Isnin, 11 Januari 2021

PEMIMPIN DULU PEMIMPIN SEKARANG



PEMIMPIN DULU

PEMIMPIN SEKARANG 

panglimo potaseh commented on 

"MENYAMPAH"

Dulu2 pemimpin kita berjuang utk membebaskan Tanah Melayu ...ini kali mereka berjuang utk membebaskan Diri mrk dari dijil, Keluarga mrk dan melestarikan hasil samunan mrk.

74 JUTA MEMBERI UNDI PADA TRUMP

 


74 JUTA  

WARGA AMERIKA

MEMBERI UNDI

KEPADA 

DONALD TRUMP 


KRISIS AKAN

BERPANJANGAN

AMIN 

JOE BIDEN PRESIDEN BARU AMERIKA



JOE BIDEN

PRESIDEN BARU

AMERIKA

Hari ini Jumaat 8/1/2021  saya menangguhkan sambungan tulisan tentang Zionis dan Saudi Arabia. Ini kerana saya mahu membawa pembaca memahami secepat mungkin apa yang telah berlaku pada Rabu 6/1/2021 di Washington DC – ibu negara Amerika Sarekat.

Saya telah menulis tentang pemilihan presiden Amerika yang berlangsung pada Selasa 2 November 2020 yang lalu. Saya juga telah menulis tentang bagaimana  Trump dan Biden mendapat sokongan dana berbilion dolar untuk berkempen. Saya juga telah menulis tentang wujudnya kumpulan dan tim berkepentingan yang mahu mengalahkan Trump. 

Saya juga telah menulis  tentang penyokong tegar Trump. Kenapa mereka menyokong Trump. Malah saya juga telah menulis bahawa penyokong  Trump ini ada  terdiri dari kumpulan extremis kanan yang bersenjata.

Saya telah menulis dan meramalkan akan berlaku bentrokan di Washington DC .  Maka pada Rabu 6/1/2021  Bangunan Capitol di Washington DC telah dikepong dan di ceroboh oleh penyokong Trump.  Apa yang saya ramalkan telah berlaku.

Bangunan Capitol ini didirikan pada tahun 1800 di Washington D.C. Dalam bangunan bertempatnya  Dewan Congress. Juga  menjadi pusat legislatif dan eksekutif  pentadbiran Amerika. 

Dalam benterokan ini empat warga Amerika mati terbunuh ketika  demonstrasi berjalan.  Ketika saya menulis ini seramai 26 orang telah ditangkap.

Bentrokan berlaku  kerana Trump  dan penyokong Trump menganggap pemilihan Presiden  2020  berjalan  dengan  perancangan licik  menipu undi.  Penyokong Trump percaya bahawa wujud  projek gelap untuk memastikan   Trump kalah.

Mengikut pandangan penyokong Trump - projek gelap lagi jahat untuk menjatuhkah Trump ialah persengkokolan  tiga  gerombolan :   gerombolan pertama apa yang dipanggil  ‘ big tech’ – teknoloji gergasi – twitter, google  dan Face Book . Gerombolan kedua terdiri dari media arus perdana seperti CNN, Washington Post, New York Times.  Gerombolan ketika   kumpulan oligarki -  kaum pemodal yang kaya raya  dari Wall Street.

Keyakinan para penyokong Trump ini diperkuatkan lagi  oleh kenyataan demi kenyataan  dari  para pemimpin parti Republican yang menuduh penipuan undi telah berlaku. Malah Trump sendiri  hingga ke hari Rabu masih enggan mengaku dan menerima Biden sebagai Presiden dilantik.  Parti Republican percaya penipuan undi telah berlaku.

Kemenangan Trump telah dirampas. Ini mantra dan ratib penyokong Trump.

Hujah penipuan undi telah disokong kuat oleh hujah perundangan.  Para peguam Trump yang di pimpin oleh Rudy Gualiani  – bekas  Datuk Bandar New York.  

Hujah – legality atau keabsahan – pengundian cukup kuat. Kes kes penipuan dan bahan bukti penipuan telah diajukan ke mahkamah. Tetapi gagal dilebarkan ke mahkamah kerana mahkamah juga kini dibaca  oleh penyokong  Trump telah menjadi  sebahagian dari penyokong Biden.

