Jumaat, 14 Ogos 2015

NYAH NAJIB









NYAH NAJIB

LABAK SEKALI 



PENGGANTUNGAN HANIF MAHPA & AFIQAH ZULKIFLI: GERAKAN MAHASISWA WAJAR BANGKIT

Saya tidak terkejut dengan tindakan bacul pimpinan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung Saudara Hanif Mahpa, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) UIA dan Saudari Afiqah Zulkifli, EXCO MPP UIA selama dua semester (iaitu setahun) hanya kerana mereka menjemput saya menyertai satu forum mengenai GST.

Yang saya terkejut ialah bagaimana pimpinan mahasiswa seperti Saudara Hanif Mahpa, Saudari Afiqah Zulkifli dan rakan-rakan mereka di dalam MPP UIA yang jauh lebih berani dari orang-orang tua berjawatan tinggi yang mengepalai UIA. Semasa saya dijemput untuk hadir, saya pada mulanya menolak kerana saya tahu mereka (pimpinan mahasiswa ini) akan berdepan dengan risiko kerana pimpinan UIA mempunyai rekod paling buruk berbanding universiti-universiti lain.

Walau bagaimana pun, mereka meyakinkan saya bahawa prinsip kebebasan akademik lebih penting dari tunduk kepada ugutan beberapa orang profesor yang selesa dengan pangkat. Lalu saya tetap hadir, apatah lagi program itu forum yang adil kerana ada wakil Umno yang akan turut berucap.

Setelah mereka diberi notis dipanggil membela diri kerana dituduh melanggar peraturan universiti, sekali lagi saya duduk berbincang dengan Saudara Hanif, Saudari Afiqah dan rakan-rakan pimpinan MPP UIA. Malah, saya menasihatkan mereka supaya mereka cari jalan untuk berkompromi supaya mereka tidak digantung dari universiti. Mereka meyakinkan saya bahawa mereka tidak akan berganjak kerana memperjuangkan kebebasan akademik itu penting demi kematangan mahasiswa dan mereka sanggup berdepan dengan sekeras-keras hukuman.

Oleh kerana saya sendiri tidak mampu memujuk mereka supaya tidak terlalu berani, kami ada membincangkan beberapa pilihan sekiranya kedua-dua mereka digantung oleh universiti. Saya memberi komitmen bahawa saya mengambil tanggungjawab kepada kebajikan mereka sepanjang mereka digantung.

Oleh yang demikian, saya telah memberikan beberapa pilihan termasuklah bertugas dengan saya sepanjang setahun sebagai pegawai saya untuk menimba pengalaman pentadbiran atau menjalani kursus pendek yang boleh meningkatkan kemahiran dan daya saing mereka sebagai mahasiswa. Saya akan mengusahakan pembiayaan yang sewajarnya untuk mempastikan kebajikan mereka terjaga sepanjang tempoh penggantungan ini.

Saya juga menyeru supaya pimpinan mahasiswa seluruh Malaysia mengambil iktibar bahawa kebebasan akademik tidak akan diberikan kepada kampus kecuali ia dituntut habis-habisan. Dalam suasana kemelut politik sekarang, profesor-profesor selesa di universiti akan lebih keras untuk mempertahankan pemerintahan Najib Razak. Saya menjangkakan universiti-universiti akan mengetatkan lagi ruang kebebasan berfikir yang sudah sedia sempit di kampus untuk melindungi Najib Razak.

Oleh yang demikian, saya menggesa kesemua pertubuhan mahasiswa dan pimpinan mahasiswa untuk bersatu dan memperhebatkan lagi tuntutan kebebasan akademik di kampus. Saya juga mencabar pertubuhan mahasiswa dan pimpinan mahasiswa supaya lebih agresif dalam mendepani usaha membawa perubahan di negara ini dengan terus memberi tekanan agar Najib Razak meletakkan jawatan serta-merta.

Saya akan terus memberi sokongan dan dokongan kepada pimpinan mahasiswa memandangkan latar belakang saya sendiri sebagai aktivis mahasiswa semasa menjadi Pengerusi United Kingdom Executive Council for Malaysian Students (UKEC) di UK dahulu.

