Khamis, 5 April 2018

SATU LOGO






SATU LOGO

UNTUK 

PAKATAN

ADALAH

TALI GANTUNG

UNTUK NAJIB

INI DINANTI

OLEH RAKYAT

SATU LAGI

TANDA PRU14

PAKATAN 

MENANG

KECUALI 

DITIPU 






--------------------

SUKAN PUKEE MAK








INI CONTOH

PEMIMPIN MUDA

PUKEE MAK

NEGARA HURU 

HARA DENGAN

KES 1MDB

KES KAPAL 

JHO LOW

RASUAH 

TANAH MELAYU 

TERGADAI PADA

CHINA MERAH

PUKEE MAK NI

SIBUK DENGAN

SUKAN PUK-EEE


Khairy: E-sukan akan dipertanding dalam Sukma

 | April 3, 2018
Menteri belia dan sukan itu berkata, KBS turut meminta Majlis Sukan Negara menubuhkan unit sukan elektronik bagi melatih lebih ramai atlet e-sukan.





KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang melakukan penyelarasan untuk memastikan aktiviti sukan elektronik (e-sukan) dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma), kata Tuan Haji Khairy Jamaluddin.

HANCUR LINGKUP

PEMIMPIN  MUDA

KETUANAN MELAYU



YANG TAK TAHU

HAL SUSAH


MELAYAU

--------------------

KES SABOTAJ - REBUT KERUSI








KAH KAH KAH

NI KES APA NI

KAH KAH KAH





Rizalman dicabar lapor Polis,SPRM jika benar diperangkap, kata MP Segambut

Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Tuna Haji Rizalman Mokhtar dicabar membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) kerana mendakwa ada pihak cuba merosakkan nama baiknya


KENA SABOTAJ

KENA TIKAM

KENA PURTU

KENA TIBAI

KAWAN SENDIRI

INI KES REBUT

KERUSI KE?


KAH KAH KAH



----------------

HARI SELASA NAJIB MENYERANG





HARI SELASA

NAJIB 

MELAWAN



Pada hari Ahad  5hb Julai 2015 - Astroawani mengeluarkan berita gempak - Najib akan saman WSJ Selasa ini. Portal Star Online juga membuat laporan yang sama. Akhbar harian dan portal berita diseluruh Malaysia melaporkan berita : HARI SELASA.

Satu Malaysia jadi tegang menunggu hari Selasa. Najib mahu menyaman akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpusat di New York pada hari Selasa. WSJ adalah harian  yang paling berpengaruh dalam hal ehwal dunia kapitalis. Kaum pemodal antarabangsa menjadikan WSJ ini sebagai kitab hadis rujukan.

Hebat. Anak Melayu dari Pekan cukup berani bangun melawan tohmah dan fitnah media milik kaum Zionis-Anglo-Amerikan. Berita  Najib akan menyaman WSJ pada hari Selasa ini cukup gempak lagi mengerunkan.  

Najib ialah Presiden United Malays National  Organisation - parti berkuasa di Malaysia,  isteri… opps suami kepada Rosmah Mansor - pemilik koleksi Beg Birkin terbanyak dalam dunia, ayah tiri Riza Aziz, kawan niaga Jho Low  dan merangkap Ketua Pengarah 1MDB telah dihina oleh WSJ. Maka satu  Malaysia ternanti-nanti apa akan terjadi pada Hari Selasa 7 Julai 2015.

Tajuk berita Astroawani ini muncul akibat dari laporan The New York Times (NYT) tentang pencurian duit 1MDB yang dilakukan oleh Najib. Pada 5 Febuari 2015 NYT  meledakan  tajuk berita - Jho Low well Connected in Malaysia, has an Appetite for New York. Akhbar NYT  bertanggung jawab membocorkan kepada dunia tentang peranan Najib  dalam rompakan dan pencurian duit 1MDB.

