Isnin, 28 Mac 2016

TENGKU FRAUD BERSABDA LAGI







TENGKU FRAUD

BERSABDA

LAGi

Himpunan 'onar'  Mahathir, pembangkang, kata Ku Nan

Anggota UMNO dilarang menyertai perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad di Shah Alam petang kelmarin, kata Setiausaha Agung UMNO  Tengku  Fraud Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata perhimpunan itu lebih merupakan satu 'onar' untuk meruntuhkan sesebuah institusi demi mencapai matlamat peribadi individu tertentu.
"Kita tak benarkan anggota UMNO untuk pergi ke program ini sebab saya ingat ia onar, iaitu oleh kerana dia tak capai sesuatu, dia nak runtuhkan sesuatu institusi untuk capai matlamat orang tertentu
KAH KAH KAH

SEBELUM BUKA

MULUT WAHAi

TENGKU FRAUD

SILA BUKTIKAN

HANG INi RAJA

DARi MANA

KAH KAH KAH



-----------

BERITA KARUT DARI PAS




INI BERITA 

KARUT MARUT

DARi PAS


Setiausaha presiden PAS ancam saman Utusan

Ahmad Samsuri berkata, laporan “Bersatu Tentang Agenda DAP – Hadi” salah dan berniat jahat.

INI CAKAP SAJE

MUSTAHIL AKAN

SAMAN

INI AGENDA

KELENTONG

KAH KAH KAH



-------------

APA ITU DIKAY





APA ITU

DiKAY  

DIKAY IALAH:

DEKLARASI

RAKYAT


Buktikan sokongan anda di sini https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1


--------------

SATU PENCERAHAN





SOHEH

BUKAN SEMUA

AHLI PARTi

GEROMBOLAN

MAKAN DEDAK

NGOK & BEBAL


Pimpinan akar umbi Umno S'gor didakwa diarah tandatangan deklarasi sokong Najib


Seorang ketua cawangan mendakwa kepimpinan Umno akar umbi di Selangor kini diarahkan menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib.
Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor.
"Deklarasi yang sama dibacakan kira-kira 5,000 ketua cawangan di seluruh Selangor bagi menyokong kepimpinan perdana menteri dan presiden parti," kata Hashim.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam, malam tadi.
Bagaimanapun, Hashim mendakwa bahawa ahli akar umbi cawangan beliau sebulat suara menolak deklarasi tersebut.

"Kami sebulat suara dari Cawangan Teratai menolak deklarasi yang memberi sokongan kepada kepimpinan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri Malaysia," tegas Hashim sambil disambut tepukan hadirin.
Mengulas lanjut Hashim berkata adalah menjadi harapan untuk setiap presiden yang dilantik menerajui parti itu ke arah kecemerlangan terutamanya apabila menghadapi pilihan raya umum sebagaimana presiden Umno terdahulu.
Namun, Hashim mendakwa perkara tersebut tidak berlaku.
Sebalikya, dakwa Hashim lagi, ahli akar umbi didedahkan dengan terlalu banyak cerita negatif mengenai kepimpinan presiden parti sehinggakan mereka merasa seperti diperbodohkan kepimpinan parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu.
"Kita bukan bodoh, buta dan pekak. Sebelum ini saya telah ingatkan bahawa rakyat akan bangkitkan kes Altantuya, cincin berlian, kapal selam scorpene dan hari ini ditambah pula dengan isu 1MDB.
"Tak habis isu 1MDB, timbul pula soal wang derma RM2.6 bilion yang kita sedia maklum cerita mengenainya," tegas Hashim.
Katanya, jika benar kepimpinan perdana menteri tidak berbuat demikian, mengapa Najib tidak bertindak menyaman pihak yang didakwa terlibat dalam membuat fitnah terhadapnya.
"Dalam sistem perundangan kita sudah cukup untuk ambil tindakan terhadap orang yang fitnah kita.
"Tapi kalau kita diam diri, fitnah itu seolah betul, kalau saya jadi Najib saya akan saman. Kalau ia bohong sebab kita tak buat, apa nak takut," kata Hashim.
Justeru, Hashim mencabar mana-mana ketua cawangan yang belum menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan perdana menteri agar tidak berbuat demikian.
"Saya cabar mana-mana pihak yang belum tandatangan, jangan tandatangan, ini bukan cerita pembangkang sebab Umno ada, NGO ada, rakyat biasa pun ada yang mana kita menuntut Najib letak jawatan.
"Siapa saja boleh boleh tandatangan (deklarasi rakyat), orang masjid pun boleh tandatangan kerana bukan kita marah tapi kita sayang parti kita dan lebih lagi kita sayangkan negara ini," tegas Hashim lagi.
Tambah Hashim, beliau yakin selepas ini akan ramai lagi rakyat yang akan menyokong deklarasi yang dibawa bekas perdana menteri Mahathir Mohamad ekoran berita yang disampaikan oleh media alternatif.
"Saya harap mereka belum dengar lagi berita ini akan dapat mengetahuinya selepas media alternatif sebarkan, mereka akan sedar," kata Hashim mengakhiri ucapan beliau.
Difahamkan program malam tadi tidak dihadiri ketua bahagian Umno Teratai kerana Malaysiakini difahamkan beliau berbeza haluan dengan Hashim, namun didakwa menyatakan tidak ada halangan dari pihaknya.