Untuk kita di Malaysia apa yang berlaku di Amerika bukan satu yang menghairankan. Rakyat telah melihat dan mendengar  kes tipu, kes bawa ke mahkamah berkali kali.  Semuanya menghabiskan dana parti.  Tidak membawa apa jawapan.

 Dari zaman Perikatan - semenjak 1955  United  Malays National Organisation dan kuncu kuncunya telah menipu dalam pilihanraya.  PRU 12 dan PRU13 kita melihat bagaimana Pakatan Rakyat telah digagalkan dengan penipuan undi.  Ini membawa ke tahun 2018 dimana kebencian rakyat sampai ke tahap gaban maka barulah Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan.

Apa kah dalam  PRU14 tidak ada tipu undi?

Jawabnya ada. Tetapi kebencian rakyat terhadap  United Malays National Organisation telah ampoh melimpah sehingga tidak ada jenis penipuan yang dapat mempertahankan  dan menyelamatkan gerombolan jahat ini. Kebencian orang ramai  menggunung hingga berjaya  menenggelam musnah projek tipu. Amin

Kes tipu undi, salah guna kuasa , kes  leterik putus  pada ketika undi dikira – kini berlaku bukan  hanya dari Lembah Pantai atau dari Pagoh tapi dari Arizona dan Pennslyvania. 

Untuk saya inilah kehebatan Trump. Inilah kejujuran Trump.  Sosok yang bernama Donald Trump ini telah membogelkan  sandiwara  silap mata menipu orang ramai. Sandiwara ini diketahui oleh umat manusia seluruh dunia. Sandiwara ini  dikenali sebagai  pilihanraya.

Amerika negara termaju yang mengakui sebagai jaguh dan kepala demokrasi pun berlaku  penipuan undi. Bayangkan di negara  Afrika, Arab dan Amerika Latin. Hakikatnya  di serata pelusuk dunia dimana ada pilihanraya pasti ada penipuan. Tipu undi telah menjadi watak pilihanraya.

Jelas semakin jelas bahawa projek pilihanraya ini hanyalah satu ilusi. Apa yang dialami oleh penyokong Trump pada tahun 2020 telah kita alami di Malaysia. 

Pada pagi Rabu 6/1/2021 – penyokong Trump telah berhimpun berhampiran Rumah Puteh. Trump telah menyampaikan ucapan. Trump membakar semangat penunjuk perasaan. Dalam  ucapannya Trump sekali lagi menolak kemenangan Biden. Mengklim bahawa dirinya telah menang besar. Ucapan ini telah menaik dan membakar semangat penyokong.

Kemudian Trump mengarahkan para penunjuk perasaan berarak ke bangunan Capitol. Ketika ini ahli Dewan Congress dalam banguanan Capitol  sedang mengira  keputusan jumlah undi elektoral. 

Dari segi perlembagaan undi elektoral yang telah dijumlahkan akan diberi kepada Naib Presiden Mike Pence untuk diumumkan  secara resmi siapa yang menang. Sebelum upacara ini tuntas  akan ada perdebatan.  Jika ada  ahli Dewan yang  membantah keputusan kiraan jumlah undi. Ketika inilah pada penunjuk perasaan  masuk menceroboh.

Naib Presiden Pence dan para ahli Dewan  dilarikan tempat selamat.  Huru hara berlaku dalam Dewan Congress. Bukan huru hara perdebatan tapi huru hara yang dilakukan oleh penunjuk perasaan.

Media arus perdana dengan cepat menuduh satu serangan telah berlaku di Capitol. Trump dituduh memulakan serangan ganas ini.

Keganasaan memuncak. Seorang wanita penyokong Trump ditembak mati. Trump kemudian  muncul  dikaca tv meminta para penyokong berundur. Pada awalnya Trump enggan  memanggil  National Guard untuk mereda keadaan. Akhir Trump bersetuju memanggil National Guard – soldadu – masuk  mengawal Washington DC untuk mereda keadaan.

Dewan Congress bersidang kembali. Jam 4 pagi barulah secara resmi undi elektoral diterima dan Joe Biden  menjadi Presiden Amerika ke  46.

Apa maknanya  semua ini. Apa maknanya  pemilihan Presiden 2020. 

