Ahad, 20 Februari 2022

BERKHALWAT HARI 701

 



KHALWAT KE 701

AHAD  20/2/2021

KITA MASUK KE HARI 701
BERKHALWAT

OMICRON MASIH MENYERANG
ANGKA DAH  27,000+++
PRN JOHOR AKAN SAMPAI
BULAN PUASA AKAN SAMPAI
APA AKAN JADI ?

RAMAI DAH CUCUK
TIGA KALI
TAPI TAK JAMIN KEBAL
AMIN

PARTI PARTI POLITIK
DAN MULA KENALKAN CALON
UNTUK PRN JOHOR
INI BAGUS KERANA
MASA PANJANG UNTUK
BERKEMPEN
SEMUA INI KEJAYAAN PRU14
AMIN

PAGI INI HOKKIEN KERING
GUA LALU IKUT DEPAN
POKOK MENGKUDU
DEPAN POKOK ARA

POKOK  ARA
YANG GUA PANGGIL
PARLIMEN BURUNG
BELUM BERSIDANG
TAPI ADA 
CHIP CHIP CHIP
ADA
KIH KIH KIH
ENTAH BARUNG APA

KL & KL SENTRAL
KELIHATAN BERJEREBU
SEMENJAK KELMARIN
INI KERANA PANAS YANG HANGAT

DI TEPI JALAN GUA NAMPAK
SATU MOTOSIKAL
TAPI BUKAN WJV 617
INI MOTOR 
PAK CIK YANG GUA KENAL
MOTOR BARU NO WHQ 3910

DARI JAUH GUA NAMPAK
SOSOK SEDANG MEMBERSIH MAKAM
BENTUK  MACAM PAK CIK WJV 617
MUNGKIN DIA ADA 
MOTOSIKAL LEBIH DARI SATU
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI AHAD YANG PERMAI INI

BRO
JANGAN GANGGU MUSUH LU
KETIKA DIA SEDANG
BUAT KESILAPAN

BRO
KEBERANIAN BUKAN
ADA KEKUATAN 
UNTUK MENERUSKAN
KEBERANIAN IALAH
MENERUSKAN PERJUANGAN
KITIKA TAKDA KEKUATAAN

BRO
DALAM POLITIK
BEBAL DAN BANGANG
BUKAN  SATU KELEMAHAN

BRO
TUNJUKKAN 
PADA SATU KELUARA
YANG RAJIN MEMBACA
MAKA
AKAN DITEMUI KELUARGA
YANG MENGUBAH DUNIA

BRO
SEJARAH INI
SATU PEMBOHONGAN
YANG TELAH SAMA 
DIPERSETUJUI

BRO
IMAGINASI
MENAKLOK DUNIA

BRO
KALAU LU NAK
SESUATU ITU
DIBUAT DENGAN BAIK
LU BUAT SENDIRI

BRO
TIDAK ADALAH PEKARA
YANG PALING SUSAH
DAN PALING BERHARGA
DARI MEMBUAT
KEPUTUSAN

BRO
PEMIMPIN INI
IALAH TOKAN
MENJUAL HARAPAN

BRO
KEMENAGAN  TANPA SESALAN
BILA KITA DAPAT
MENGATASI KEBEBALAN

BRO
CARA TERBAIK
UNTUK MENUNAIKAN KATA KATA
IALAH JANGAN SUARAKAN

BRO
MANUSIA INI
BERGERAK ATAS DUA TAHAP
PERTAMA : TAKUT
KEDUA : KEPENTINGAN DIRI

BRO
SOSOK YANG
TAKUT DIJAJAH
PASTI AKAN KALAH

BRO
SEBAB RAMAI SOSOK GAGAL
DAN TIDAK BERJAYA
KERANA MEREKA BERJUAL BELI
PEKARA YANG  SEMUA MEREKA MAHU DAN  PALING DIINGINI
PADA KETIKA ITU

BRO
SEPULUH SOSOK
YANG BERSUARA
LEBIH KUAT DARI SUARA
SEPULUH RIBU YANG SENYAP

BRO
DUNIA INI JADI HURU HARA
PENUH KEJAHATAN
BUKAN KERANA KEGANASAAN
ORANG JAHAT
TAPI KERANA ORANG BAIK
TAK BERSUARA
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BEKHALWAT

Sabtu, 19 Februari 2022

SPY PUTIH LAWAN SPY ITAM

 



