Rabu, 9 Mac 2022
ROSMAH MANGSA BELOT PEMBANTU SETIA
PEMBELAAN Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak adalah penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan dalam kes itu, kata pihak pendakwaan.
Pihak pendakwaan berkata mereka telah membuktikan kes terhadap ketiga-tiga pertuduhan melampaui keraguan munasabah terhadap Rosmah, yang merupakan isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak.
“Kes pembelaan boleh diringkaskan seperti berikut bahawa tertuduh (Rosmah) adalah mangsa kepada konspirasi yang telah menyebabkan beliau didakwa dan dalang sebenar adalah Rizal Mansor, Mahdzir Khalid, Madinah Mohamed, Alias Ahmad, Rayyan Radzwill Abdullah dan Saidi Abang Samsudin, yang merupakan saksi pendakwaan yang memberi keterangan terhadap Rosmah.
“Kenyataan saksi Rosmah dan keterangannya semasa pemeriksaan semula terdiri daripada kritikan tajam dan pedas terhadap peguam yang mengetuai pendakwaan dan saksi-saksi di atas,” kata pihak pendakwaan dalam penghujahan bertulis yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 4 Mac.
Ia seterusnya berkata pembelaan tertuduh terhadap setiap pertuduhan adalah satu penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kebenaran kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan berkata Rosmah telah menafikan mengarahkan bekas pembantunya Rizal untuk meminta rasuah itu dan persoalan kemudian timbul sama ada Rizal adalah seorang ahli politik yang berpengaruh untuk membuat tuntutan itu.
“Memandangkan kelebihan tertuduh dan berdasarkan fakta pengakuannya sendiri bahawa beliau ‘tidur dengan PM’, sangat mustahil Rizal membuat permintaan untuk dirinya sendiri. Tertuduh juga mencadangkan Rizal menggunakan namanya untuk meminta rasuah. Hakikat bahawa tertuduh menggunakan Rizal untuk meminta rasuah adalah konsisten dengan modus operandinya,” katanya.
Dalam penghujahan di akhir kes pembelaan, pihak pendakwaan berkata tiada sebab untuk saksi utama Rayyan Radzwill dan Saidi membuat kes terhadap tertuduh.
“Mengapa Rayyan Radzwill, Saidi dan Rizal bersekongkol untuk mengenakan tertuduh? Tertuduh mendakwa kesemua saksi itu adalah pesalah. Dan untuk menyelamatkan diri atas kesalahan itu, mereka menuding jari kepadanya. Keseluruhannya versi tertuduh dianggap tidak masuk akal.
“Bukti didedahkan selepas RM1.5 juta telah diambil dari bank dan diserahkan kepada tertuduh. Gambaran daripada kejadian itu seperti yang diterangkan oleh Saidi mematahkan sebarang cadangan bahawa beliau sengaja membuat cerita untuk melibatkan tertuduh,” kata pendakwaan sambil menambah ia telah membuktikan tuduhan meminta melampaui keraguan yang munasabah.
Pada 23 Februari, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 5 April untuk mendengar penghujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri atas tiga pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Beliau menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi.
Suapan itu didakwa diterima melalui Rizal, sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi Genset atau diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan. – Bernama, 8 Mac, 2022.
AL-FATIAH - YUSOF GAJAH
AL-FATIHAH
Artis tersohor
Yusof Gajah
meninggal dunia
ARTIS catan Mohd Yusof Ismail yang popular dengan gelaran Yusof Gajah meninggal dunia hari ini, menurut hebahan Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA) di Facebook.
Allahyarham pada 6 Mac mengumumkan beliau positif Covid-19 dalam satu kenyataan di pelantar itu.
Yusof dijadualkan menyertai pameran Asia Art Show yang akan berlangsung pada Ogos.
Beliau dikenali dengan karya naif dan abstrak yang banyak menonjolkan imej gajah. Ilustrasinya banyak disiarkan dalam penerbitan karya kanak-kanak.
Yusof memenangi pelbagai anugerah, antaranya dari Majlis Buku Negara bagi buku bergambar terbair dan juga anugerah Noma Concours (ACCU) bagi ilustrasi terbaik.
Salah satu bukunya yang popular, The Real Elephant diterjemah ke pelbagai bahasa. – 9 Mac, 2022.