Untuk saya selain dari peranan Trump membogelkan pilihanraya Trump juga telah membuka ladang kemarahan yang amat luas.  Ini kemarahan dan rasa  tidak puas  hati dari warga Amerika yang selama ini ditinggalkan. Kemarahan dari  mereka yang terpinggir.

Kini Amerika terpecah dua. Satu Amerika Merah dan satu Lagi Amerika Biru. Merah ialah lambang Parti Republican, Biru ialah lambang Parti Democrat. 

Jelas amat jelas  jumlah undi popular yang diterima oleh Trump bertambah berbanding dengan undian tahun 2016.  Maknanya penyokong Trump tetap setia dengan garis dan politik Trump.

Amerika pecah dua ini amat susah untuk bertaut kembali.  Dendam penyokong Trump ini akan mencari  jalan untuk meneruskan harapan mereka untuk membersihkan Amerika dari elit politik dan elit ekonomi yang selama 200 tahun ini telah menjarah Amerika.

Trump telah berjanji akan membersihkan  kelimbah Washington DC dari penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura puraan para politikus.   Trump berjanji untuk menjadikan Amerika gagah sekali lagi. Niat dan  rancangan  Trump telah digagalkan.  Kegagalan ini akan terus tersimpan dam sanubari mereka. 

Mereka yang saya maksudkan  mengikut Hillary Clinton  ialah ‘ a basket of deplorables ‘ -  atau sebakul  Mat Lekeh.  Elit politik memandang lekeh terhadap penyokong  Trump.  Mat Lekeh ini kurang pelajaran, kurang ilmu, kurang duit dan kurang pengaruh. Mereka ini dianggap pergi terlanggar pulang tersepak.

Sila ambil perhatian majoriti  Mat Lekeh ini  berkulit putih.

Hari ini dunia sedang diserang pendemik Cobid-19. Ekonomi dunia meleset. Mungkin akan runtuh. Malah ada para ekonomis memberi pandangan bahawa apa yang sedang  berlaku sekarang lebih buruk dari tahun 30’an. 

Kemana arah dunia pasca Cobid-19 masih menjadi tanda tanya. Mari kita melihat sejarah. Membuka kitab lama.

Sayugia diberi tahu  bahawa pada satu ketika dahulu sebelum dan ketika zaman meleset dalam tahun  1930’an  - kesatuan buruh, kesatuan sakerja dan politik kiri cukup kuat di Amerika. Gerakan dan kesatuan mereka inilah yang berjaya memaksa Presiden Franklin D. Roosevelt  (1933-1939) untuk melancarkan  apa yang dipanggil New Deal.

New Deal ialah dasar ekonomi kebajikan yang   berjaya menampung warga Amerika yang  jatuh papa kedana di zaman  meleset – Great Depression (1929-1933).

New Deal memunculkan gaji minima. New Deal memberi bayaran bulanan kepada setiap warga Amerika yang kehilangan kerja dan berpotensi untuk mendapat kerja.  New Deal  ialah   kerajaan mengeluarkan dana untuk projek asas  membangun negara. Projek seperti membuat jalan,  empangan air, lebuh raya, jambatan. Pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga diberi biasiswa  ke Universiti. 

Harus disedari penyokong teguh garis politik kiri  dan  kekuatan kesatuan buruh pada ketika  itu ialah mereka yang  dipanggil Mat Lekeh oleh Hilary Clinton. 

Saya yakin dalam suasana Cobid-19  - dalam kegawatan ekonomi  Mat Lekeh ini berpotensi  untuk melakukan sesuatu.  Kuncinya ialah kemunculan kembali fikrah progresif, pemikiran  radikal yang berpaksi kebajikan  ramai dari kepentingan individu. 

Huru hara yang ditimbulkan selama 4 tahun oleh Donald Trump  seharusnya  menjadikan Amerika bumi subur untuk para intelektual awam, pemikir kiri dan kesatuan buruh  kembali mempanglima politik  Amerika.

Apa sangkut pautnya semua ini dengan kita di Malaysia?

