Selasa, 9 Jun 2015

JEMPUTAN FORUM - HOTT HOTT







PASCA MUKTAMAR:

HALA TUJU PAS

Tarikh: 

Khamis:11 Jun 2015

Tempat: Dewan China KL

Mula: Jam 8:30 malam

PANELIS:

1-Fathi Aris Omar

2-Dr Maszlee Malik

3-Lim Hong Siang

4-Hishamuddin Rais

MODERATOR:

Saudara Zul Sulong

radio bangsar buat
siaran langsung
untuk warga dimana saja berada

--------------

SATU PANDANGAN





Kenyataan Media: Perutusan  Anwar Ibrahim mengenai Pakatan Rakyat

Semalam saya telah bertemu  Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh berkenaan beberapa kes mahkamah. Berikut adalah perutusan beliau yang dituju kepada rakan-rakan politik dan rakyat Malaysia, yang beliau sampaikan kepada saya dalam pertemuan tersebut:

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini.

DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan. Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.

Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.

Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN.”

Anwar Ibrahim juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu ini kepada Sdr Lim Kit Siang dan  Hj Abdul Hadi Awang.

N SURENDRAN
Ahli Parlimen Padang Serai
Anggota Biro Politik KEADILAN

9 Jun 2015
------------

AL-FATIHAH








Tak salah sedekah tu.Allah tdak membeza bezakan manusia..kita pula yang kalut membeza bezakan manusia.semua sama sahaja di sisi Allah.kecuali mrk yg bertaqwa lebih dekat disisiNya. on AL- FATIHAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/8/15



-------------

DAPAT BAU PALAT





DAPAT BAU 
PALAT KARIPAP



Kalau tak kutuk Najib, tak boleh tidur, sindir Shahidan Kassim 

Shahidan Kassim sekali lagi dilihat mempertahankan  Najib Razak, kali ini apabila perdana menteri itu dikritik ekoran ketiadaannya ketika Sabah mengalami bencana gempa bumi.
Beliau yang membidas kembali kritikan tersebut berkata, Najib tidak semestinya perlu berada di tempat kejadian bencana kerana terdapat menteri lain yang berperanan menggalas tanggungjawab tersebut.
"Kenapa? Kalau tidak kutuk Najib tidak boleh tidurkah?" soalnya merujuk kepada kritikan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong terdahulu hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tak-kutuk-najib-tak-boleh-tidur-sindir-shahidan-kassim#sthash.yqQiVy0E.dpuf

KAH KAH KAH
booodek jangan tak bodek
sokong jangan tak sokong
ampoo jangan tak ampu
pertahankan mat zombi
petahankan pahlawan bugis



cium tangan mat zombi
dapat bau palat 
lepas cium tangan
baru dapat tidooo
mimpi karipap badak
kah kah kah
\

APA 

PUNYA 

KUNTAK

------------

JANJIKAN SYURGA




Salleh Man Mat Aji
GEORGETOWN - Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang,  Salleh Man tidak dapat memberi jawapan sama ada akan mencontohi bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu melepaskan

KAH KAH KAH
woit
pegang pelok kepit
jangan lepas lepas
ini jawatan
ini pangkat
ini soro punya hal
lu apa tau

JANJI SYURGA


-------------

FULL LAAA MAK






KOMENTAR
dewan ulamak pas buat keputusan
amat jelas badan tertinggi ini buat keputusan
amat jelas keputusan putus hubungan dengan DAP

tetiba
ada yang berhujah ini dan itu
berhujah untuk tidak memutus hubungan dengan DAP

ini membuktikan bahawa dewan ulamak 
hanya kumpulan yang membuat keputusan
tapi tidak ramai yang mengikut keputusan itu
heboh heboh mengatakan bahawa dewan ularmak ini
wajib dipatuhi dilihat sekarang sebagai lawak bodoh

dalam masa yang sama
apa yang sedang berlaku dalam PAS
dalam pentabiran selangor
membuktikan bahawa
duit  gaji elaun pangkat
lebih kuat dari keputusan dewan ularmak

NOTA
tak caya tanya mat serban
kalau tak juga percaya
tanya le poulet din



Mujahid letak semua jawatan di Pulau Pinang, teruskan dialog antara agama

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang  Dr Mujahid Yusof Rawa mengikut contoh Mohamad Sabu, meletakkan kesemua jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan DAP, sebagai menghormati keputusan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan parti sekular itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mujahid-letak-semua-jawatan-di-pulau-pinang-teruskan-dialog-antara-agama#sthash.8l77Iqm5.dpuf

KAH KAH KAH
woit
di selangor ada 5000 ekor ular 
hidup makan tidoo baring
dari tangan cina kapir
bila agaknya ular ular ini
nak berhenti
kah kah kah
baru sedar langit tinggi
baru sedar fulus  tak masuk
baru sedar tak ada kapir
tak boleh hidup

APA PUNYA ULAR
--------------