Jumaat, 23 September 2022

RAJA ZALIM KITA LAWAN

 





Rasuah antara punca rakyat tidak dapat khidmat sepatutnya, titah Sultan Nazrin 

GEJALA rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah rasuah juga mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelabur asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga serta mendorong berlakunya ketidakstabilan politik.

“Banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan, tetapi kerana rasuah ada yang terbenam dalam kemelut kemunduran dan tertimbus dalam lumpur kemiskinan. Kekayaan negara disalah guna - hasil mahsul lesap.

“Akibatnya, kemunduran terus melanda, kemiskinan terus merebak. Apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, perlakuan rasuah akan tumbuh melebar…lalu diterima sebagai norma dan meresap menjadi budaya, akhirnya memusnahkan sesebuah negara bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku ‘Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu; Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika’ hasil tulisan Profesor Emeritus Dr Mohd Kamal Hassan di Shah Alam hari ini.

Sultan Nazrin bertitah rasuah ialah penyakit dalam masyarakat yang bersifat barah, yang menjalar sedikit demi sedikit, merosakkan satu persatu organ organisasi sehingga akhirnya melumpuhkan organisasi dan membawa maut jika dibiarkan merebak tanpa disegerakan rawatan kemoterapi.  

Titah baginda, daripada 180 negara yang dilaksanakan penilaian oleh Transparency International, Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57 dengan skor 52 pada 2020, ke kedudukan ke-62 mencatat skor 48 pada tahun lepas dan kini Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.

“Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi - bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata,” titah baginda.   

Sultan Nazrin menegaskan masyarakat wajib bersifat berani mengakui realiti bahawa amalan rasuah sedang berlaku pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran berulang kali yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara dan pelbagai penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

 “Bilangan aduan serta rungutan yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, subjek yang terkandung dalam surat layang, berita yang terpapar dalam media dan isu yang diuar-uarkan dalam media sosial, hendaklah dijadikan cermin serta dianggap petunjuk kepada situasi rasuah yang berlaku.

“Malah jalan raya berlopak, longkang tersumbat, bangunan runtuh, bumbung bocor, pencemaran alam, penerokaan haram, rumput dan taman yang tidak terurus, masing-masing mempunyai bahasa tersendiri, menyampaikan mesej akan standard tadbir urus yang sedang berlaku,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah hari ini lebih ramai manusia yang disesatkan dengan kuasa dan kekayaan tanpa sedar dan malu akan kebarangkalian tergelincir melakukan perbuatan berunsur syirik kerana sanggup mengabdikan diri menjadi hamba kepada wang, kuasa, pangkat dan jawatan sehingga mendewakan manusia lain.

Baginda juga mengingatkan bahawa sumber kuasa yang diperoleh melalui sogokan belum terjamin dikembari dengan kesetiaan dan sifat sebenar manusia akan terserlah ketika mendapat jawatan, kuasa serta kekayaan dengan tidak lagi mengotakan janji selain menjelmanya sifat sombong dan bongkak. 

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah dalam usaha melakukan yang makruf dan menentang yang mungkar, jangan sama sekali berputus asa berdoa memohon petunjuk dan kekuatan daripada Ilahi, justeru baginda menitahkan khutbah pada setiap solat Jumaat di negeri Perak dilengkapkan dua doa.

“Pertama: Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang memelihara amanah. Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan khianat seperti salah guna harta benda bukan milik kami, memberi atau menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, serta jauhkan kami termasuk dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Kedua: Ya Malikul Mulk! Jauhi negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah; serahkan tanggungjawab pimpinan dan pengurusan negara kami kepada kalangan hamba-Mu yang amanah dan ikhlas, serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan hukum,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah bahawa negara juga memerlukan lebih ramai murabbi (pendidik) untuk tampil ke hadapan secara berani menggemakan mesej memerangi rasuah kerana golongan ini mempunyai peranan yang amat penting untuk mendidik dan menyuburkan kesedaran kerohanian serta moral.

Mengenai pelancaran buku hari ini, Sultan Nazrin bertitah bahawa pendekatan penulis, Dr Mohd Kamal merupakan pendekatan baharu di luar kotak budaya bangsa melalui pemilihan dua kata kunci iaitu korupsi serta kemunafikan dan mengaitkannya dengan politik Melayu sebagai tajuk buku dan kandungan buku ini amat perlu disebarkan mesejnya ke setiap tempat dalam bahasa yang mudah difahami.– Bernama, 22 September, 2022.



INI CONTOH

RAJA BERILMU

AMIN

RAJA ZALIM

KITA LAWAN

AMIN

RAJA BERILMU

KITA HORMAT

KITA DENGAR 

KITA  BELAJAR

AMIN

KHALAS

KS - KAMBOJA SCAM


KENA SCAM

 KAMBOJA

AMIN

KHALAS



Saleh commented on
 "KENAPA CARI KERJA DI KAMBOJA"

Yang pi Cambodia tu satu bangsa saja. Sana kononnya line clear sikit untuk job yang sini tak berapa nak clear..... sekali belum apa2 dorang dah kena scam dulu....Patut tak payah tolong, kita ketawa guling2 dekat pemalas yang nak cari duit mudah.


