HARI KE 5
hari senin
gwa ada dateline
dari pagi gwa berperang
untuk siapkan
tulisan untuk SK
gwa menulis OMBAK BARU
CUACA
cuaca masih indah
kuala lumpur masih redup
tadi gwa ke kubur china
dengan ezi dan jai
kelihatan jerebu
melanggar kuala lumpur
maka gwa rasakan bahangnya
DATUK
tadi gwa berhadapan
dengan seorang datuk
yang cucunya berumur 13 tahun
telah hilang dari rumah
si datuk mengambil cucu dari sekolah
kemudin si cucu
tanpa naik ke rumah terus hilang
si datuk datang ke tepi kawasan kubur
lalu bertanya apakah gwa nampak cucunya
apabila gwa ofer
buka kan pintu masuk ke kawasan kubur
si datuk menolak
si datuk mahu melaporkan pada polis
kerana cucunya telah tidak ada dirumah
sejak 4 jam
hanya 4 jam telah mahu lapor kepada polis
kah kah kah
gwa telah hilang dari rumah selama 20 tahun
arwah emak dan bapak gwa tidak buat apa apa laporan
kah kah kah
SELAMAT BERBUKA
----------------