Untuk itu, saya telah memberikan komitmen-komitmen berikut kepada gerakan mahasiswa:

1.    Bersama-sama menjelajah ke seberapa banyak kampus di seluruh negara untuk memberikan penerangan dan berdebat mengenai GST untuk mempertahankan hak mahasiswa bersuara dan berfikir; dan

2.    Menubuhkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membela pimpinan dan aktivis siswa yang berhadapan dengan tindakan digantung akibat keberanian mereka mempertahankan kebebasan akademik seperti Saudara Hanif Mahpa dan Saudari Afiqah Zulkifli. Satu majlis mengumpul dana akan dianjurkan oleh Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) bagi tujuan ini dalam masa terdekat.

Saya percaya adik-adik mahasiswa akan terus bangkit menjadi tonggak kepada gerakan perubahan seperti mana kami, generasi pimpinan siswa dahulu kini menjadi pimpinan politik yang berdepan terus dengan gelojoh pentadbiran  Najib Razak.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


LABAK SEKALI 




---------------

HELO APA KHABAR








HELLO 

AHMAD SAiD



APA KHABAR

apa 

rancangan 

sekarang?

marah lagi ke

pasal babak 

anak kahwin
l
 dulu



--------

SABAH BANGUN BERONTAK





BERSiH PUN 

TUNTUT


NAJiB BERCUTi

Pemuda Semporna mahu PM bercuti
Sehari sebelum ahli Umno menyaksikan i Muhyiddin Yassin duduk sepentas bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas kedua-dua disingkir dari kabinet, Pemuda Umno Semporna mengemukakan usul supaya perdana menteri bercuti.

Mereka juga mahu pemilihan parti - yang sepatutnya diadakan pada tahun depan - diteruskan di sebalik keputusan Majlis Tertinggi Umno menangguhkannya selama 18 bulan.

Berdasarkan usul disiapkan sekretariat Pemuda Umno Semporna, usul ketiga yang akan dibentangkan dalam mesyuarat perwakilan mereka petang ini ialah mendesak isu 1MDB disiasat serta dijawab dengan telus.




NYAH NAJIB

SATU TUNTUAN


ADIL  DAN TEPAT





-----------------

HASUT DAN LAWAN








SEKARANG

JAM LAPAN


HASUT 

DAN

LAWAN

DEWAN SiVIK

PETALiNG JAYA





----------------

APO KOBA MAT SAID




APO KoBA

KITo LAWAN



 | August 14, 2015
muhyiddin_Datuk-Ahmad-Said_umno_600
Pertemuan dua rakan senasib, dijangka akan menghangatkan Mesyuarat UMNO Bahagian 




TT TEPAT LAGI

dah tanya awal

apa khabar

mat said

LAWAN BAAA 


--------------

BERITA BAIK UNTYUK RAKYAT MALAYSIA









BERiTA BAiK

UNTUK RAKYAT

MALAYSiA



BERiTA TAKUT

UNTUK NAJi

DAN KUNCU2

Egyptian officials could face London arrest over massacres, say lawyers

Senior officials in Abdel Fatah al-Sisi’s regime in Egypt could face arrest for crimes against humanity if they take up a UK government invitation to visit London, human rights lawyers say.
The warning comes a day before the second anniversary of the massacre of more than 800 protesters outside Cairo’s Rabaa al-Adawiya mosque, the worst of three mass killings of supporters of the ousted president Mohamed Morsi during the summer of 2013.

Last month David Cameron invited Sisi for bilateral talks in the UK, but Sisi has put off the visit due to fears that he or other members of his military regime could be detained if human rights lawyers sought arrest warrants from British courts on the basis of universal jurisdiction for mass crimes.
Toby Cadman, a war crimes lawyer, said he believed that was “almost certainly one of the reasons Sisi did not come” to Britain.
“We are pushing for accountability and pushing for prosecutions in the cases of a number of the individuals … and if they travel to the UK we’ll do our best to make sure they are arrested,” said Cadman, who is one of the lawyers pressing for prosecutions for the massacres. “If we had details of people’s travel we would take their files to the war crimes unit at the Met [Metropolitan police]. We would take their files and ask for their arrest.”
Cadman said he had reason to believe the Sisi regime had been concerned by thearrest in London in June of a Rwandan general, Karenzi Karake, on war crimes charges filed in Spain. 

WARGA MALAYSiA

DiLUAR NEGARA 

BOLEH BUAT

LAPORAN POLiS

DI LONDON

DI SYDNEY

DI PARiS


----------------