Khamis, 25 Oktober 2018

BUKAN SPY - PENYAMUN






LA KA WALA WALA 

APA PUNYA SPY


Ketua pengarah risikan hadapi tuduhan pecah amanah dana AS$12.1 juta

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hajjah Hasanah Abdul Hamid tiba di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, berhubung dakwaan pecah amanah jenayah dana kerajaan berjumlah AS$12 juta (RM49.9 juta).

Hasanah menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan pecah amanah oleh penjawat awam.


INI BUKAN SPY

INI PENYAMUN

TANGKAP PENJARA

SAMPAI MATI
------------------

HEBAT HEBAT - AMARAN TAMRIN KEPADA TMJ






HUBAYA HUBAYA

AMARAN TAMRIN 

KEPADA TMJ


TMJ  -  JANGAN  ULANGI  PERISTIWA  HITAM

Tamrin Tun Ghafar

Rabu  -  24/10/18
( 1 -  25 )

1.   Hari ini sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 24hb. Oktober 2008 genap sudah berlakunya satu peristiwa yang tidak  sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang ahli keluarga Raja.

2.  Sama ada ia telah diselesaikan atau sebaliknya, yang penting ia telah berlaku.

3.  Pada tarikh tersebut, Tengku Nadzimuddin, anak kepada Tengku Mudzaffar dan Tengku Dara Naquiah telah  dibelasah dengan teruk oleh Raja Muda Johor yang kini bergelar Tengku Mahkota Johor atau TMJ dan pengawal - pengawal peribadi yang terdiri dari anggota  Askar Timbalan Setia atau  lebih dikenali sebagai Johor Military Force  (JMF ).

4.  Jika tidak silap Ketua Polis Negara atau IGP ketika peristiwa itu berlaku ialah Tan Sri Musa Hassan.

5.  Mengapa beliau dan Ketua Polis Negeri Johor ketika itu menutup kes yang begitu jelas salah dari Akta Undang-Undang Jenayah?

6.  Tindakan mereka menutup kes sebegini tak ubah seperti ‘Menutup Bangkai Dengan Nyiru’, ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’ dan ‘Pilih Bulu’; itulah imej buruk polis ketika itu.

7.  Kerajaan dan rakyat hari ini menuntut Pasukan Polis dari  Ketua  sehingga ke pangkat  'private' melaksanakan undang - undang dengan tulus dan berhemah tinggi  TANPA kira pangkat dan kedudukan, ini termasuk tindakan terhadap mana - mana ahli keluarga Raja jika mereka melakukan kesalahan; ‘semoga pisang tidak berbuah dua kali’.

8.  Jika kes seorang ahli keluarga Raja pun boleh ditutup oleh polis, apatah lagi kes-kes jenayah yang membabitkan antara Sultan atau ahli keluarga mereka dengan rakyat biasa.

9. Beberapa perkara yang menyebabkan mereka  (polis ) tidak berbuat demikian jika ia melibatkan keluarga Raja ialah :-

i.  Mereka mungkin sudah termakan budi dengan anugerah dan gelaran yang telah diberi oleh mana - mana  Sultan.

ii.  Yang masih belum menerima sebarang pingat dan bintang, mereka tidak mahu dilihat sebagai 'menentang arus' dalam menjalankan tugas.

iii.  Yang sedihnya ada di antara mereka yang menganggap seolah-olah Sultan dan keluarga mereka adalah keturunan dewa-dewa yang diturunkan dari langit bagi menjadi payung atau pelindung rakyat???

iv.  Terdapat begitu ramai anggota polis hari ini yang TIDAK  FAHAM  Perlembagaan dan Undang - Undang.

10. Amalan menggampu berlebih - lebihan  dengan menyembah dan mencium tangan Sultan dan anak -  anak mereka  harus DIBERHENTIKAN serta merta oleh semua rakyat terutama ahli politik dan yang berjawatan; lagi pun Sultan BUKAN Tuhan atau Malaikat yang di turunkan khas dari langit; cukuplah penghormatan kepada Sultan dan keluarga mereka dengan menundukkan sedikit kepala dan bersalam tangan.

11. JANGAN  BIARKAN  SULTAN  DAN  KELUARGA  MEREKA  BERMAHARAJALELA  DENGAN  MELAKUKAN APA  SAHAJA TANPA  MENGHORMATI  PERLEMBAGAAN  DAN  UNDANG - UNDANG  DAN  TANPA  MENGAMBIL  KIRA  PERASAAN  ORANG  LAIN.

12. Kepada Sultan Johor , sebelum nasi menjadi bubur  didiklah  anak emasnya , Tengku Mahkota itu yang bakal menggantikannya agar bersopan santun, berbudi pekerti yang baik dan  tahu menghormati orang lain terutama mereka yang jauh lebih dewasa daripadanya: JANGAN ULANGI PERISTIWA HITAM SEPERTI MANA YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH ARWAH DATUK, BAPA DAN BELIAU SENDIRI.

13. Kepada semua Raja dan keluarga mereka pula, belajar dan fahamilah sejarah negara terutama yang melibatkan Perlembagaan dan  mengapa pindaan terhadapnya TERPAKSA  dilakukan.

14. JANGAN  SEWENANG - WENANG  MENUDING  JARI.

15. Sebenarnya kezaliman dan tindak tanduk merekalah yang telah MEMAKSA Kerajaan UMNO/ BN  yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu untuk meminda Perlembagaan negara.

16. Pindaan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi oleh Sultan Johor dan ahli keluarganya dan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan Institusi Raja Berpelembagaan.

