Rabu, 21 September 2022

SABRI BLUUR DAH BERANI LAWAN TOWKAY

 




Kalau kerajaan gagal, menteri Bersatu pun gagal, kata PM

KALAU betul kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara sekarang, kegagalan itu sudah tentu juga berpunca daripada menteri kabinet dari Bersatu, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjawab kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Awal hari ini, Muhyiddin berkata Parlimen elok dibubar sekarang untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana kerajaan pimpinan Ismail Sabri gagal menyelesaikan ekonomi yang terus membelenggu rakyat.

Malah menurut Ismail Sabri, kalau kerajaan yang diterajuinya gagal, Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diketuai Muhyiddin pun tentu gagal juga kerana tugasnya menasihati kerajaan.

“Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab bersama. Kalau gagal maknanya semua gagal. Semua gagal termasuk Majlis Pemulihan Negara juga gagal,” katanya, seperti dipetik media di Putrajaya.


Perdana menteri juga berkata soal ekonomi ditangani oleh menteri dari Bersatu iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed.

Ismail Sabri menjawab soalan pemberita yang meminta mengulas kenyataan Muhyiddin.

Menurut perdana menteri, beliau tidak membaca kenyataan tersebut dan tidak jelas maksud sebenar Muhyiddin.

Dalam kenyataannya, Muhyiddin berkata beliau belum sampai ke tahap mendesak perdana menteri untuk segera mengadakan pilihan raya tetapi terfikir mungkin itu jalan terbaik untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang boleh menyelamatkan keadaan.

Muhyiddin berkata beliau tidaklah seperti Barisan Nasional (BN) yang menekan perdana menteri supaya segera membubarkan Parlimen, tetapi terfikir mungkin itu jalan yang ada untuk menyelamatkan keadaan.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin juga mendedahkan selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) beliau sudah beberapa kali menyuarakan kebimbangan dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan namun semua itu tidak dipedulikan oleh perdana menteri.

Beliau memberi contoh isu kejatuhan nilai ringgit, yang katanya, tidak dipandang serius oleh kerajaan.

Muhyiddin menerajui MPN dengan jawatannya bertaraf menteri selepas beliau letak jawatan perdana menteri pada Ogos 2021. – 19 September, 2022.



SABRI BLUUR DAH

BERANI LAWAN

TOWKAY

KAH KAH KAH

MASA NAK JADI

PM MAT BLUUR

ADA JANJI DG

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

SEKARANG 

MAT BLUUR DAH

BERANI TIBAI

MUHYIDIN

AMIN

SYABAS 

MAT BLUUR

INI MACAM

BARU TOJENG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

TAK TAK DAN EZI BALIK KAMPUNG



TAK TAK & EZI

BALIK KAMPUNG

AMIN


EZI NENGOK 
 BUAH NAGA


TAK TAK BERKUBANG
DALAM PARIT
BILA TERASA PANAS
ANJING AKAN BERKUBANG
UNTUK SEJUKKAN BADAN


EZI DEPAN KETUM AYAM
JANGAN SILAP
KETUM AYAM ADALAH
MAKANAN UNTUK 
IKAN TALAPIA 


SABRI AKAN TERBARAI


SABRI KENA

TEKAN DARI KIRI

DARI KANAN

DARI DEPAN

DARI BELAKANG

KAH KAH KAH

AKHIRNYA TERBARAI

AMIN

KHALAS

RASUAH JADI BUDAYA


RASUAH

JADI BUDAYA

AMIN

KHALAS


Unknown commented on 
"KAJI JANGAN TAK KAJI"

Cuba kaji kenapa rasuah jadi budaya, cuba kaji kenapa majoriti penjawat awam malas bekerja, cuba kaji kenapa Ahli politik suka mencuri, Cuba kaji kenapa LHDN hanya seksa orang bekerja kuat, Cuba kaji kenapa RM jatuh, Cuba kaji kenapa rakyat nak ke Thailand bukan ke Langkawi, Cuba kaji kenapa ramai sangat free loader did negara, Cuba kaji kenapa rakyat Masih papa kedana, Cuba kaji kenapa orang Melayu Masih berniaga atas parit jalan sungai, Cuba kaji kenapa sistem engkau orang negiti korup, kah kah kah kag amapoooss

