Isnin, 7 Disember 2020

BAJU KUNING SPEK HITAM

 



 BAJU KUNING

SPEK  ITAM 

Unknown commented on

 "SATU SOALAN"

bohong. jika ya memang niat malaon sekor ini kutip sampah kerana nak tengok pantai pd itu bersih maka malaon sekor ini akan ke sana lama sebelum dia nak jadi MP atau setiap kali ternampak sampah samada di permatang pauh atau di pd tentu dia akan menyarung kemeja kuning dan mengenakan spek hitam 


lalu dengan tangan itu juga dia akan kutip setiap satu sampah itu tanpa perlu ada plastik hitam. untuk malaon sekor ini. kasihanlah diri tu kerana selama hidup asyik menipu diri sendiri. err...sila datang ke pantai pd lagi untuk pastikan ia bersih. bukan hanya waktu prk saja ya!

APA INI ?



APA INI

TUKAR GAMIN LAGI?


Boikot boleh berlaku di sidang DUN Johor esok



BERITA MENYUSUL

TEGAK KEBENARAN BUKAN KUTUK





 TEGAK KEBENARAN

BUKAN KUTUK

kluangman commented on

 "JANGAN KUTUK ABAM"

Berjanji untuk tidak kutuk lagi Abam jika dia letak jawatan dan diam..

 




AWAS

SEREMBAN

SANDAKAN

JAY BEE

3 lagi kluster baharu 

Covid-19 dikesan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Ceram melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dengan kes awal positif Covid-19 dilaporkan pada 30 November hasil saringan individu bergejala.

“Hasil saringan di tempat kerja seterusnya mendapati 170 kes lagi dikesan positif Covid-19. Sehingga 6 Disember, sejumlah 450 individu telah disaring, yang 171 kes telah dikesan positif dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster kedua pula ialah Kluster Pulau Berhala melibatkan daerah Sandakan, Sabah dengan kes awal dikesan pada 20 November hasil saringan komuniti.

Beliau berkata sehingga hari ini, sejumlah 208 individu telah disaring dan 24 kes positif dikesan dalam kluster tersebut.

Dr Noor Hisham berkata kluster ketiga pula melibatkan daerah Johor Bahru di Johor dengan kes awal dikesan pada 1 Disember hasil saringan individu bergejala.

Katanya sehingga hari ini sejumlah 212 individu telah disaring dan17 kes telah dikesan positif.– Bernama, 6 Disember, 2020.



HATI 

HATI

KITA 

JAGA 

KITA

KAWAN LAMA

 




KAWAN LAMA
Unknown commented on

 "SELAMAT JALAN 

KAWAN ABU YACOB"

member2 kelas dulu ada jadi ostad ada jadi cikgu ada jadi ahli politik ada yang bukak partai katak .. semua orang baik2 padahal dolu dolu sama2 sama makan pau .. sama2 makan nasi lemak .. sama2 makan karipap... sama2 gotu gotu .. tengok tape blue kenangan terindah kah kah kah

BERKHALWAT HARI KE 264

 





KHALWAT KE 264

SENIN 7/12/2020

KITA MASUK KE HARI 264
BERKHALWAT

HARI INI 
RENTAS  NEGERI
RENTAS DAERAH
TELAH DIBENARKAN
KECUALI
WILAYAH DAN MUKIM
YANG MASIH TENAT
DENGAN KOBID

CAFE RESTAURAN BAR
TUTUP PUKUL 12 MALAM

SEMUA INI
BERITA BAIK

PAGI INI HOKKIEN BASAH
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT MENDUNG
MUNGKIN HUJAN PETANG INI

KUALA LUMPUR MALAP
LE CHATEAU DI SELUBUNGI
AWAN HITAM

BRO
JANGAN ROYAK BANYAK BANYAK
HAL DIRI KITA
PADA MAMAT
YANG BARU DI KENALI

KITA SELALU BERHARAP
TAPI
BERLAKON  TAK AMBIL POT

BRO
BIARKAN HATI KITA BERSARANG
DI HATI KEKASIH
MACAM ITU SAJA LUBUK
TEMPAT BERSARANG

WALAU PUN KITA SESAT
DALAM GELAP GULITA
CAHAYA HATI KITA
AKAN BAWA KITA PULANG

BRO
RIBUT ITU AKAN SAMPAI
TAPI TAK SAMESTINYA
KITA TERBANG BERSAMA

PAHAT INGATAN
TAPI JANGAN JADIKAN
INGATAN 
MENGARAH HIDUP KITA

BRO
KALAU NAK TERBANG
WAJIB BERANI MELOMPAT
TANPA TAKUT JATUH

DENGAR SUARA HATI
TAPI JANGAN BENARKAN
SUARA HATI MENGAWAL KITA

BRO
ADA MAMAT 
SENGKANG KAKI 
KITA TERJATUH 
TAPI
MUSTAHIL KITA JATUH 
HANCUR LURUH

BUKAN CINTA
TAK BOLEH DATANG DUA KALI
HANYA
CINTA YANG SAMA 
TAK MUNGKIN DATANG

BRO
LU JATUH CINTA SEKALI LAGI
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT