Isnin, 30 Ogos 2021

HOLYWOOD GARIS KIRI

 


AL-FATIHAH

AMIN


Ed Asner, who played Lou Grant in two hit shows, dies aged 91

  • Actor shone in The Mary Tyler Moore Show and spin-off
  • Spell as Screen Actors Guild president ended over liberal views

Sebagai presiden Screen Actors Guild, Asner liberal terperangkap dalam kontroversi pada tahun 1982 ketika dia berbicara menentang penglibatan AS di Amerika Latin. 

Siri popular Lou Grant dibatalkan kerana sokonagn beliau kepada rakyat Latin Amerika. Dia tidak mencalonkan diri untuk penggal SAG ketiga pada tahun 1985.

Asner membincangkan politiknya dalam wawancara tahun 2002, mencatat dia memulakan kariernya pada era McCarthy dan selama bertahun-tahun takut untuk bersuara kerana takut disenarai hitam. Kemudian dia melihat sebuah filem seorang nun  yang menggambarkan kekejaman yang ditimbulkan oleh pemerintah El Salvador terhadap warga negara itu.

"Saya melangkah keluar untuk mengadu tentang kekuatan dan kekuatan tentera negara kita yang berterusan di El Salvador, yang menindas rakyat mereka," katanya.

SALUT

KEPADA

 PENYOKONG

PERJUANGAN 

ADIL RAKYAT

AMERIKA LATIN

AMIN

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB ATAU....

 


SENIN 8/09/2021

HARI HARI AKHIR

SAEKOR NAJIB

ATAU

HARI NAJIB KEMBALI BERKUASA

AMIN

PROJEK KURANGKAN RAKYAT DUNIA


TULISAN INI PERNAH DISIARKAN
DI MALAYSIA KINI & MALAYSIA-TODAY
PADA 13 OGOS 2009
 KETIKA WABAK H1N1
MULA MEREBAK


 

KALAU DIA BOLEH TABUR PAKU – DEPA LAGI BOLEH TABUR VIRUS


Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub. 

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.
 
Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.


Apa sebenarnya semua ini?

Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja. 

Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang. 

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :
 
– Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat
– Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
– Melahir kan musuh sebagai strateji politik

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada tahun 1970 telah keluar satu memo – National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:

‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.


International relation – population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’
 
Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota – sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.

Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.

Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.


Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. 

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

1 – mengurangkan penduduk dunia
2 – menjual ubatan

Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?

Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. 

Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.  

DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. 

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.


Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca – ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan. (TT)

TENTANG

KARONA DARI

WUHAN 

GUA

ADA PANDANGAN

TAPI BELUM

MERAKAMKAN

AMIN

INI UNTUK MENGELAK

DARI  NIAT DAN TEKAD

KITA UNTUK

SESAMA MELAWAN

VIRUS DARI

CHINA MERAH

AMIN



BERITA BAIK UNTUK NEGARA

 

GEROMBOLAN

BERBUNUH

SESAMA SENDIRI

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

WAJIB DIGALAKKAN

WAJIB DIBERI 

MINYAK

KHALAS



Mereka hendak bunuh karier politik saya – Tok Mat



KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO,  Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah.

“Itu namanya politik. Mereka hendah bunuh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu,

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik  Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. – 

 SOKONG 

YANG LEMAH

AMIN

KIPAS BIAR

LAGI TERBAKAR

AMIN



BUKAN SEMUA RASUAH - BANYAK LULUS PEREKSA

 



RAMAI LULUS

 PEREKSA

AMIN

ADA JUGA LULUS

MELALUI RASUAH

KHALAS

Unknown commented on 

"UNDI PAKATAN

 UNTUK BEBAS UTANG"

Jangan temberang '79 semua masuk U kerana akai...yang pokai akai banyak masuk U hanya kerana anak orang berada, anak cikgu, anak datuk, anak tan sri datuk seri bagai...ramai ada cable wei! Inside info gua ada lu orang jangan temberang sangat...lagi mau pandang orang masuk kemahiran bangang sikit bagai....gua kasi pencerahan first hand experience gua punya GPA,



 A level lebih baik dari sedara gua tapi dia dapat gi America full scholarship sampai Master Degree...gua gi kemahiran tetap jadi engineer singgah menara gading graduate guna duit saku sendiri luar negara cuma jalan gua lebih payah....tapi gua tetap bersyukur. Cuma jangan bilang dunia tidak adil...hanya manusia yang punya kaya dan kuasa bersikap tidak adil lalu menganiaya sesama manusia...itu punca masaalah.