SPY PUTIH

LAWAN

SPY ITAM

AMIN

JIKA PUNAHSEHAT ANWAR MINTA ANWAR SABAR

 


JIKA PUNAHSEHAT

NASEHAT  

ANWAR SABAR

HARI INI ANWAR

PM MALAYSIA

AMIN

Yeop sepet commented on 

"TINGGALKAN PKR"

Gua mmg xleh blah la ayat depa,kononnya Anwar dikhianati. Kahkahkahkah khianat Anwar apa??? Nie sume salah mat sabu,asal kempen pru14 dulu sebut psl janji nak bagi Anwar jadik PM. janji ngan Anwarcm berjanji dgn hantu raya,dia tu tut janji sampei 7 keturunan

AJEN PEMUSNAH

 

AJEN 

PEMUSNAH

KHALAS

herman adnan commented on 

"BIJAK BERTEATER"

DUA PEMUSNAH LELAKI: 1. Duit 2. Burit

UKRAINE MASIH BELUM REDA

 

UKRAINE MASIH

BELUM REDA

AMIN

PEGAWAI TINGGI SPRM DIFITNAH LAGI ?

 



Penguasa Kanan SPRM guna US$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah, tukar USD kepada wang palsu

KUALA LUMPUR – Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam Baharuddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan organisasi itu berjumlah US$6.94 juta untuk kegunaan peribadinya dengan membeli pelbagai aset mewah termasuk rumah, kereta dan tanah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa selain itu, sepanjang tempoh Shahrum Nizam, 41, memiliki dan diamanahkan terhadap wang rampasan tersebut, dia telah melupuskan sebahagian wang eksibit US$6.94 juta dengan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia melalui dua saksi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati tertuduh telah membelanjakan RM2,713,730 untuk membeli aset-aset dari tempoh 17 Dis 2018 hingga kini.

“Hasil daripada penukaran wang itu, tertuduh telah menjadikan wang eksibit tersebut untuk kegunaan sendiri dengan membeli aset-aset mewah dengan membuat 13 kali transaksi bayaran secara tunai untuk membeli sebuah rumah dua setengah tingkat di Kota Warisan, Sepang.

“Tertuduh telah membeli jam tangan berjenama iaitu empat unit jam tangan jenama Hublot Big Bang, dua unit jam tangan jenama Tag Heuer dan dua unit jam tangan jenama Rolex secara tunai di sebuah kedai jam di Mid Valley City dengan nilai keseluruhan pembelian berjumlah RM397,580,” katanya ketika membacakan fakta kes selepas Shahrum Nizam mengaku bersalah menyalahgunakan wang rampasan SPRM itu di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Ahmad Akram berkata tertuduh juga telah membeli sebuah kenderaan jenis 4×4 jenama Ford Raptor 2.0 secara tunai berjumlah RM219,000, membeli dua bidang tanah, masing-masing seluas 2.9967 hektar bernilai RM333,220 atas nama tertuduh dan 1.244 hektar bernilai RM150,000 atas nama isterinya di Jerantut, Pahang.

“Dia juga membeli sebuah kereta jenis Honda Civic Type R 2.4L Turbo bernilai RM290,030 yang mana pembayaran dibuat secara tunai berjumlah RM265,930 dan membeli sebuah motosikal Ducati 1299 Panigale R Final Edition bernilai RM278,000 dan sebuah lagi motosikal Ducati 1199 Superleggera bernilai RM300,000 yang mana pembelian motosikal itu telah dibuat dengan cara ‘trade in’ motosikal Panigale 1199R oleh tertuduh berjumlah RM110,000 manakala sebahagian lagi RM190,000 dibayar lima kali oleh tertuduh kepada kedai motosikal.

“Selain itu, tertuduh turut membeli sebuah kereta Mercedes Benz A250 Sport secara tunai bernilai RM130,000,” katanya.

Menurut Ahmad Akram, pada 21 Sept 2021 di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, SPRM telah menyita wang tunai berjumlah RM1.6 juta daripada seorang saksi yang tertuduh telah menyerahkan wang tersebut kepada saksi itu untuk dijadikan modal perniagaan balak.

Katanya pada 24 Sept 2021 SPRM telah menyita sebuah beg bagasi  mengandungi wang tunai berjumlah US$4.07 juta di Wisma D.H.R, Kampung Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan, daripada saksi sama yang diserahkan oleh tertuduh kepada saksi itu untuk disimpan bagi dijadikan modal perniagaan tertuduh kelak.