 17.   Jika tidak mahu berterima kasih apatah lagi memohon maaf kepada Tun Mahathir oleh kerana sikap sombong diri yang merasakan kedudukan mereka sebagai Sultan dan keluarga Raja tidak perlu merendah diri memohon maaf kepada insan yang telah berjaya menyelamatkan mereka dari dibuang oleh rakyat ketika itu, sekurang - kurangnya kikislah sifat dan sikap membenci dan bermusuhan terhadap beliau.

18. Malangnya semasa Perlembagaan dipinda hampir kesemua Sultan yang ada sekarang masih dibangku sekolah lagi , apatah lagi anak-anak mereka mungkin masih menyusu atau belum dilahirkan lagi.

19. Atas  alasan hendak menjaga kepentingan rakyat negeri kononnya, kebelakangan ini rakyat menyaksikan bagaimana melampaunya sikap mereka terhadap Perdana Menteri.

20. Tidak boleh dibayangkan apakah jenis tindak balas rakyat terhadap Raja dan keluarga apabila kesabaran mereka mencecah tahap maksima jika Sultan terus dengan perangai buruk mereka dan Tun Mahathir pula membiarkan sahaja situasi itu berlaku tanpa melakukan pindaan kepada Perlembagaan?

21. Semoga apa yang dilakukan oleh rakyat Perancis , Russia , Mesir , Iran , Indonesia dan yang terbaru di Nepal tidak akan berlaku terhadap Sultan dan keluarga mereka di negara ini.

22. Ubahlah sikap dari yang buruk kepada yang baik, dari bermegah - megah  dengan kekayaan dan kemewahan kepada merendah diri dan dari sikap membenci kepada menghormati.

23. ‘Ular Menyusup Di Akar Tidak Akan Hilang Bisanya’, ‘Ikut Resam Padi, Semakin Berisi Semakin Tunduk.’

24. Hanya amalan yang baik sahaja yang akan menyelamatkan kita di sana nanti. Saya yakin jika Sultan rajin menasihatkan rakyatnya, Bangsa Johor, maka beliau juga perlu menasihatkan anaknya terlebih dahulu - ‘Bapa Borek, Anak Rintik.’

25. Semoga Raja dan rakyat jelata dapat mentelaah pandangan ikhlas  saya  ini.

Terima Kasih.





--------------------

BACA YANG INI




BACA DISINI

https://www.malaysiakini.com/columns/448696


Razali Setapa
Tidak ada nilai kita meminta bantuan luar utk meruntuhkn kerakusan kerajaan sebelum ini.Apakah saudara tidak yakin dgn kekuatan rakyat sendiri....Mungkin saudara terlalu lama bertapa di luar negara maka makan, minum, tidur, rehat dan kerja saudara berkiblatkan latar serta budaya luar...Suka saya ingatkan jgn lh pulak saudara bercita2 satu hari nanti meruntuh kerajaan yg ada pd hari ini mengikut citra wayang yg sama....
SukaBalas120j
Rodzi Kadir
Diharap penulis dpat menulis mengenai hubung kait dasar kapital yahudi barat kapitalis non yahudi barat,kapitalis asia,spt china,korea dan jepun utk kejatuhan najib,begitu juga hubung kait trade war antara china dan barat terutama US
SukaBalas13j
Rodzi Kadir
Trima kasih,tulisan ini perlu dirujuk oleh pakar sejarah bila menulis ttg sejarah malaysia.

Ahmad Nordin Iron
Dulu cikgu sejarah aku bagi contoh, kalau Perlis berperang dengan Kedah dan kalau orang putih nak beri pertolongan lebih baik jangan terima, kalau terima jugak dan kita menang, orang putih yang akan jadi pemerintah, bukan kita lagi, maknanya dijajah. Musuh kepada musuh adalah kawan adalah kata kata yang pernah diucapkan oleh Monsyi Dayan, bekas PM Israel




-------------------

TAYANGAN SERENTAK







DARI PANGGUNG

NEGARA

Langsung: Tuduhan baru terhadap Najib, Irwan dan bekas ketua perisik


PENDAKWAAN jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak diteruskan hari ini, bersama bekas ketua setiausaha perbendaharaan negara  Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dua individu yang memegang jawatan dalam firma pelaburan negara bermasalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah kerajaan terdahulu akan didakwa dengan pecah amanah jenayah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Mereka dipanggil untuk disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.


NOW SHOWING

TAYANGAN

SERENTAK 

SELURUH NEGARA


-------------------

BERITA BAIK UNTUK KAK MAH




INI BETUL

BERITA BAIK 

UTK KAK MAH

Rosmah dijangka beri keterangan pada polis Jumaat ini

ROSMAH Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, ​​​​​dijangka hadir memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat ini.


DAPAT SAJE

PANGGILAN 

TALIPON DARI

BALAI POLIS

KAK MAH

HILANG 7 KILO

JAMIN TAK LAMA

LAGI KAK MAH

AKAN JADI

DUTA SLIM 

GANTI ZIANA ZAIN

KAH KAH KAH
------------------

DIHUDUDKAN




DIHUDUDKAN
bro..apakah mohammad bin salman akan dihududkan ? ini perintah allah..dont play2 with hukum..kalo lgbt buat onar, cium sama sdiri pun kena hukum, inikan pula hukum mati...darah wajib dibayar darah bro..bila ulama2 dunia nak hududkan MBS muhamad bin salman ni??err turki tak nk nyah keluar msd atau duta arab saudi ni ke? 
atau erdogan pun takut sultan dan cium tgn sultan..saja tanya sb erdogan pembunuh kurd ini kawan baik anwar..matawang truki pun tgh jatuh walaupun mdpt nasihat dari pakar ekonomi terbaik suamiku anwar..ramai lg turk islam minum arak..atau mat sabu takut jumlah haji berkurangan.. on
 CLOWN PRINCE KANTOI.
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/24/18



---------------