Laporan berita dari NYT ini mengemparkan dunia. Inilah permulaan  kesah pencurian duit yang terbesar dalam sejarah dunia. Semenjak Kun Fayakun - rompakan yang dijalankan oleh Najib inilah yang paling besar pernah berlaku dalam galaxi kita - The Milky Way.

Department of Justice Amerika (DOJ) - Jabatan Keadilan Amerika - mentakrif kes Najib mencuri duit 1MDB ini sebagai rompakan yang dilakukan oleh pemimpin negera. Justeru mengikut  takrifan  DOJ
Najib ialah seorang kleptokrat. Kleptokrat memberi makna pemimpin negara yang mencuri dana negara.

Malaysia kini bukan lagi negara demokrasi tetapi negara kleptokrasi. Negara yang diurus tadbir melalui pencurian. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini takrifan DOJ. Amin.

Tajuk berita - Najib akan saman WSJ hari Selasa -  memperlihatkan Najib yang garang. Najib seorang pemimpin Melayu Islam yang syumul jujur menjadi garang akibat dari  fitnah dan tohmah  media luar negara. Hidup Melayu!

Najib mahu dirinya dilihat suci bersih. Najib mahu membuktikan bahawa dirinya bukan pencuri atau penyangak. Jauh sekali dituduh sebagai Lanun Bugis.

Justeru Najib akan menyaman WSJ pada hari Selasa 7 Julai 2015.

Selasa datang Selasa pergi. Selasa terapong Selasa  tenggelam. Bertaburan hari Selasa yang dijanjikan oleh Najib sampai dan hilang bagitu saja. Najib tidak menyaman WSJ.

Minggu menjadi bulan. Bulan datang bulan pergi. Selasa sampai selasa senyap. Najib TIDAK juga menyaman WSJ. Bulan menjadi tahun. Tahun berganti. Saman Najib tak kunjung sampai kepada WSJ. 

Dari hari Sabtu 5hb Julai 2015 hingga  ke hari ini Senin 2 April 2018 - Najib masih belum menyaman.  Senin ini saya menggarap tulisan ini - apakah esok  Selasa 3 April  Najib akan menyaman WSJ? Satu dunia sedang menunggu.

Kenapa jawapan garang Najib kini menjadi lembik. Kenapa Najib tidak menyaman WSJ. Kenapa Najib senyap menikus apabila DOJ menuduh MO1 sebagai kepala pencuri.  Dari laporan DOJ satu dunia diberitahu bahawa pencuri duit 1MDB ialah Malaysian Officer Number One (MO1). MO1 ini pastilah Datuk Seri Mappadulung Daeng Manttimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Razak.

Apakah Mat Najib pahlawan Bugis a.k.a Lanun Bugis ini  telah jatuh lembik lagi manai. Mat Najib jadi lembik manai kerana terlalu banyak makan nasi kangkang opps… maaf.. silap kerana  terlalu banyak makan nasi kang kong yang harganya semakin murah. Atau ada sebab-sebab lain?

Pasti ada sesuatu telah berlaku dibelakang tabir. Hari Selasa yang terpancut dari mulut Najib itu adalah niat hati Najib yang jujur. Mat Najib mahu membersihkan namanya dari dihina dan diperlekeh oleh media antarabangsa sebagai pencuri.

Tapi dibelakang tabir ada berselirat Mat Dedak yang bersedia memberi nasehat kepada Mat Najib. Antara penasehat yang diketahui umum ialah Tuan Haji Hadi Awang. Selainnya bergerak gelap  dibelakang tabir.

Pasti ada Mat Dedak penasehat Najib  yang memiliki latar belakang media. Mat Dedak ini pasti faham dan sedar akan cara akhbar luar negara bergerak. Laporan NYT atau WSJ bukan ambil muat sahaja. Selidikan telah berbulan-bulan dijalankan. Jika disaman  pasti banyak lagi maklumat akan pecah terbarai. 

