Khamis, 30 Disember 2021

BUKU IALAH PENGUMPULAN PERJALANAN HIDUP ORANG LAIN

 


BUKU IALAH

PENGUMPULAN

PENGALAMAN HIDUP

ORANG LAIN

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "BUNDLE BUKU"

Boto ko TT 3 juta naskah buku lomeh kek banjir di Sahalam ..banyak tuu ..buku tu kok di susun jadi 100km tobal nyo ..makno nyo lobeh hebat dari Tragedi Sg.Tigris. Tapi tak po banyak mano pong buku lomeh tu tak mongkiamatkang Tamadun Molayu ..sobab Molayu tak do tamadon dan ..dan tak mombaco ..eeillmu hanya di perolehi dari ceramah TaT dan eiillmu tu musti latar bulakang budaya ARAB ..tuckbEEr ..

KUIL JUGA RUMAH TUHAN

 


Tiada siapa paksa pelajar Islam cuci kuil

SESETENGAH orang benar-benar mempunyai terlalu banyak masa di tangan mereka, bukan untuk berbuat baik tetapi hanya membangkit masalah.

Inilah yang dilakukan segelintir penghasut tidak bertanggungjawab berhubung kejadian baru-baru ini melibatkan sekumpulan pelajar Islam UIA membersihkan sebuah kuil Hindu di Klang.

Saya ingin menjelaskannya sekali sahaja. Saya bapa kepada salah seorang pemuda yang mengambil bahagian dalam pembersihan di kuil.

Sebelum pergi, anak saya memberitahu saya mengenai aktiviti itu dan sebagai orang Islam, saya menjelaskan kepadanya bahawa memang kehendak Tuhan untuk kita mendekati dan membantu sesiapa yang memerlukan.

Agama kita, sama seperti agama lain, mengajar kita untuk berbuat baik kepada semua orang dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Agama tidak membeza-bezakan, hanya mereka yang berniat sesat memprovokasi dan menghasut orang lain untuk berbuat jahat dan jahat sesama sendiri.

Sama seperti apa yang Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor kata, langkah pelajar itu merupakan manifestasi indah semangat Keluarga Malaysia dan Bangsa Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan penuntut terbabit hanya amalan kebajikan atau sosial serta tiada kaitan sama sekali dengan kepercayaan atau upacara agama Hindu, yang menghalangnya daripada disertai seseorang Muslim.

Saya mengagumi anak saya dan pelajar lain yang benar-benar membuktikan apa itu rakyat Malaysia – tidak kira sama ada kita beragama Islam, Kristian, Hindu atau agama lain.

Bangsa dan agama tidak sepatutnya menjadi isu kerana nenek moyang kita telah memperjuangkan masyarakat berbilang kaum untuk semua rakyat Malaysia.

Mengenai sebab pelajar menggunakan baju Parti Bangsa Malaysia (PBM), anak saya menjelaskan bahawa mereka memutuskan untuk menggunakan baju itu kerana mereka percaya kepada satu Bangsa Malaysia.

Beliau berkata sebagai golongan belia, mereka sedang mencari parti baharu yang melangkaui semua halangan kaum dan agama dan justeru menyokong apa yang diperjuangkan oleh PBM.

Saya ingin menjelaskan dengan jelas di sini bahawa anak saya mahupun rakan-rakannya tidak dipaksa atau ditipu untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka.

Mereka adalah belia yang cerdas, muda, pintar yang tahu membuat keputusan sendiri dan bukannya individu jahil, tidak berpendidikan yang hanya membuat kecoh di media sosial.

Mereka yang membangkitkan isu itu jelas kurang berpengetahuan dan melakukannya hanya untuk publisiti murahan.

Tiada agama di seluruh dunia yang luas ini mengajar orang lain melakukan perkara yang tidak baik, tetapi sebaliknya untuk mendekati dan membantu mereka yang memerlukan.

Sama ada kuil, gereja atau masjid, semuanya adalah tempat ibadat dan pembersihan premis sebegitu pastinya tidak akan mengubah akidah sesiapa. – 30 Disember, 2021.

* Ibrahim Sidek Isham, 
pembaca The Malaysian Insight.