SAUDI BOM YAMAN DENGAN BANTUAN AMERIKA
SAUDI BOM YAMAN
AMERIKA BANTU
AMIN
NEGARA ISLAM
MENIKUS SENYAP
KHALAS
TUNGGU MINGGU DEPAN - PENCERAHAN UNITED. FRONT
TUNGGU
MINGGU DEPAN
PENCERAHAN
UNITED FRONT
AMIN
Unknown commented on
"MENGGALANG PERSERIKATAN"
United Front macam mana? 60+ tahun politik Malaysia di main kan dua bloc.:UMNO-BN dan Dap-Pakatan(Rakyat/Harapan/GotTheNumber) Kesan pada negara&rakyat?.Rasuah berleluasa. Integriti/governance tak wujud.. moral values..hancur..distorted.. Pemimpin rasuah ...perompak harta negara di sanjung..di usung. Yang mengaku perjuangkan rakyat ..membongkok hormat depan perompak dan penyamun paling unggul. United Front macam mana?
SUARA KEADILAN DAH ARWAH
BRO
LU KETINGGALAN
SUARA KEADILAN
DAH ARWAH
AMIN
LEPAS MENANG
PRU14 DITUTUP
AMIN
RAMAI TAK
SOKONG ANWAR
KAH KAH KAH
Unknown commented on
"MENGGALANG PERSERIKATAN"
bro lu punya tulisan dah tak masuk dalam suara keadilan ke ...? dulu masa lu jilat abam non deme selalu jual cerita lu... kah kah kah
BERKHALWAT KE 718
KHALWAT KE 718
RABU 9/3/2022
KITA MASUK KE HARI 718
BERHALWAT
KITA MASUK KE HARI 718
BERHALWAT
ANGKA
ENTAH BERAPA KELMARIN
PASTI
20,000+++ LEBIH
PADA 1 APRIL
KAH KAH KAH
BUKAN APRIL FOOL
KITA MASUK FASA BARU
DARI PENDEMIK
KE ANDEMIK
INI DIUMUMKAN
OLEH SABRI 114
KELMARIN
PUKEEDEMIK
APA GUA TAK TAHU
MAKNANYA
KAH KAH KAH
WOIT
INI BUKAN APRIL FOOL
KAH KAH KAH
PERANG UKRAINE
MASUK HARI KE 13
GUA BACA PERUNDINGAN
MASIH BERJALAN
BELUM DITEMUI
JALAN TENGAH
PAGI INI HOKKIEN SEGAR
MATAHARI DAH MEMANCAR
LANGIT CERAH
AWAN BIRU DAN OMBAK PUTIH
JALAN MASIH LECAH BASAH
ALIRAN AIR DARI BUKIT
DAH BERHENTI
TAPI LOPAK AIR MASIH
RAMAI DI JALAN RAYA
HOW WOW
BERSUARA KUAT
GUA LINTAS DEPAN MENGKUDU
ARAH KE SUNGAI
HA HA
PENUH DENGAN BURUNG
MENGKUDU SEDANG BERBUAH
DI BELUKAR
MURAI BERKICAU
PAGI MENJADI INDAH
KL & KL SENTRAL CERAH
PANAS YANG MENJANJIKAN
GUA HARAP
PETANG INI TAK HUJAN
AMIN
BRO
SENYUM LAH
SENYUM
SEPERTI MURAI
BERKICAU PAGI INI
BRO
SAMA ADA LU BAHAGIA
ATAU
LU SEDIH
SEMUA BERGANTUNG DARI
FIKRAH LU
BRO
PANDANG DAN AMATI
DIRI LU SENDIRI
LU AKAN JUMPA
KEKUATAN DIRI
BRO
JANGAN BERANGAN
PEKARA YANG KITA TAK ADA
BERSYUKUR DENGAN
APA YANG ADA
KEMUDIAN INGAT KEMBALI
BAGAIMANA LU GIAN
NAK BENDA ITU
YANG SEKARANG DEPAN MATA
BRO
KALAU LU CARI KAWAN
YANG SEMPURNA
TAK ADA CACAT APA PUN
LU TAK AKAN ADA KAWAN
BRO
BERTERIMA KASEH
DENGAN APA YANG SAMPAI
ADA HIKMAH
DI BELAKANGNYA
BRO
KALAU LU ADA KAWAN BAIK
LU TAK PERLU ADA CERMIN
BRO
BERKAWAN
DENGAN YANG BIJAK
ADALAH BAIK
LEBIH BAIK KITA ADA
MUSUH YANG BIJAK
DARI KAWANG YANG BEBAL
BRO
APA YANG LU CARI
YANG LU CARI ITU PUN
MENCARI LU
BRO
KAWAN YANG BAIK
AKAN BERKATA BENAR
TENTANG KITA
YANG KITA SENDIRI
TAK MAHU TAHU
BRO
JANGAN CARI KAWAN
HANYA UNTUK SELESA
CARI KAWAN
YANG MENGGUGAT
UNTUK KEMAJUAN KITA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Langgan:
Catatan (Atom)
