Khamis, 19 Januari 2017

HARI GAGALIS SEDUNIA







DIUMUMKAN

hari gagalis sedunia
jatuh pada 14 febuari 
kepada para gagalis
sila berusaha kuat
mencari pasangan

cari minah cun
cari balak kacak
cari yang kiut jambu
agar
nama tidak disenarikan
sebagai gagalis


NOTA
tahun ini
ada senarai baru
GAGALIS SEPANJANG ZAMAN
yb eli wong
yb teresa kok
rahmat harun
sadiqin omar
mimi bintulu
berwaspada
masih ada masa
untuk mengawan






--------------

JUAL AGAMA PUSING PUSING






JUAL AGAMA

PUSING PUSING


----------------

KOMPLEK INDUSTRI MILITER





KOMPLEK INDUSTRI MILITER







Trump tampak seorang sosok yang luarbiasa kerana sehingga kini berjaya untuk menjadi Presisden AS tanpa mengikuti amalan dan norma2 biasa yang mapan harus dilalui oleh mana2 calon bakal Presiden. 

Beliau mengaplikasikan strategi sendiri dalam mencapai cita ke Rumah Putih seperti tidak mengendahkan kena 'taat sedia ' pada kuasa Kompleks Industri Militer AS (KIMAS), selaku induk korporat atau kapitalis AS. 

Trump pun lupa yang KIMAS akan mengizinkan dia bertindak selama ini, tapi jika Trump terus bertindak secara sehala aje, jentera KIMAS tidak akan berdiam diri dan mungkin jika dia masih buat pekak dan bebal seperti menjalin silratulrahim dengan lebih anjal lagi dengan Rusia, pasti KIMAS tak boleh maaf dan Trump mungkin dilenyapkan. 

Siapa yg nak lawan tauke seperti KIMAS walaupun dia seorang Presiden dilantik oleh rakyat melalui cara demokratik akan dihukum atau dibungkam. on SIAPA DAN APA DONALD TRUMP
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
on 1/18/17


------------------

INI SEMUA DIRANCANG





DRAMA UNTUK PRU14
ni semua drama dah dekat pilihanraya...nak tarik sokongan rempitt...lepas ni datang ayahanda rempitt semelayu tolong selesai masalah yg dibuat kunan...

ayahanda kj akan settle semua lu punya masalah...rempitt pun tak ada masalah...terus sokong umno..dedakpon masyukkk...sedap dedak on REMPIT WAJIB BANGUN MELAWAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/19/17







-----------------

CHINA TEMBAM LARI KE MANA?






f.b

Kalau anda Jho Low, negara mana anda rasa paling selamat untuk sembunyi sekarang? #ManaJhoLow

Like
Comment
Comments
LikeReply1 hr
Din Binjai Seberang Jaya haha
LikeReply1 hr
Firdaus Hafni Ahmad Malaysia la
LikeReply18 mins

-----------------------------

TUAN HAJI MULA NAK TIPU PENEROKA FELDA




KETIRISAN DALAM FELDA: TIDAK CUKUP SEKADAR PENGAKUAN TETAPI PERLU TINDAKAN TEGAS  

Pengakuan Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tuan Haji Shahrir Abdul Samad bahawa berlakunya ketirisan dalam FELDA termasuk anak syarikatnya merupakan satu langkah yang wajar dialu-alukan.

Ini menunjukkan perbincangan dan pendedahan demi pendedahan mengenai FELDA terutamanya yang dibawa oleh Yang Berhormat Rafizi Ramli mempunyai asas yang kukuh.

Namun, pengakuan dan arahan kepada semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) sekadar untuk letak jawatan tidak cukup untuk mengembalikan keyakinan kepada pengurusan FELDA.

Malah, keputusan untuk menjual saham Maybank yang dirujuk sebagai menampung keperluan kewangan menunjukkan betapa parah dan dahsyat masalah kerugian dan ketirisan yang berlaku dalam FELDA, yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh FELDA sendiri.

Sebaliknya, tindakan yang lebih penting yang perlu diambil oleh Tuan Haji Shahrir Abdul Samad adalah:-

1.      Berapakah anggaran jumlah ketirisan yang berlaku dalam FELDA dan saya pasti Tuan Haji Shahrir ada maklumat ini memandangkan beliau mengaku ada ketirisan? Umum terutamanya peneroka-peneroka FELDA berhak untuk mengetahui keadaan sebenar. 

2.      Adakah perkara ketirisan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat jika berlakunya unsur jenayah atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat unsur rasuah atau pecah amanah? 

3.      Jika belum, bilakah Tuan Haji Sharir akan membuat laporan polis atau SPRM? 

4.      Apakah perancangan dan tindakan-tindakan yang akan diambil bagi mendapatkan kembali wang yang hilang akibat ketirisan?

Tuan Hajii Shahrir seharusnya tidak berhenti sekadar mengaku bahawa terdapatnya ketirisan dalam FELDA. Sebaliknya, beliau perlu berani untuk mengambil tindakan tegas seperti yang dicadangkan untuk membawa mereka yang berkenaan ke muka keadilan, mendapatkan kembali duit FELDA yang hilang akibat ketirisan dan akhirnya memulihkan keyakinan peneroka-peneroka kepada FELDA.

18 JANUARI 2017
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)





----------------