Kita di Malaysia wajib  faham apa yang telah berlaku, yang terjadi dan yang akan terjadi di Amerika akan mempengaruhi politik dunia – termasuk kita. Rumah Putih adalah kiblat sistem ekonomi kapitalis.   Malaysia  adalah salah satu dari jaringan negara yang menggunakan sistem ekonomi kapitalis.  Jika kapitalis Amerika Sarekat  sakit kita akan sakit sama. (TT)


























CONTOHI RAKYAT KELANTAN

 


MARI SOKMO

CONTOHI WARGA

KELANTE

AMIN

MU IKUK CARO

AWENG DAN MEK

BERKORBAN UNTUK

YANG BERHORMAT

KAH KAH KAH


Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Penduduk Kampung Temalir di Kuala Krai terpaksa membina jambatan menggunakan batang kayu selepas aduan kepada pihak kerajaan negeri tidak menampakkan hasil yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, jambatan yang dibina oleh ‘jurutera kampung’ itu akan musnah dibawa arus deras setiap kali musim tengkujuh.

Sejak banjir besar melanda Kelantan pada 2014, orang kampung terus berharap kerajaan negeri membaik pulih jambatan sedia ada bukannya membina jambatan baharu.

Penduduk kampung tersebut, Jefriman Mohamed, 52, berkata, pihak yang berwajib akan datang untuk mengambil gambar selain ukuran itu dan ini.

Namun, beliau memberitahu, akhirnya jambatan yang diimpikan kira-kira 100 penduduk Kampung Temalir masih tidak menjadi kenyataan sekali gus mengecewakan mereka saban tahun.

Jefriman juga berpendapat tidak ada tindakan meyakinkan diambil termasuk daripada pihak wakil rakyat.

“Sudahnya kami orang kampung bina semula jambatan itu menggunakan pokok kelapa, kayu, pokok durian.

“Tapi biasalah, yang buat semua ‘jurutera kampung’, maka setiap tahun akan runtuh juga, akan hanyut juga dek banjir.
 
“Setiap tahun jugalah kami perbaiki balik,” katanya dipetik Malaysiakini hari ini.

Pagi 7 Januari lalu, penduduk kampung menyedari jambatan yang digunakan hilang dari pandangan mereka selepas runtuh dihanyutkan arus deras banjir. Kawasan itu dilanda hujan lebat sejak 5 Januari lalu.

Akibatnya, penduduk terlibat tidak dapat keluar dari penempatan mereka untuk mendapatkan bekalan makanan.

Walaupun mereka mempunyai laluan alternatif tetapi hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis pacuan empat roda sahaja.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah memberitahu, pihaknya sudah mengambil maklum dan meneliti keperluan jambatan di kampung tersebut.


HUTAN DITARAH

UNTUK ISLE

AMIN

RUMAH TENGEGLAM

UNTUK ISLE 

AMIN

BAGI YB 

KERETA BARU 

AMIN

BAGI YB

 ENTOT KETAT

AMIN





KEBENARAN DARI POLIS

 


KEBENARAN

DARI POLIS 

Unknown commented on

 "PKP BARU - SENIN INI"

Betul, betul...kebenaran polis tak bermakna. Brader, lu tau tak, keputusan ujian tu pun tak bermakna sebenarnya...lu punya cangkul maklumat bagus tak? Lu tau tak, pakar pakar perubatan sudah hantar surat mintak Euro Health tarik balik ujian yang ada sekarang sebab ia bukan ujian yang tepat utk kovid. 

Ujian yg tepat utk kovid belum ada lagi. Ini bukan cakap kosong, memang ada surat rasmi dari pakar. Lagi satu mahkamah Portugal sudah larang keputusan ujian utk dijadikan sebqb tahanan kurantin...cuba cari, mungkin dapat kut.


MAT MASLAN LEBIH CERDIK DARI ANWAR IBRAHIM

 


MAT MASLAN

LEBIH CERDIK

DARI ANWAR 

Unknown commented on

 "BUKAN MAD MASLAN 

MAT MASALAN"

Sebenarnya,Mat Maslan lebih cerdik daripada Anwar Ibrahim. Korangnya, Mat Maslan seorang menteri, pandai dapat kuasa, ada jawatan. Anwar siapa? Bakal perdana menteri saja. Coba kau Tanya Anwar Ibrahim apa ertinya "Reformasi". Aku pasti Anwar tak tahu bagaimana nak huraikan.