1 PENCERAHAN

1 PENERANGAN

SATU BUKTi

PERANG DALAM

MAKiN MEREBAK

SEMUA KERANA

DiKAY DiKAY


-------------

SOALAN KURUN INI






SOALAN HAKiKI

BUKAN 

BiLA HENDAK

DiTENDANG

TAPi

BERANi KE?



Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz, Muhyiddin


KUALA NERANG - Umno perlu mengambil tindakan tegas terhadap dua pemimpinnya  Muhyiddin Yassin dan  Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Mahdzir Khalid berkata, tindakan Mukhriz selaku Ketua Umno Bahagian Jerlun dan Muhyiddin sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.
Beliau berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.

"Menyatakan bahawa mereka menyayangi Umno, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut ... parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja," katanya.   

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini, hari ini. - 

KAH KAH KAH

BERAPA KALI

NAK CAKAP DAA

NAK AMBIL 

TINDAKAN DAA

TOK IS CHIP

KAH KAH KAH



----------

HANYA SATU TUJUAN





MENGGALANG

BARISAN

BERSATU



'Memang Tun M pernah penjarakan kami, tetapi…'

SHAH ALAM – “Memang  Mahathir Mohamad pernah penjarakan kami, tetapi sekarang itu semua sejarah,” demikian ujar Menteri Besar Selangor,  Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, meskipun pernah dipukul, ditahan dan dipenjarakan di bawah bidang kuasa Mahathir, beliau sanggup mengetepikan semua detik hitam itu demi perjuangannya untuk rakyat.

Kata Mohamed Azmin lagi, berdirinya beliau di sisi Mahathir pada Kongres Rakyat 2016 hari ini sebagai bukti yang beliau sudah melupakan peristiwa lalu.

“Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang anggota polis dan pada ketika itu,  Mahathir memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Itulah sejarah. Sejarah ajar saya untuk menghayati makna perjuangan rakyat. Kami mahu jadi orang yang lebih baik bukan orang yang lebih teruk daripada sebelumnya,” katanya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berkongsi pengalaman ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Mahathir.

Menurut Mohamad, meskipun pernah ditahan di bawah ISA, namun hari ini beliau sanggup mengetepikan dendam silam demi selamatkan negara dan boleh sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya gementar berceramah di depan bekas pemimpin yang pernah memerintah negara 22 tahun.

"Dua kali saya ditahan ISA. Seperti kata-kata yang lain, kita bukan di sini bercakap untuk dendam,” katanya dalam kongres yang sama.

HANYA SATU

TUJUAN

SINGKIR NAJIB


------------