Ahad, 4 April 2021
AGENDA SUBVERSIF SIAPA ?
AGENDA
SUBVERSIF?
AMIN
AGENDA LUARAN?
AMIN
Jangan campur baur kesetiaan UMNO dengan agenda subversif – Zahid
KUALA LUMPUR – Agenda kesetiaan dalam konteks UMNO tidak boleh tergelincir dan wajib dipertahankan walau dalam bentuk acuan sekali pun supaya agenda pejuang agama, bangsa dan negara dapat diteruskan.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sehubungan itu berkata, ramuan kesetiaan itu tidak boleh dibenarkan bercampur baur dengan agenda luaran yang subversif yang cuba dibawa masuk.
Tegasnya, sebab itulah UMNO berpegang teguh kepada kesetiaan mutlak terhadap agenda perjuangan yang dipamerkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.
“Marilah kita belajar dari sebuah kesetiaan kerana kesetiaan itu mengajarkan pentingnya suatu kejujuran, ketulusan dan kepercayaan.
“Benar setia itu terkadang menyakitkan, tetapi kita perlu percaya mereka yang setia pada akhirnya ada sinar menanti.
“Presiden UMNO mengerti falsafah ini kerana itu walau apa terjadi kesetiaan pada parti tanpa kompromi.
“Meskipun ia bermaksud lilin membakar diri,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, terlalu ramai menyebut tentang erti kesetiaan kebelakangan ini namun adakah mereka faham tentang erti sebenar kesetiaan.
Dalam konteks umum, katanya, kesetiaan dianggap perkara terpenting dalam sesebuah hubungan manakala dalam konteks agama kesetiaan jauh lebih bermakna.
“Kesetiaan kepada negara adalah tentang jati diri dan nasionalisme. Perasaan cintakan tanah air yang tidak berbelah bahagi.
“Tatkala berkata mengenai kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu, ia lambang Malaysia sebuah negara berdaulat.
“Kesetiaan kepada pasangan hidup merupakan pemangkin kepada kesejahteraan institusi kekeluargaan,” katanya.
Justeru, katanya, dalam aspek definisi kata-kata, kesetiaan membawa banyak makna.
Namun pada prinsipnya semata-mata tentang keteguhan hati.
Bak kata ilmuan, kesetiaan bererti ketelusan untuk menyimpan satu dalam hati dan berjanji tidak mengkhianati. – MalaysiaGazette
AGENDA SAPA?
AMIN
AGENDA ANWAR ?
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KHALAS
MUHYIDIN BETUL
PANDANGAN
POLITIK MUHYIDIN
DALAM HAL INI
TEPAT BETUL
AMIN
Tiada parti paling dominan dalam era politik baharu, kata PM
TIADA parti yang boleh mendakwa paling dominan dalam era politik baharu, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.
““Kita telah memasuki era baharu dalam politik negara kita. Tidak ada mana-mana parti yang boleh mendakwa bahawa merekalah parti yang paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti-parti lain. Ini politik lama,”katanya dalam ucapan maya di perhimpunan agung tahunan MIC.
Dalam era baru ini, semua parti mempunyai peranan yang sama untuk dimainkan dan sumbangan mereka sama pentingnya demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara, katanya.
“Kita perlu mengamalkan budaya politik yang berasaskan kepada persefahaman, perundingan dan konsensus dalam mencari jalan terbaik untuk memelihara kestabilan politik, membela nasib rakyat dan memacu kemajuan negara,” katanya.
Beliau menambah kepentingan negara dan rakyat perlu selalu diutamakan berbanding kepentingan individu atau kumpulan.
“Apa yang baik bagi rakyat dan negara harus menjadi prinsip panduan bagi organisasi politik apa pun, termasuk MIC, dalam menentukan arah masa depan parti.”
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya dipandu oleh aspirasi untuk pembangunan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, keharmonian kaum, dan pentadbiran yang baik, katanya.
“Saya percaya jika kita berpegang teguh kepada prinsip ini, kita pasti akan berjaya membangun sebuah negara maju dan makmur.
“Untuk merealisasikan hasrat ini, kami memerlukan komitmen semua orang, termasuk kepimpinan dan ahli MIC. Sebagai sebuah parti politik, sumbangan terbesar yang boleh dibuat oleh MIC adalah mengutamakan perpaduan politik demi khidmat kepada rakyat dan tidak memecahbelahkan politik demi kepentingan remeh-temeh.
Inilah yang membolehkan PN berfungsi sebagai kerajaan dalam tempoh yang sukar ini, kata Muhyiddin.
“Saya rasa kepemimpinan MIC memahami situasi dialami negara dan (kesusahan) dihadapi oleh rakyat pada masa ini dan itulah sebabnya ia terus menyokong pemerintahan PN dalam mentadbir negara dan membantu rakyat.
“Itu adalah sikap yang betul dan rasional. Saya percaya masyarakat India dapat memahami pendirian MIC dan menyokongnya.”
Pengerusi Bersatu itu mengucapkan terima kasih kepada MIC atas sokongannya dan berharap dapat membantunya di masa depan.
Terdahulu, Presiden MIC S. A. Vigneswaran dalam ucapan perasmiannya berkata parti itu akan menyokong kepemimpinan Muhyiddin dan bekerjasama dengan partinya buat masa ini walaupun terdapat masalah Bersatu dengan Umno.
“Umno minggu lalu memutuskan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada Pilihan Raya ke-15 akan datang. Bagi MIC, kami menghormati keputusan yang dibuat berdasarkan semangat perpaduan Barisan Nasional (BN).
“Namun, MIC, buat masa ini, akan menyokong pemerintahan Muhyiddin dan akan bekerjasama dengan Bersatu sementara menunggu perkembangan baharu (dan) keputusan daripada Majlis Tertinggi BN.
“Kita tunggu dan lihat pergerakan politik untuk masa depan terdekat ini,” katanya. – 3 April, 2021.
SAJAT MEMILIKI MODAL
SAJAT
MEMILIKI MODAL
Unknown commented on
"SAJAT SEDANG DICARI"
janji isle semua lubang boleh bolos .... tak caya tanya wak indon 1 tahun boleh pi balik indonesia brp kali macam negara bapa depa punya . bagi Sajat money is king tak susah dia nak bolos lubang mana depan ke belakang atas ke bawah semua alright punya
ADA AGENDA SUBVERSIF
APA DIA
AGENDA
SUBVERSIF ITU?
AMIN
Jangan campur baur kesetiaan UMNO dengan agenda subversif – Zahid
LAMA TAK
DENGAR PERKATAAN
SUBVERSIF
KAH KAH KAH
Langgan:
Catatan (Atom)






