Isnin, 11 Julai 2022

DAIM BOCOR MAKLUMAT TENTANG ANWAR

Tokoh politik lama perlu berundur, kata Daim

SUDAH tiba masa tokoh politik veteran berundur untuk memberi ruang kepada generasi baharu memimpin negara, kata Daim Zainuddin.

“Sosok ini mesti berundur demi negara dan beri peluang generasi baharu naik.

“Selagi mereka masih kekal di sini, generasi baharu tidak boleh naik,” kata bekas menteri berusia 84 tahun itu dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight di pejabatnya di Menara Ilham.

Beliau memberi pandangannya mengenai masa depan Malaysia selepas pentadbiran Pakatan Harapan tumbang pada 2020.

Daim memberi contoh bekas seterunya Anwar Ibrahim sebagai contoh tokoh politik yang perlu berundur.

Katanya, presiden PKR itu malah cuba menghalang bekas naib presiden parti itu, Rafizi Ramli dari menguasai jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Daim berkata, Anwar sebelum ini menyalahkan beliau apabila Mohamed Azmin Ali menewaskan Rafizi dalam persaingan jawatan timbalan presiden sewaktu pemilihan PKR 2019.

“Apabila Azmin menang, dia (Anwar) datang jumpa dan beritahu ‘Azmin tak akan berani cabar saya tanpa sokongan awak’.

“Saya beritahu Anwar, biarlah betul. ‘Awak yang minta Rafizi lawan Azmin. Jadi apabila Rafizi kalah, maknanya awak kalah. Lagi teruk, awak beritahu orang Rafizi kalah sebab Daim.

“Macam mana saya, sebagai orang luar, yang tak kenal pun ahli awak, kawal parti awak? Lepas itu, dia diam dan tak datang jumpa saya lagi,” kata Daim sambil ketawa.

Katanya terlalu ramai pemimpin veteran masih bergantung kepada kuasa politik di Malaysia dan cuba menghalang pemimpin muda meningkat naik.

“Tengoklah (Anwar) sekarang. Dia cuba sekat Rafizi. Kalau saya jadi (Anwar), saya sudah letak jawatan.

“Awak nak perubahan tapi awak tak mahu berubah dan sekarang anak perempuan awak pun lawan,” katanya.

Terlepas peluang

Walaupun bersara dari politik, Daim bersama pemimpin seperti bekas ketua wanita Umno Rafidah Aziz tampil berkempen untuk Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum 2018.

Daim kecewa apabila pentadbiran yang berjaya dibentuk PH selepas itu tumbang pada 2020.

“Kita ada peluang apabila kita menang pilihan raya pada 2018. Orang Melayu keluar dan tolak Umno. Tapi malangnya ahli politik tetap jadi ahli politik, mereka ada cita-cita dan biarkan agenda parti kuasai agenda nasional.

“Semua pihak ambil pendirian sendiri dan tidak ambil pendirian bersama. Mereka setuju dalam kabinet, kemudian apabila keluar sebut perkara lain.

“Saya kata waktu itu, kerajaan ini tak akan lama. Ini bukan cara tadbir kerajaan.”

Daim berkata, keadaan itu serupa dengan perkembangan di Jepun dan Indonesia selepas pentadbiran parti LDP dan Golkar yang memerintah sebegitu lama diganti.

“Ada ketidakpastian dan ketidakstabilan dan semua orang tidak sabar dan biar agenda parti mengambil alih (pentadbiran). Tentulah kita salahkan Dr Mahathir (Mohamad) kerana letak jawatan.

“Maksud saya dia ada sebab sendiri tetapi saya tidak fikir dia patut letak jawatan. Dia ada sokongan ahli parlimen untuk kekal kerana semua orang mahu sekat Anwar.

“Orang Melayu tidak suka Anwar. Hanya PKR, tapi tidak semua kerana ada blok Azmin, DAP dan Amanah.

“Tetapi cita-cita peribadi terlalu kuat sehingga mereka tidak peduli kepada negara. Sekarang ini kembali kepada Umno dan klusternya. Peluang itu sudah terlepas.