Jika ada kes saman di mahkamah bukan saja kalong berlian merah jambu milik  Kak Mah akan dilaporkan. Berita  Kak Mah bershopping juga akan bocor. Bukan bershopping di Victoria’s Secret  atau di Jakel yang cekai mekai tapi di Bordelle of London untuk ‘matching’  warna coli dengan warna beg Birkin.

‘Bos saman  ini bahaya bos… lebih baik diamkan saje…kita buat donno kita minta Jakim siasat Sajat tu jantan ke betina.  Kalehkan berita. Pasti jadi heboh dan tenggelam berita saman ….Kita buat rancangn lain.”

Najib menjawab tuduhan WSJ dan NYT dengan rancangan lain. Dengan senyap-senyap Mat Najib mencari jalan untuk dapat bertemu dengan Presiden Trump. Ini berjaya dilakukan maka bopeng muka WSJ dan NYT. Dua akhbar Amerika ini dimalukan kerana Mat Najib dapat masuk ke Rumah Puteh.

Pertemuan Mat Najib dengan Mat Trump cukup hebat.  Mat Najib berjanji dengan Mat  Trump yang Malaysia akan membantu ekonomi Amerika. Apakah ini bermakna syarikat 1MDB akan mendirikan tembok sempadan antara  Amerika/Mexico. Pekara ini masih belum jelas. 

Apa yang jelas ialah akhbar WSJ dan NYT terkapai-kapai tidak dapat menemui bual Najib. Akhbar WSJ dan NYT hanya melihat dari jauh kejayaan Mat Najib masuk ke Rumah Puteh tanpa menanggalkan kasut. Amin.

Pada malam Khamis 29 March 2018 di Guar Chempedak Kedah - Pengerusi Pakatan Harapan Mahathir Muhamad secara terang telah sekali lagi membuat kenyataan   terbuka menuduh Najib  seorang pencuri.

Di hadapan hampir tujuh ribu warga Kedah,  Mahathir yang juga orang Kedah telah menuduh Najib tidak layak memimpin Malaysia  kerana dia pencuri. Dengan lorat Kedah  dan nada sinikal Mahathir memburukan imej Najib  seoalah-olah Najib ini bangkai yang tak berguna.

Warga Guar Chempedak terbarai ketawa.

Tuduhan Mahathir keatas Najib ini lebih terang dan lebih jelas dari laporan NYT atau WSJ. Dua media ini agak berlapik  berbanding dengan serangan  peluru berpandu  Mahathir terbaru ini.

Pencuri. Pencuri. Pencuri. Najib seorang pencuri. Penyangak. Mahathir sekali lagi memberi tahu  pendengar ceramah bahawa Najib ini Lanun Bugis. Mahathir   membocorkan berita bagaimana  warga Bugis di Tanjung Piai Johor sama bersetuju yang Najib ini saorang pencuri.  Malah warga Bugis di Tanjung Piai telah memberi sambutan hangat ketika Mahathir melawat Johor. Babak ini  menjadikan Mahathir tanpa segan silu  menggunakan istilah  Lanun Bugis.

Ini bukan kerana semua Bugis pencuri. Hanya Najib seorang pencuri - mengikut kata Mahathir.

Sabenarnya bunyi isi ucapan Mahathir ini bukan satu pekara yang baru. Semenjak  berita Najib mencuri duit 1MDB  dibocorkan oleh NYT dan WSJ - Mahathir telah ke hulu ke hilir berceramah menerangkan kepada orang ramai tentang malapetaka yang dibawa oleh Najib.

Di Utan Aji di Perlis pada pada Jumaat 30 March di Utan Aji Perlis , dihadapan 4 ribu warga Perlis , Mahathir telah mengulangi tuduhan yang sama terhadap Najib.

Dalam ceramah di Utan Aji kali  ini Mahathir telah berkata  yang dia telah mengumpul 60 jenayah kesalahan  Najib. Apa  yang kita diberitahu secara terbuka hanya  satu jenayah :- Najib mencuri duit 1MDB.

