Selasa, 2 Jun 2015

SIAPA CAKAP SACK THE PRESIDENT?






SEKALI LAGI

Individu rakam video 1MDB Muhyiddin

nafi mahu lagakan

pemimpin Umno 

Pemimpin Umno yang merakamkan video kontroversi berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata klip itu adalah bagi kegunaan dalaman dan sekadar pedoman ahli parti.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Segambut, Kapten (Bersara)  Azri Mohd Zain, berkata video itu bukan bertujuan melagakan pemimpin utama dalam parti.

"Saya tidak ada niat apa-apa, hanya saya ‘share’ dengan Umno Bahagian Segambut, itu sahaja dan saya catitkan disitu untuk kita semua berfikir dan jadikan pedoman.

"Saya tidak kata untuk melagakan sesiapa pun," kata Azri kepada The Malaysian Insider berhubung video menampilkan Timbalan Presiden Umno,  Muhyiddin Yassin menggesa agar ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/individul-rakam-video-1mdb-muhyiddin-nafi-mahu-lagakan-pemimpin-umno#sthash.P1IbHTD6.dpuf



TONTON 
pada minit: 2.06
..take the bul...
..who the bull is?...


pada minit 4.43
...sack the president...
pada minit 4.47
satu jeritan
...sack the president...

SEKALI LAGI


ISA SAMAD HANCUR FELDA




Isa Samad Punca Kehancuran FELDA

Felda Global Ventures (FGV) kembali menjadi topik hangat apabila harga sahamnya menjunam teruk kepada RM 1.93 berbanding harga IPO. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera menamatkan perkhidmatan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA dan FGV di atas kegagalan ini.

Singkap kembali sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah melakukan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan :-

1. 65% daripada kakitangan pengurusan FGVH mempercayai bahawa IPO ini akan gagal.

2. 55% pula melihat bahawa FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.

3. Hanya 20% daripada Pengurusan Tertinggi FGVH menyokong pelan penyenaraian ini.

SAMM berpandangan tragedi yang berlaku kepada FGV hari ini adalah berpunca daripada keengganan Kerajaan mendengar suara kelompok 65% dan 55% ini selain daripada pertubuhan dan NGO pro-peneroka sedari awal lagi. Disusuli pula dengan kegagalan dan kebodohan Isa Samad menguruskan FELDA dan FGV.

Najib perlu sedar FELDA telah 2 kali menukar Pengurus Besar iaitu Dzulkifli Abd Wahab dan  Faizoull Ahmad tetapi kedua-dua entiti yang melambangkan maruah peneroka ini masih tetap bermasalah. Sudah sampai masanya Najib memberhentikan Isa Samad.

Peneroka-peneroka perlu mengetahui bahawa anak Isa Samad telah disiasat oleh SPRM kerana pembelian meragukan Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza Kensington Hot di London yang mencecah hampir RM 1 billion. Walaupun Menteri berkata tiada unsur penyelewengan dalam skandal pembelian hotel ini, tetapi mengapa CEO FELDA Investment Corporation (FIC) telah diarahkan meletak jawatan oleh Isa Samad.

Isa Samad juga perlu menjelaskan mengapa FGV berniat untuk menjualkan FELDA Prodata System, FELDA Travel dan FELDA Property sedangkan ketiga-tiga entiti ini meraih keuntungan setiap tahun? Adakah ini jalan singkat untuk menunjukkan FGV untung selepas menjual aset-aset berharga ini?

Sedarlah Najib. Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan SPRM terhadap anaknya dan untuk menutup kegagalan dirinya, Isa Samad sebenarnya sedang menggunakan FELDA menyerang Najib bagi mendapatkan payung emas dari Mahathir. Isa Samad adalah punca kehancuran FELDA yang digagaskan oleh  Abdul Razak.

Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Kebangsaan


-------------

NASI PANGGUNG AHAD PETANG






NASI

PANGGUNG

"Tak ada apa yang dapat menggambarkan perasaan
bila melihat mereka yang kelaparan tersenyum"
- hujan di petang ahad lepas di kotaraya
Menu Jalan Panggung hujung minggu lepas:
Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayam
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim UM - Toiletries Pek
Anak semua bangsa; hadir bantu & kerja bakti:
Husin, Padel, Intan, Quratul, Afiq & kawan, Syu, Sarah,
Joyce, Damia & kawan-kawan dari fakulti sastera UM, Geng Uitm
Fitrah & Tim recycle, Farid Kuantan & Jerry, brader Pyanhabib
& semua yg hadir bersetiakawan bersama miskin kota!


TERIMA KASIH SEMUA!!

Pengumuman!!
Sabtu ini; 6 Jun 2015, Tim DapurJalananKL akan berada di Solidariti Festival di Publika dari jam 10pagi sampai pecah. Ada pameran, jualan & benda special dari dapurjalananKL, datang buat ramai!
Mak, Ayah, Adek, Kakak, Awek cun, semua jemput datang!

Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan,
 CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon:
 ezzuandi 019-26-71-285 atau
 Hadi Khalid 012-66-48-873

Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur

*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

02 Jun 2015


-----------

JAM 7 MALAM INI HKL




FACE BOOK

Pihak peguam memaklumkan bahawa DS Anwar Ibrahim telah dipindahkan dari Penjara Sg Buloh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan. Beliau kini berada di Wad 28, HKL.
Ahli-ahli keluarga akan bertemu beliau jam 7 petang hari ini. Difahamkan hanya keluarga terdekat dibenarkan bertemu DS Anwar.
Sekian, terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
2 Jun 2015















---------

SAMBUT MUHYIDDIN YASSIN


Sambutan besar-besaran untuk TPM di KLIA?


Muhyiddin bercuti sejak 26 Mei lalu dan tidak hadir dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu di mana Najib mencadangkan supaya menteri yang tidak bersetuju perlu meletakkan jawatan.

Beliau akan pulang lawatan luar negara dan pengamat politik Umno Shahbudin Husin menjangkakan "majlis besar-besaran" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selepas Najib Razak memberitahu kabinet supaya berundur jika tidak bersetuju dengan 1MDB, semua mata kini tertumpu kepada Timbalannya Muhyiddin Yassin.

Dalam beberapa majlis, Muhyiddin menunjukkan perbezaan pandangannya terhadap ketuanya mengenai firma yang yang banyak berhutang itu, terbaru semasa pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno.

Dalam ucapannya daripada rakaman yang dibocorkan, timbalan perdana menteri itu menggesa kesemua lembaga pengarah 1MDB dipecat dan disiasat.



SAMBUT

wira negara

malam ini jam 8

KLIA



----------

LAUT CHINA SELATAN MAKIN TEGANG






KOMENTAR
riak riak perang sudah ada
semua dalam perancangan
amerika akan membawa
bala tentera ke asia

laut china selatan
akan menjadi tegang
perebutan gas dan minyak

politik ialah kuasa
kuasa ialah ekonomi
memiliki kuasa untuk memiliki ekonomi
memiliki ekonomi untuk memiliki kuasa

kuasa lahir dari laras senapang





China cares little for other countries’ territorial claims


Beijing’s actions in building man-made islands in the South China Sea are motivated by a desire to impose its sovereignty


Under the leadership of the Communist party, China is building what an American admiral, Harry Harris, calls a “great wall of sand” in the strategically important waterways of the South China Sea.

 

The Chinese are dredging the sea bed to transform a few reefs and rocks in the Spratly group of islands and atolls – which they claim – into man-made islands with a runway that can support military flights. This has caused great concern among their neighbours. The Chinese government rejects international criticisms, asserts its sovereign right to build on the islands, and demands that American naval surveillance aircraft overflying the new islands leave the Chinese air control zone immediately. There are also reports that China has begun to put heavy weapons on one of them.




------------