahasa Melayu lebih baik berbanding Umno.

Katanya, parti itu hari ini menggalakkan ucapan menggunakan bahasa Melayu dan ramai menyahutnya.

“Umno kata budak Tionghua, India di SJKC, SJKC tak boleh bahasa Melayu, tak fasih.

“Ramai perwakilan hari ini dari SJKC dan SJKT tetapi bahasa Melayu mereka lebih fasih (daripada Umno).

“(Perwakilan) Wong Ka Woh (contohnya) daripada sekolah rendah Cina tetapi BM dia lebih bijak,” katanya.







------------

NAJIB DAPAT AMARAN







Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat

"Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
i have nothing to add
i rest my case
i just tergolek dog
kah kah kah







-----------

PERSATUAN MAMAT PENCEN






KOMENTAR
persatuan warga pencen
persatuan sampai tarikh lupus
kalau susu dah jadi yogurt
kalau lembu dah tercabut gigi
kalau kemeja dah jadi kain buruk
lebih tepat persatuan ayam pencen



NOTA

macam seluar dalam rosmah udah kepam



Orang Melayu menentang PERKASA adalah haprak

 | December 13, 2014
Harap, orang yang buta PERKASA ini celik, tidak sepatutnya, orang Melayu mengejak dan mencemuh perjuangan kita. Kalau tidak setuju, diam sahajalah.







KUALA LUMPUR: Naib Presiden PERKASA, Abdul Rasyid Abdul Rahman menyatakan orang Melayu yang menentang perjuangan PERKASA adalah Melayu yang haprak.
Menurutnya, pada masa kini PERKASA sedang diuji ”apabila ada orang yang menyerang PERKASA, itu bermakna ada pihak yang menggeruni dengan perjuangan PERKASA.”
“Mereka akan mencari ruang untuk cari apa yang PERKASA perjuangkan.

KAH KAH KAH
woit
haprak?
kah kah kah
woit dipimpin
oleh ibrahim ali
lagi hina
lagi haprak
kah kah kah 
pemimpin kerak nasi
tak ada sapa nak makan
tak ada sapa nak pakai
ayam pun tak minat
yang minat mungkin
hasan malek kah kah kah

APA PUNYA TUUUR






---------

:LAGI BUKTI PILIHAN RAYA TIPUI








Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bersambung semula pada:

Tarikh : 15 Disember 2014 (Isnin).
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera (TUDM) Pangkalan Udara KL, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Perbicaraan ini bersambung walaupun Badan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan media menggesa perbicaraan Mejar ditangguh sehingga semakan kehakiman oleh Mahkamah Tinggi Halt Court Martial of Major Zaidi Ahmad Pending Judicial Review by High Court

Ini berikutan kemungkinan wujudnya prejudis dalam panel penghakiman (lihat kenyataan BERSIH 2.0 http://www.bersih.org/bersih-2-0-gesa-siasat-dakwaan-hakim-memberi-komen-dalam-laman-berita/).

Kami masih mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah menunjukkan kesetiaannya terhadap rakyat dan negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis supaya siasatan dibuat terhadap isu dakwat kekal. Aduan itu tidak mendedahkan apa-apa perkara yang menjejaskan keselamatan negara. Perlu ditekankan lagi, bukan imej institusi tentera yang tercemar tetapi imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Namun badan tersebut masih tidak dipertanggungjawabkan atas kegagalan dakwat kekal pada PRU13. Sebaliknya Mejar Zaidi yang berprinsip atas kebenaran pula yang dihakimi.

Peringatan Penting:1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.

2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh kira-kira 1KM.

3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan di luar mahkamah.
4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep di talian 03-77723275/019-4380428

Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


---------------