Isnin, 11 Julai 2022

KETAWA PERLU PERMIT

 


DARI DULU

GUA UDAH BILANG

NANTI NAK KETAWA

PERLU PERMIT

KAH KAH KAH

KAH AH KAH

AMIN


Unknown commented on

 "MARI KETAWA SEKARANG"

Elok lah tutup dulu lah supaya kamu boleh buat garis panduan baru dan present kat DBKL bahawa dengan guideline baru ni dengan syarat2 yg telah diperketatkan maka tidak akan berlaku lagi insiden sebegitu.. jangan lah melenting lantung tak tentu pasal. Kamu harus bertanggung-jawab juga dan menyesal kerana platform open mic kamu ini telah menyumbang kepada penghinaan macam ni. Jangan pikir keuntungan semata².

KOLAM RENANG NAJIB KENA KENCING



MAMAT KENCING

KOLAM RENANG

NAJIB... OPPS

SILAP KOLAM

RAJAPAKSA

KAH KAH KAH

AMIN

TOK ARAB KAKI PUTAR

 


TOK ARAB

KAKI PUTAR

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"MARI KETAWA SEKARANG"

Otak Arab jahiliah masih berkuasa, bukan agama disalah tetapi ramai nak jadi penjaga konon diri nampak baik suci murni, ramai guna agama tipu manusia lain tak apa pulak, kah kah kah buat komedi terus masuk kah kah xurik billion tak apa masih cium tangan ✋ kah kah kah

TUGAS POLIS BUKAN JAGA MORAL

 


TUGAS  POLIS

BUKAN JAGA

MORAL TAPI

KESELAMATAN

ORANG RAMAI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"KES DUA KALI KENA TIPU"

Banyak kerja polis nak jaga moral nak jaga kelakuan nak jaga percakapan nak jaga semua kiri kanan atas bawah, kah kah kah kerja tangkap orang jenayah xurik billion songlap rasuah kerja siapa pulak kah kah kah

TIPU SANA TIPU SINI


Suspek kes tipu pakej haji

 direman tiga hari

Polis terima 25 laporan tipu pakej umrah, haji

Tipu ijazah: Sila letak jawatan, kata Pemuda Umno


 TIPU SANA

TIPU SINI

AMIN

DAIM BOCOR MAKLUMAT TENTANG ANWAR

Tokoh politik lama perlu berundur, kata Daim

SUDAH tiba masa tokoh politik veteran berundur untuk memberi ruang kepada generasi baharu memimpin negara, kata Daim Zainuddin.

“Sosok ini mesti berundur demi negara dan beri peluang generasi baharu naik.

“Selagi mereka masih kekal di sini, generasi baharu tidak boleh naik,” kata bekas menteri berusia 84 tahun itu dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight di pejabatnya di Menara Ilham.

Beliau memberi pandangannya mengenai masa depan Malaysia selepas pentadbiran Pakatan Harapan tumbang pada 2020.

Daim memberi contoh bekas seterunya Anwar Ibrahim sebagai contoh tokoh politik yang perlu berundur.

Katanya, presiden PKR itu malah cuba menghalang bekas naib presiden parti itu, Rafizi Ramli dari menguasai jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Daim berkata, Anwar sebelum ini menyalahkan beliau apabila Mohamed Azmin Ali menewaskan Rafizi dalam persaingan jawatan timbalan presiden sewaktu pemilihan PKR 2019.

“Apabila Azmin menang, dia (Anwar) datang jumpa dan beritahu ‘Azmin tak akan berani cabar saya tanpa sokongan awak’.

“Saya beritahu Anwar, biarlah betul. ‘Awak yang minta Rafizi lawan Azmin. Jadi apabila Rafizi kalah, maknanya awak kalah. Lagi teruk, awak beritahu orang Rafizi kalah sebab Daim.

“Macam mana saya, sebagai orang luar, yang tak kenal pun ahli awak, kawal parti awak? Lepas itu, dia diam dan tak datang jumpa saya lagi,” kata Daim sambil ketawa.

Katanya terlalu ramai pemimpin veteran masih bergantung kepada kuasa politik di Malaysia dan cuba menghalang pemimpin muda meningkat naik.

“Tengoklah (Anwar) sekarang. Dia cuba sekat Rafizi. Kalau saya jadi (Anwar), saya sudah letak jawatan.

“Awak nak perubahan tapi awak tak mahu berubah dan sekarang anak perempuan awak pun lawan,” katanya.

Terlepas peluang

Walaupun bersara dari politik, Daim bersama pemimpin seperti bekas ketua wanita Umno Rafidah Aziz tampil berkempen untuk Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum 2018.

Daim kecewa apabila pentadbiran yang berjaya dibentuk PH selepas itu tumbang pada 2020.

“Kita ada peluang apabila kita menang pilihan raya pada 2018. Orang Melayu keluar dan tolak Umno. Tapi malangnya ahli politik tetap jadi ahli politik, mereka ada cita-cita dan biarkan agenda parti kuasai agenda nasional.

“Semua pihak ambil pendirian sendiri dan tidak ambil pendirian bersama. Mereka setuju dalam kabinet, kemudian apabila keluar sebut perkara lain.

“Saya kata waktu itu, kerajaan ini tak akan lama. Ini bukan cara tadbir kerajaan.”

Daim berkata, keadaan itu serupa dengan perkembangan di Jepun dan Indonesia selepas pentadbiran parti LDP dan Golkar yang memerintah sebegitu lama diganti.

“Ada ketidakpastian dan ketidakstabilan dan semua orang tidak sabar dan biar agenda parti mengambil alih (pentadbiran). Tentulah kita salahkan Dr Mahathir (Mohamad) kerana letak jawatan.

“Maksud saya dia ada sebab sendiri tetapi saya tidak fikir dia patut letak jawatan. Dia ada sokongan ahli parlimen untuk kekal kerana semua orang mahu sekat Anwar.

“Orang Melayu tidak suka Anwar. Hanya PKR, tapi tidak semua kerana ada blok Azmin, DAP dan Amanah.

“Tetapi cita-cita peribadi terlalu kuat sehingga mereka tidak peduli kepada negara. Sekarang ini kembali kepada Umno dan klusternya. Peluang itu sudah terlepas.

“Sukar sekali untuk dapat peluang lain. Nampaknya tak ada. Malah sehingga hari ini pun (pembangkang) masih berpecah. Dan ini akan berterusan hingga 10 tahun jika kita tidak hati-hati.”

Daim yang meraih PhD dari Universiti Malaya pada usia 81 tahun tetap optimis pada masa depan Malaysia.

“Kita ada masa depan tetapi kita perlu putuskan. Generasi baharu perlu sertai dan kemudian pendidikan perlu main peranan.

“Kemudian mungkin waktu itu kita ada peluang untuk laraskan semula negara,” katanya. – 11 Julai, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

JELAS

SAPA ANWAR

SOKONG 

PASTI AKAN

KALAH

KAH KAH KAH

ANWAR SOKONG

RAFIZI

MENANG AZMIN

KAH KAH KAH

ANWAR SOKONG

SAIFUDIN

MENANG RAFIZI

KAH KAH KAH

MAT PUTAR

ADALAH

MAT SONGEL

AMIN

KHALAS