TANGKAP PENGARAH SYARIKAT INI

 


TANGKAP DAN 

DAKWA MALAON

PENGARAH 

SYARIKAT INI

AMIN

KESALAHAN 

AMAT BESAR 

AMIN

MERANCANG

NAK MENIPU

RAKYAT

MALAYSIA

 AMIN

JIKA ADA GELARAN

MALAON INI

AKAN GUNAKAN

UNTUK MENIPU LEBIH RAMAI LAGI ORANG

AMIN

MALAOAN 

AKAN GUNAKAN 

GELARAN UNTUK

MENIPU DALAM PERNIAGAAN

AMIN

MALAON

SEDANG  MEMBUANG

 MASA POLIS

AMIN

 MALAON

SENDIRI

MERANCANG

 HENDAK MENIPU

KHALAS



Pengarah syarikat terpedaya sindiket tawar gelaran Istana Negara


KUALA LUMPUR – Seorang  pengarah sebuah syarikat menjadi mangsa sindiket penipuan apabila terpedaya mahu mendapatkan gelaran ‘Datuk Seri Utama dan Tanah Kurnia’ yang kononnya dari Istana Negara.

Kejadian dilaporkan menimpa lelaki tempatan berusia 33 tahun itu pada 28 Mac lalu yang tidak menyedari pada awalnya ia ‘jerat’ sindiket penipuan yang mahu melesapkan wang mangsa sedangkan pengurniaan pingat kebesaran yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada mangsa yang mendakwa ditipu dalam urusan mendapatkan gelaran pingat kebesaran.

Katanya, dalam kes tersebut pengadu telah menerima panggilan dan dimaklumkan bahawa ‘Istana Negara’ akan mengurniakan gelaran Datuk Seri Utama Mahkota Wilayah dan sebidang tanah kurnia berkeluasan lima ekar.

“Pada hari yang sama juga, pengadu telah menyerahkan salinan maklumat butiran syarikat dan butiran peribadi kepada individu tersebut di sebuah restoran berhampiran Pintu 2, Istana Negara.

“Pada 6 April lalu, pengadu telah diarahkan membuat pembayaran sebanyak RM9,400 ke dalam satu akaun yang telah diberikan oleh suspek.

“Kemudian, antara 30 April sehingga 17 Jun 2021, pengadu telah melakukan empat transaksi bayaran berjumlah RM247,000 ke atas satu akaun lain yang juga telah diberikan oleh suspek dan juga menyerahkan RM150,000 secara tunai kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Mahidisham, selepas bayaran itu dibuat  barulah pengadu mengesyaki sesuatu dan membuat semakan ke atas akaun yang diberikan sebelum mendapati akaun tersebut adalah atas nama syarikat yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“Pengadu kemudian sedar rupa-rupanya dirinya ditipu suspek dan kes ini melibatkan kerugian berjumlah RM406,400 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Identiti masih belum diperoleh membabitkan suspek sementara pengadu cuma bercakap dalam telefon dan berjumpa sekali sahaja dengan suspek dan suspek terlibat dalam kes penipuan ini sedang diburu polis.

 

HAJAR MEREKA

YANG BELI PINGAT

UNTUK MENIPU

RAKYAT

AMIN

ROTAN & MASUK

KE DALAM PENJARAN

LEBIH LAMA

LEBIH BAIK

AMIN

JANGAN  BERI

SIMPATI

AMIN

MALAON INI

BAKAL PENIPU

BESAR DALAM

NEGARA

AMIN 

INI JENAYAH

PENIPUAN BESAR

SEDANG DIRANCANG

AMIN

ANUGERAH 

DARI ISTANA HANYA

PERMULAAAN

KHALAS