“Sukar sekali untuk dapat peluang lain. Nampaknya tak ada. Malah sehingga hari ini pun (pembangkang) masih berpecah. Dan ini akan berterusan hingga 10 tahun jika kita tidak hati-hati.”

Daim yang meraih PhD dari Universiti Malaya pada usia 81 tahun tetap optimis pada masa depan Malaysia.

“Kita ada masa depan tetapi kita perlu putuskan. Generasi baharu perlu sertai dan kemudian pendidikan perlu main peranan.

“Kemudian mungkin waktu itu kita ada peluang untuk laraskan semula negara,” katanya. – 11 Julai, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

JELAS

SAPA ANWAR

SOKONG 

PASTI AKAN

KALAH

KAH KAH KAH

ANWAR SOKONG

RAFIZI

MENANG AZMIN

KAH KAH KAH

ANWAR SOKONG

SAIFUDIN

MENANG RAFIZI

KAH KAH KAH

MAT PUTAR

ADALAH

MAT SONGEL

AMIN

KHALAS

AWAS !! MALAPETAK CUACA



Hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat malam ini

KUALA LUMPUR – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku melibatkan kawasan Hulu Langat malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, situasi sama turut berlaku di Bentong, Pahang; Jelebu, Negeri Sembilan; Sibu, Mukah dan Bintulu di Sarawak manakala, Sabah di sekitar Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


AWAS !!

MALAPETAKA

CUACA

DAH SAMPAI

AMIN

BANJIR SAMPAI

LEBIH AWAL

AMIN

LEBIH GANAS

LEBIH AMPOH

LEBIH MEMUSNAH

AMIN

DALAM MASA

3 TAHUN JIKA

UMAT MANUSIA

TAK UBAH GAYA

HIDUP  MAKA

UCAP SELAMAT

TINGGAL BAI BAI

DUNIA

BAI BAI

CHOW KIT

AMIN

KHALAS

MELUCU SAMBIL MELUCAH



MELUCU

SAMBIL

MELUCAH

AMIN

KHALAS



Unknown commented on

 "LAWAK MELAWAK"

Ko berada di negara dunia keberapa pun ada benda ko tak boleh melawak. Sebab tu lah Chris rock pun kena pelempang. Kahkahkah


Unknown commented on

 "LAWAK MELAWAK"

Bukan Dunia ketiga ja tt. Dunia pertama pun xterima lawak macam tu. Try lu Tanya member2 first world lu.. sbb gwa Tanya mmber2 di island gwa duduk ni dorang pun Garu kepala. And worst part ada yang ckp ' this girl example of third world country mindset'. Loll

BAKAR RUMAH PM ... HALAU NAJIB...OPPS....

 


BAKAR RUMAH PM

AMIN

HALAU NAJIB ..OPPS..

HALAU RAJAPAKSA

MASUKKAN 

KE DALAM PENJARA

AMIN

KHALAS

NAIK AJI DENGAN DUIT HALAL



NAIK AJI DENGAN

DUIT HALAL

AMIN

KHALAS


Panglima potaseh commented on
 
"KES DUA KALI 
KENA TIPU"

TaT ..Ooo TaT ..kok kono tipu duo kali dalam hal yg samo bodoso tak ..ini ko yg di katokan org tuo jaman dulu, kok nak poey Aji ati kono boghosih ..poey Aji musti bayar dongan duit HOLAL. Kok tak mcm2 hal akan bolaku ..sosek lah, kapal potot ko Mokah tapi tosadai kek Mukah (Boeneo) lah ..tak jumpo batu itam lah mcm2 ..kahkahkah. Isteri Badak dengan Totok poey Aji pakai duit HOLAL ko ..

LUCU & LUCAH ADIK BERADIK



LUCU & LUCAH

ADIK BERADIK

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"MARI KETAWA
 SEKARANG"

Ko nak ketawa, bnyak lg ko boleh buat... geletek ketiak ke.. gi mampos ko la... Tp yg ko hina ilmu quran dgn life style ko tu da kenapa... Hidup nie agak² la...
Unknown commented on 

"MARI KETAWA 
SEKARANG"

betul .. lawak berdiri tak lucu.. berita kelab lucah.. eh silap lucu kena tutup mmg lucu sungguh.. kah kah kah