Rabu, 29 Julai 2015

TAK HENTI HENTI






SEKALI LAGI

Tetap pendirian isu 1MDB walaupun disingkirkan, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin menyatakan keredaannya menerima keputusan  Najib Razak yang menggugurkan beliau daripada jawatan nombor 2 negara dalam rombakan Kabinet hari ini.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan yang dibuat melalui laman Facebook rasminya, bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau akan tetap mempertahankan prinsip dan pendiriannya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tetap-pendirian-isu-1mdb-walaupun-disingkirkan-kata-muhyiddin#sthash.TlaeNaya.dpuf


TERUSKAN 

------------------

Selasa, 28 Julai 2015

HIGH NOON BERTERUSAN






WOW!


logo muhyiddin
SHAH ALAM - Sebaik sahaja  Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula...

DAH MULA




-------------

ADA LAGI ATAU ILANG





DiA iLANG

ATAU

ADA LAGi

KALAU iLANG

SUSAH KITA

NAK KETAWA

KAH KAH KAH



-----------------

RESAH BAWA GELISAH





AG digugur untuk elak PM ditahan? Pengguguran tak sah?

Menggantikan AG bukanlah satu kesalahan.

Namun, menggugurkan AG yang terlibat dengan siasatan skandal yang melibatkan PM yang mencadangkan pengguguran itu ketika kemuncak siasatan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Apa lagi tuan punya diri, seperti dilaporkan Malay Mail Online, tidak tahu menahu dengan pengguguran itu.

Jika tuan punya diri masih sihat tetapi alasan beliau digugurkan adalah sakit, lebih menimbulkan tanda tanya.

Apalagi ada berpandangan pemecatan AG memerlukan penubuhan sebuah tribunal terlebih dahulu.

Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?

Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal.

SELAMATKAN NEGARA!!!

Husam Musa 
28 Julai 2015


-------------------

KEARAH MALAYSIA BARU







UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB  RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN 

Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Najib  Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Najib Razak.

Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:

1.    Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.

2.    Pemecatan Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan  Najib  Razak.

Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Najib  Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.

Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh  Najib  Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.

Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:

1.    Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (“elder statesman”) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

2.    Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

3.    Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

4.    Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib  Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.

Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa  Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada  Najib  Razak.

Kami juga memberi amaran kepada  Najib  Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.

Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Najib  Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Najib  Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.


28 Julai 2015 
Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato’ Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen







----------------

UNDUR NAJIB UNDUR







FACE BOOK


Demi Malaysia Demi Rakyat Demi mempertahankan Rakyat.
Tapi untuk Najib demi dirinya kroninya isterinya.
Jom lawan!
Undur Najib!







--------------