Yang   59  lagi jenayah apa?

Saya sendiri tidak tahu. Malah saya  sama saperti pendengar ceramah di Guar Chempedak dan Utan Aji amat kepingin hendak mengetahui fakta 59 jenayah kesalahan Najib mengikut Mahathir Muhamad.

Pada ketika ini Najib bukan sahaja tidak jadi menyaman WSJ - malah Najib langsung tidak berani membuka mulut menafikan segala tuduhan Mahathir.

Paling menarik dalam ceramah-ceramah Mahathir nama rakan niaga Najib  Encik Jho Low terus disebut. Dalam ceramah Guar Chempedak Mahathir telah membuat lawak bagaimana di Persidangan ASEAN di Sydney Australia , Mat Najib telah bergambar dengan Presiden Jokowi. Mengikut Mahathir Jokowi tersenyum lebar kerana Indonesia  telah berjaya  menahan kapal milik Jho Low - tim pencuri Ali Baba. Mahathir mempersoalkan - kenapa pencuri yang bernama Jho Low ini tidak ditangkap?

Dalam hal Jho Low  ini saya rasa Mahathir kurang arif. Kumpulan Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) sedang menyusun demo besar -  turun ke jalan pada  Sabtu 14 April 2018i di Sogo Kuala Lumpur. Tujuan ialah untuk mendesak Ketua Polis Negara (KPN) bekerjasama dengan Interpol untuk menangkap Jho Low.

Kapal telah berjaya ditahan di Bali Indonesia. Pencuri rakan Najib  ini dilaporkan oleh harian The Australian kini  berada di Shanghai China Merah. Kenapa KPN tidak mengambil tindakan? Apa hubungan  Jho Low dengan China Merah? Tunngu minggu hadapan.(tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45





---------------------

SEJARAH PRU14






POSTER MUKA

MAHATHIR

TERLALU POPULAR

MENIMBULKAN

SOKONGAN KUAT

DARI PENGUNDI

MAKA 

PENCURI NAJIB

BUAT

UNDANG UNDANG

HARAM DIPASANG

POSTER MAHATHIR

DALAM PRU14


Tiada poster Najib tanda penolakan rakyat Johor

Kehangatan menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) semakin membara khususnya di negeri Johor yang dikatakan benteng Umno di Malaysia.
Namun apa yang berlaku ketika ini, pelbagai poster dan gambar pemimpin dipasang dan dinaikkan di merata tempat namun ianya tidak memaparkan langsung wajah Najib di Johor.


POSTER NAJIB

MUKA PENCURI

TAK BERANI

DIPASANG  KERANA

AKAN DIKOYAK

AKAN DIKENCING

 SEJARAH PRU14
--------------------

TOK HENG MULA BODEK





TOK HENG

 BODEK  INI 

UNTUK 

DAPAT KERUSI

DARI PENCURI

‘Dedak’ untuk manfaat apa salahnya?

KUALA LUMPUR - Pengumuman insentif oleh kerajaan kepada penjawat awam disifatkan sebagai ‘dedak’ menghadapi PRU14 namun perlu dilihat daripada sudut positif.

Presiden Perkasa, Tuan Haji  Ibrahim Ali, berkata, sudah tentu ada yang bercakap pengumuman yang dibuat adalah kerana sudah dekat PRU tapi beliau melihatnya daripada sisi lain.

“Ya jika sebab PRU pun apa salahnya? Mereka parti pemerintah bila sampai masa nak PRU, dan mahu hargai penjawat awam. Ianya tidak salah.

“Saya juga berpendapat ini memang sebab PRU. Dan saya percaya penjawat pun menghargai tentu bersyukur dan terus sokong kerajaan. 


JIKA TAK DAPAT

TOK HENG

BOLEH TANDING

KERUSI MIC

KAH KAH KAH






--------------------