Unknown commented on 
"KENAPA CARI KERJA DI KAMBOJA"

Palancau la korang ni komen tanpa pengetahuan ke? Korang memang jenis tunggu gov cakap apa dengan 'mangsa2' tu cakap apa ke? Come on la..pembaca tukartiub kot? Kalau tak boleh nak advance pun sekurang2nya kau patut tahu kemboja tu pot Judi online, pot scam orang. Apa korang ingt yang jadi mangsa tu xtau ke? Kahkahkah. Dorang xboleh buat duit dorang plak jd mangsa. Plan a dh lingkup.


Unknown commented on 
"KENAPA CARI KERJA DI KAMBOJA"

tu yang pelik .. kenapa gi kemboja... ? apa ada dekat kemboja... gua cuma ingat pol pot kalau pasal kemboja pol pot ni komunis kan ? kah kah kah..

MINAH BANGUN LAWAN PAK LEBAI



 MINAH BANGUN

LAWAN

PAK LEBAI

AMIN

KHALAS

PAK LEBAI HALALKAN DUIT CURI

 

NAJIB SAKAU

PAK LEBAI

HALALKAN

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on 
"JANJI KHAIRY"

Najib Sakau ni baru sobulan kono pasong ..tapi dah buek memacam hal ..cilako. Cubo bayangkang bilo kiok nanti ..poning mungka nangkir nak molayan dio. Kato Ularmak PAS org toraniayo mcm Sakau ni masok syurgo ..masalah eay Mak Badak lak akan ngamok "u liysen .." ..apo tak eay siang malam Sakau momuki dongan 72 ekor bidadari ..

ZAHID SAMPAI KE MAHKAMAH



 ZAHID SAMPAI

 KE MAHKAMAH

AMIN

HARI ZAHID

 



HARI ZAHID

JUMAAT  23/9/2022
HARI INI 
HARI PENENTUAN
UNTUK ZAHID HAMIDI

ZAHID DIDAKWA
ATAU
ZAHID DI BEBAS

BILA LU BACA INI
ZAHID DAN TIM PEGUAM
TELAH BERADA DI MAHKAMAH

MAHKAMAH MANA?
SHAH ALAM ATAU JALAN DUTA?
GUA TAK PASTI
ZAHID DIDAKWA BANYAK KES
AMIN

BERAT 
MAKIN BERAT
MAIL BERA BAWA
  KETUA BAHAGIAN
KE NEW YORK
KAH KAH KAH

WAT SI DE
BEKOS
KAH KAH KAH

MI SPIK NO INGLISH
KAH KAH KAH

SOALAN KURUN INI
APAKAH MAIL BLUUR
AKAN BERUCAP DALAM 
BAHASA INGGERIS ATAU
DALAM BAHASA MELAYU
DI PBB
KAH KAH KAH

MI SPIK
BLOKEN INGLISH
SOLLLI
KAH KAH KAH

UKRAINE
PERANG BERTERUSAN
RUSIA BERI AMARAN
RUSIA MEMBUAT MOBILASASI
PERANG AKAN MEREBAK

PUTIN KATA:
I'M NOT BLUFFING
GUA BUKAN BOHONG
KHALAS

INI INGATAN PUTIN
PADA NATO PADA AMERIKA
RUSIA JUGA MEMILIKI
SENJATA NUKLEAR
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI INDAH
LANGIT BIRU TERBENTANG
KL & KL SENTRAL CERAH
MATAHARI TUHAN RA DAH KELUAR
SINAR PAGI YANG NYAMAN

CENGEKRIK BERSIMPONI
TIONG BERLAGU

KELMARIN UJAN
GUA BATAL KE PASAR
PAGI INI GUA
AKAN KE PASAR

HARI JUMAAT
DI PASAR CHOW KIT
RAMAI MAK CIK
MEMBELI BELAH
SEMUA TIDAK KE MASJID
KAH KAH KAH

BRO
SENYUM
SENYUM LAH
DI PAGI INI

BRO
SEMUA ORANG
SEMUA MEMBER LU
AKAN HORMAT LU
KALAU APA YANG LU CAKAP
LU BUAT

BRO
HIDUPLAH SEOLAH OLAH
KITA AKAN MATI ESOK
BELAJARLAH SEOLAH OLAH
KITA AKAN HIDUP
UNTUK SELAMA LAMANYA

BRO
LEBIH MUDAH MEMBANGUN
ANAK LAKI-LAKI
DARI MEMPERBAIKI
 JANTAN DEWASA

BRO
MATA GANTI MATA
AKHIRNYA DUNIA INI
AKAN BUTA

BRO
KEBAHAGIAN IALAH
APA YANG KITA FIKIRKAN
APA YANG KITA KATAKAN
APA YANG KITA LAKUKAN
SELARAS

BRO
YANG LEMAH
TIDAK BISA MEMAAFKAN
MEMBERI MAAF ADALAH SIFAT
ORANG YANG KUAT

BRO
KEBEBASAN TIDAK BERHARGA
JIKA TIDAK TERMASUK
KEBEBASAAN 
UNTUK MELAKUKAN KESALAHAN

BRO
LU TIDAK AKAN
 DI SAKITI
JIKA LU TAK BENARKAN

BRO
JANGAN BENARKAN
SESIAPA BERJALAN
DI PIKIRAN KITA
DENGAN KAKI MEREKA
YANG KOTOR

BRO
CARA TERBAIK
UNTUK MENEMUI DIRI SENDIRI
ADALAH DENGAN
KEHILANGAN DIRI SENDIRI
DALAM MELAYANI 
ORANG LAIN


BRO
DIMANA ADA CINTA
DISANA ADA 
KEHIDUPAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

HARI INI
PENENTUAN UNTUK ZAHID
KITA TUNGGU