NAK BUAT

BAIK TAK

PERLU IKLAN

AMIN

KUIL GEREJA

TOK KONG

SINAGOG

SEMUA TEMPAT

IBADAH

AMIN

SEMUA 

RUMAH TUHAN

AMIN

MEMILIKI KESEDARAN SONGSANG

 

RAMAI

MEMILIKI

KESEDARAN

SONGSANG

 AMIN 

WAJIB DIBERI 

PENCERAHAN

AMIN

Unknown commented on 

"HARAM JADAH - SUARA TAMRIN"

Rakyat memang salah, rakyat patut rasa salah, kerana apa kerana apa? Kerana membuat negara ini diperintah oleh penyamun perogol perompak atas sampai bawah, rakyat tidak meludah perompak malah panggil Bossku, rakyat tidak menepis perogol malah dipanggil Tokoh Reformasi, rakyat tidak membenci pembunuh malah anggap takdir Tuhan, maka segala kemungkaran dibuat oleh atasan tanpa tindakan balas rakyat adalah setuju dengan tindakan mereka Amin, 


Cuba ludah muka perasuah, Cuba sula bontot perogol, Cuba potong tangan pencuri Amin mungkin negara dah Selamat, kalau kacau bini orang hisap susu bini orang scud bini orang maka orang itu Senik dipaku ke salib Macam Nabi Isa, kalau tontorn porn tak bayar kena sebat dengan selipar di khalayak ramai stadium baru Amin kah kah kah

SEDAR DARI SEKARANG - SEBELUM DIJUAL

 



 SEDAR DARI

SEKARANG

LAWAN TENTANG

 CHINA MERAH

AMIN

Unknown commented on 

"NAJIB NAK BAWA

 700,000 CHINA"

Apa yang engkau bising bising pasal Cina Merah TT ? Engkau tau tak duit Malaysia yang semua orang dok rasuah komisen kiri kanan dicetak di China Merah? China Bank Note Printing & Minting Corporation cetak duit Malaysia. Duit sendiri pun mintak Cina Merah cetak jangan bising, engkau tak ada teknologi, tak ada akal, tak ada intergriti pun, nak bising apa, kah kah kah tak malu kah, negara Merdeka tak boleh cetak duit sendiri, lepas bising pulak pasal Cina Merah lah, hijau lah, Kuning lah kah kah kah, nanti dia cetak trillion bawa masuk mampooosss engkau, semua kena jual nanti,



 malah negara India Thailand Sri Lanka Bangladesh Poland Brazil semua Cina Merah cetak bagi mampooosss, jadi satu persatu negara ini semua akan dibeli lingkup tunggu lah, orang Kita senang dijual beli asal ada masuk masuk, apa apa nak bagi tahu Bossku, dia hantar satu kontena ke rumah engkau nanti, ezi tak tak kenyang makan tulang setiap hari kah kah kah

DUIT ITU AGONG

 




DUIT

ITU

AGONG

AMIN

Unknown commented on

 "HARAM JADAH - SUARA TAMRIN"

Semua Genetik UMNO membudayakan Cash is King bertuhankan dan. Berajakan duit. Nak kuasa supaya boleh Secure Duit. Macam lagu Khalifah Aku dan Duit tepat sekali. Sekarang masanya semua mereka memdapat balasan Karma, baik Abah, dan Semail Bera dan Geng Mahkamah kerana masingx menikam belakang sesama demi kuasa. Sesiapa kita yg masih menyokong Perompak, Pengkhianat dan semasa dengannya Memang Bidoh Tahap Gaban.

Unknown commented on 

"HARAM JADAH - SUARA TAMRIN"

Tunggu PRU15 nanti, rakyat Melayu masih tetap undi pemimpin yang ta berhati perut ini kerana dua kriteria ... mereka Melayu dan Islam. Pak Tamrin tak ingat pesanan Atok ... "Melayu mudah lupa".

SAMBUTAN HUJAN TAHUN BARU


AWAS


Amaran hujan berterusan mulai hari ini hingga 1 Januari

JABATAN Meteorologi mengeluarkan amaran tahap bahaya hujan lebat berterusan di negeri utara dan pantai timur semenanjung negara, membawa hingga ke sempadan Pahang dan Selangor.

Amaran itu dikeluarkan pada 1.25 petang tadi, turut meletakkan timur laut Sabah dalam senarai negeri terbabit.

Kawasan di zon merah, dikategorikan sebagai “bahaya” di mana hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku hingga esok, 31 Disember, membabitkan kawasan Jeli di Kelantan, Kemaman, Terengganu dan Kuantan di Pahang.

Bahagian lain di negeri ini, selain Hulu Perak dan keseluruhan Johor, berada dalam zon jingga dan kuning di mana hujan lebat berterusan dijangka hingga 1 Januari.

Ini termasuk kawasan di Bentong yang terjejas teruk akibat lumpur dan kayu balak yang dihanyutkan bah dari kawasan lebih tinggi.

Ramalan hujan lebat berterusan turut dikeluarkan untuk Sabah iaitu di Ranau, Tawau, Sandakan dan Kudat hingga 2 Januari.

Lebih seminggu lalu, hujan lebat turun hampir tiga hari dari 17 Disember menyebabkan banjir kilat di kebanyakan tempat di negara ini. Antara kawasan paling teruk terjejas ialah kawasan tengah semenanjung.

Lebih 70,000 mangsa banjir terpaksa mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan dan 48 dilaporkan maut. – 30 Disember, 2021


HATI

HATI

AMIN