Mengenai wang dalam bentuk wang kertas USD yang tersimpan dalam kabinet besi milik tertuduh yang telah diserahkan kepada Bahagian Penyelidikan (RD), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 10 Sept 2021, Ahmad Akram berkata pihak SPRM telah menjalankan siasatan lanjut dengan memeriksa dan membuat pengiraan semula terhadap wang tersebut.

“Hasil pemeriksaan dan pengiraan mendapati terdapat 69,232 keping cetakan kertas berupa wang not USD berada dalam kabinet besi itu. Pemeriksaan oleh saksi pakar bernama Fazri Mohd Zain juga mengesahkan bahawa cetakan wang kertas tersebut adalah palsu.

“Cetakan wang palsu itu digunakan tertuduh untuk mengelirukan pegawai penyiasat kes sehingga ia dibawa untuk diserahkan kepada pihak RD JPM,” katanya.

Ahmad Akram berkata tindakan Shahrum Nizam menukarkan wang barang kes berjumlah US$6.94 juta dengan cetakan kertas berupa wang USD palsu menyebabkan reputasi SPRM terjejas dan menyebabkan kerugian yang salah.

Menceritakan mengenai operasi yang dijalankan SPRM, Ahmad Akram berkata pada 26 Ogos 2018, tertuduh telah dilantik menjadi Ketua Operasi dalam Ops Dinar 2 berkaitan penyiasatan ke atas bekas Ketua Pengarah RD, JPM yang disyaki telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang milik kerajaan Malaysia.

Beliau berkata dalam operasi dan serbuan yang dibuat, SPRM telah merampas sejumlah US$6.94 juta daripada beberapa lokasi termasuk dari sebuah kondominium di Cyberjaya dan perkarangan tempat letak kenderaan Hotel Shangri-La, Putrajaya.

“Wang rampasan tersebut kemudian telah diserahkan oleh pegawai penyiasat kepada Ketua Cawangan, Cawangan Tindakan Khas (KC CTK) untuk disimpan dalam peti besi. Pada 17 Dis 2018, Shahrum Nizam telah meminta KC CTK untuk menyerahkan sebahagian wang rampasan tersebut untuk pengiraan semula dan disahkan ketulenannya.

“Sebanyak US$1.9 juta daripada jumlah keseluruhan wang rampasan diserahkan kepada tertuduh bagi tujuan itu tetapi Shahrum Nizam hanya mengambil US$800,000 manakala bakinya diserahkan semula pada KC CTK,” katanya.

Beliau berkata sebaik mengambil wang tersebut, Shahrum Nizam telah membawa wang US$800,000 itu keluar daripada bangunan SPRM untuk ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dengan bantuan seseorang di Kota Damansara yang mana hasil tukaran pada ketika itu ialah RM1.6 juta.

“Pada 9 April 2019, tertuduh sekali lagi meminta wang rampasan yang berada dalam simpanan KC CTK untuk proses pengiraan semula dan pemeriksaan keselamatan. Selepas diserahkan, Shahrum Nizam telah membawa keluar wang tersebut untuk ditukar kepada Ringgit Malaysia.

“Penukaran kali kedua tersebut membabitkan wang sebanyak US$2,470,000 yang mana hasil tukaran ialah sebanyak RM9,880,000. Tertuduh turut menyerahkan sebuah beg berwarna ungu berisi US$4.07 juta untuk disimpan oleh kenalannya untuk dijadikan modal perniagaan,” katanya.

Shahrum Nizam dipenjara tiga tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang rampasan SPRM berjumlah US$6.94 juta untuk kegunaannya sendiri.— BERNAMA

MENGAPA

PEGAWAI SPRM

YANG JUJUR 

BUAT KERJA

TERUS DI FITNAH

KAH KAH KAH

SILA LIHAT

TAJUK BERITA

AMIN

PEGWAI INI

BUKAN CURI

DIA HANYA GUNA

KAH KAH KAH

BOS SPRM PUN

KENA FITNAH

KAH KAH KAH

SEKARANG SATU

LAGI  HANYA

GUNA DUIT

KENA PENJARA

KAH KAH KAH

PASAI APA

LEMBAGA SUCI

SESUCI AZAM BAKI

MENJADI MANGSA

 FITNAH

KHALAS

KAH KAH KAH