GEROMBOLAN BODOHKAN RAKYAT

 



GEROMBOLAN

BODOHKAN

RAKYAT

AMIN

Unknown commented on

 "KEMPEN BODOHKAN

 RAKYAT BERMULA"

Ya betul betul betul, semua nak popular sampai masuk FB sosial media, sampai sumbang beras berapa gaji pun buat banner dekat Taiping , ADUN Pokok Assam sumbang 5 bulan gaji beli beras bagi orang, sampai begitu lah nak tunjuk orang ramai betapa prihatinnya ADUN kerja kah kah kah, yang ke hulu hilir pamer kebaikan begitu ramai lah, kalau jabatan kerajaan yang setiap hari promosi diri kat FB tu berhenti lah, kalau buat kerja dengan betul orang akan nampak juga, tapi masa diperlukan satu ekor pun tak nampak atas jalanraya, 


masa sesak tak nampak, masa susah tak nampak, semua entah hilang mana, terus lenyap, tapi dalam FB berpuluh puluh konon bekerja siang malam, adoi jenuh letih layan orang begini, kah kah kah kerja baik tak payah nak tunjuk tunjuk, orang manusia ini akan tahu rakyat bukan Bodoh sangat, rakyat dah cerdik dah tahu apa mereka ini buat, sampai nak Raya baru muka nampak, lepas tu hilang terus dengan gaji elaun kereta mereka kah kah syukur Malaysia masih Aman moto mereka, amin

KITA MASIH MENUNGGU

 





MENUNGGU

RABU   21/9/2022

KITA MASIH MENUNGGU
BILA AGAKNYA
AGUNG AKAN BERI JAWAPAN
NAJIB JUGA MENUNGGU
AMPUN KE TAK AMPUN
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING
KL & KL SENTRAL
BERJEREBU NIPIS

LANGIT CERAH 
ADA AWAN BIRU
ADA AWAN PUTIH

MATA  HARI DAH KELUAR
TAPI CAHAYA  MASIH LEMAH
TUHAN RA BELUM BERSINAR

GUA DENGAR
SIMPONI CENGEKRIK
DAN SUARA TERKUKUR

GUA LIHAT
LE CHATEAU DARI HOKKIEN
LE CHATEAU MAKIN 
DI KELILINGI BANGUANAN
BANGUNAN BARU  BUKAN DEKAT
TAPI BANGUNAN TINGGI
DI JALAN BESAR ARAH
 KE SUNGAI BESI

HOKKIEN
MASIH WILAYAH SELAMAT
MASIH WILAYAH HIJAU
TAPI BERAPA LAMA?
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA MULA DENGAN
SENYUM GEMBIRA
PAGI INI

BRO
LU TIDAK DAPAT
MENCIPTAKAN PENGALAMAN
LU HARUS MENGHADAPINYA

BRO
MANUSIA TIDAK BERSALAH
KERANA MANUSIA
TIDAK MEMULAI SEJARAH
TAPI TIDAK SAMA SEKALI
TIDAK BERSALAH
KERANA MENERUSKAN SEJARAH

BRO
GODAAN PALING BAHAYA
TIDAK DAPAT DILIHAT
SEPERTI APA APA PUN

BRO
MEMILIKI DUIT
BERERTI
MEMBEBASKAN DIRI
DARI  DUIT

BRO
APA ITU PEMBERONTAK?
SESIAPA SAJA YANG
BERANI MENGATAKAN TIDAK

BRO
HIDUP  LU
ADALAH PENJUMLAHAN
DARI SEMUA PILIHAN LU
SENDIRI

BRO
SOSOK PEJUANG ITU
ADALAH KAYU
YANG MAMPU
MENCIPTAKAN API

BRO
JANGAN TUNGGU
PENGHAKIMAN TERAKHIR
IANYA TERJADI
SETIAP HARI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU