Isnin, 3 Oktober 2022

ZAHID GANTI MAIL BLUUR




Zahid mahu buktikan beliau bos Umno, kata pemerhati

TINDAKAN drastik Umno terhadap tiga pemimpin baru-baru ini menunjukkan parti itu tidak membenarkan kritikan dan mahu setiap orang menuruti keputusan parti, kata pemerhati.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight presiden parti Ahmad Zahid Hamidi terpaksa bertindak sedemikian bagi membuktikan beliau bukan seorang pemimpin yang lemah dan tidak takut untuk mengambil tindakan terhadap ahli parti yang menentang.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata parti itu bersetuju memecat Zaharin Mohd Yassin - seorang veteran Umno kerana serangan berterusannya terhadap Zahid melalui Facebook dan Twitter.

Zaharin dikenali sebagai pengkritik tegar Zahid dan pernah muncul dalam beberapa forum anjuran pemimpin Pakatan Harapan.

Sementara itu, Umno juga menggantung ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Mohd Yusof Ismail.

Tajuddin seorang ahli Parlimen yang berkhidmat selama tiga penggal selain menjadi ahli majlis tertinggi Umno. Beliau sebelum ini menuduh Zahid bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk menjadikan ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai perdana menteri.

Tajuddin juga gemar Umno bekerjasama dengan Bersatu daripada bertanding secara solo pada pilihan raya.

Bagi Yusof, tidak jelas kenapa Umno memutuskan untuk menggantung keahliannya.

Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, tindakan Zahid itu menjadi bukti setiap ahli termasuk pemimpin mesti mematuhi apa yang diputuskan oleh parti.

Beliau berkata, sekiranya Zahid tidak bertindak, parti itu mungkin menerima kritikan lebih teruk lagi dari dalaman.

“Beliau perlu melakukannya untuk memastikan parti itu utuh. Kritikan terbuka, terutama daripada pemimpin parti yang tidak akan berjaya dalam pemilihan sudah tiba.

“Sebagai presiden, beliau berpendirian tegas setiap orang perlu mengikut keputusan parti. Ini sama seperti PAS apabila memecat Khairuddin Aman Razali. Parti lain seperti DAP dan PKR juga melakukan perkara yang sama,” katanya.

Mesej kepada Ismail Sabri

Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencerminkan sentimen Awang Azman, mengatakan Zahid kini berasa lebih yakin selepas pembuktian kes mahkamahnya.

Beliau menambah dengan berbuat demikian, Zahid juga mempromosikan dirinya beliau berada pada landasan yang baik untuk menjadi perdana menteri akan datang.

“Beliau mempunyai keyakinan sekarang dan memberitahu parti untuk tidak bermain-main dengannya. Sebagai presiden, beliau sepatutnya menjadi PM tetapi kes mahkamah menghalangnya. Dengan satu kes dimenanginya dan satu lagi perlu dihadapinya, beliau bersedia meletakkan dirinya sebagai bakal PM.

“Ini menjadi mesej kepada semua Zahid dan bukannya Ismail Sabri Yaakob, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal parti. Mereka yang ingkar arahan parti mungkin berakhir seperti Tajuddin atau Zaharin,” tegasnya.

Sementara itu, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpendapat Zahid meminta semua ahli parti untuk terus setia kepada parti tanpa mengira keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertingginya.

Jelasnya, pemecatan itu juga merupakan mesej halus kepada Ismail Sabri beliau mesti menggesa Parlimen dibubarkan walau apa pun kosnya.

“Mereka mahu ahli setia dan tidak mengkritik pemimpin secara terbuka. Ini amaran kepada semua Umno tidak akan berkompromi.

“Saya rasa ia juga ditujukan kepada Ismail Sabri secara tidak langsung beliau mesti membubarkan Parlimen tahun ini. Walau apa cara sekalipun,” katanya.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pada Jumaat Malaysia akan mengadakan pilihan raya sebaik sahaja perdana menteri bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Terdahulu, The Malaysian Insight melaporkan pembubaran Parlimen dijangka berlangsung pada pertengahan Oktober dengan pilihan raya berkemungkinan pada November.

Mesyuarat Parlimen berikutnya bermula pada Isnin dan berlangsung hingga 29 November, dengan Bajet 2023 akan dibentangkan pada Jumaat. Bagaimanapun, Parlimen dijangka akan dibubarkan seawal 12 Oktober. – 3 Oktober, 2022.

WOIT

ZAHID MEMANG

TEPAT JADI BOS

AMIN

ZAHID TAK BLUR

MACAM MAIL

AMIN

ZAHID WAJIB

DIANGKAT JADI

PERDANA MENTERI

AMIN

ANTARA ZAHID

DENGAN MAIL

ORANG RAMAI

MELIHAT ZAHID

ADALAH CALON

PM YG TERBAIK

AMIN

MAIL SABRI

HANYA DUDUK

MEMANAS  KERUSI

AMIN

TAPI KALAU

MAIL BERANI

PENJARAKAN ZAHID

MAKA MAIL AKAN

DI LIHAT WIRA

AGONG

AMIN

KHALAS

PROJEK BANJIR



BANJIR AKAN

BAWA BANYAK

PEOJEK 

AMIN

KHALAS



Unknown commented on
 "AWAS - BUJET BANJIR 
GUNA UNTUK PRU"

Piliharaya adalah satu projek pilihan kaya bermata dua. Pilihan pertama nak dapat kuasa. Pilihan kedua nak dapat perolehan luar biasa masa pliharaya. Oleh krn wak jahid bermati-matian mahu pru diadakan hujung tahun musim banjir maka banyaklah projek akan dihamburkan menahan dan mengatasi banjir. Projek longkang projek benteng jalanraya projek seduk air projek pengairan bersepadu projek jambatan gantung projek bot dan feri pengangkutan pengundi projek bantuan makanan mangsa banjir projek payung dan baju hujan hinggalah projek konsaltansi bomoh dan pawang tolak hujan. Ni sumer telan berbilion-lion ringgit yg sangat2 ditunggu oleh kroni2 ketuanan. Kalu kalah pru pun kroni tetap kenyang kalu menang muntah duit lah.


Unknown commented on 
"PROJEK GHANDI"

Bila nak piliharaya je ada lah semakan keputusan lah rayuanlah atas tangga bawah tangga lah budak tu pun naik blur kena helak kesana kemari dek lawyer benggali tu. Zahid nak pru sblum mahkamah buat keputusan muktamad. TT nak anwar dibawa kemahkamah sblum pru. TT ngan zahid sama jer dua kali lima.

SABOTAJ !!! KERJA CIA



 SABOTAJ !!!

KERJA C.I.A

AMIN

KHALAS

TONIK MELAYU ASLI

 

AMALKAN

TONIK MELAYU ASLI

TONIK AIR KETUM

AMIN

KHALAS


Unknown commented on
 "MENUNGGU MAIL 
BERCAKAP INGGERIS"

Bro apa rahsia kekal sihat dan cergas? Lu ada sebarang penyakit ke? Apa diet lu makan hari2?

RAKYAT TANGGUNG FREE LOADER

 

RAKYAT TANGGUNG

FREELOADER

AMIN

Unknown commented on
 "AKHIRNYA TINGGAL EMPAT"

Bila masuk tengok bulan Raya semua nak tonjol diri ke depan, agensi kera, agensi operasi, agen kera, semua sibuk belaka, semua ada bapa angkat, abang angkat, kak angkat nak jaga periuk nasi, nak jaga semua lah, maka dengan ITU,rakyat pengundi waspada, macam macam taktik akan muncul, macam macam magic show akan ada nanti, raja raja ini semua hampeh belaja6, rakyat tanggung segala, 


makan minum sampai bil.indah water kita bayor, tak apa sedekah kerana mereka miskin budi miskin segala miskin hati miskin pemikiran, kita tanggung tapi paling buruk sokong penyamun perompak kah kah kah akan sampai satu nada nanti semua ini dibuang dalam samlah sejarah belaka, ramai sangat nak tanggung woit, mana tahan RM jatuh, ekonomi teruk it Munke kaya semua baik belaka Bodoh ker apa atau belajar jadi bodoh masuk politik woit kah jag kah undi pending

MENUNGGU BANJIR

 




TUNGGU BANJIR

SENIN 3/10/2022

SATU MALAYSIA MENUNGGU BANJIR
SATU MALAYSIA MENUNGGU
MAIL BERA UMUM
BUBAR PARLIMEN OOPPS...
UMUM BANJIR

KUNCINYA
IALAH APABILA
MAIL BERA DAH KUMPUL
CUKUP DUIT BELANJA PRU
PADA KETIKA INI
GUA RASA BELUM CUKUP

MAIL BERA
AKAN BERI  TAHU
EMPAT KEPALA  GEROMBOLAN
PRU15
BOLEH BUAT MUSIM BANJIR
TAPI FULUS BELUM CUKUP
KAH KAH KAH

ZAHID MASIH MAHU
PRU SEKARANG
KETIKA ZAHID MASIH LAGI
SETIAUSAHA AGONG BARISAN
JIKA DAH JATUH HUKUM
PANGKAT INI HILANG
HILANG PANGKAT
ZAHID HILANG KUASA

MAIL BERA AKAN PILIH
CALON GEROMBOLAN
YANG AKAN SOKONG DIA
TERUS JADI PM

AWAS!
TUGAS MAIL BERA
BELUM SELESAI
MAIL BERA DIPERLUKAN
UNTUK MEMASUKAN
SORANG  LAGI PRESIDEN
PARTI KETUANAN MELAYU
KE DALAM JIL

INI TUGAS SUCI
MAIL BERA
JUSTERU KITA SOKONG
MAIL BERA SEKARANG
WALAU PUN
MI SPIK NO INGLIS
KAH KAH KAH

UKRAINE
NAMPAKNYA PERANG 
SEDANG  MEREBAK
AMERIKA DAN NATO
DAH MULA HANTAR
SENJATA KE ANGGOTA NATO

RUSIA JUGA
SEDANG MENGERAH TENAGA
SEMUA JANTAN YANG TEGAP
KINI DIWAJIB MENDAFTAR
UNTUK PANGGILAN TENTERA

RAMAI JANTAN MUDA RUSIA
TELAH CABUT LARI
KE NEGARA JIRAN
MEREKA ENGGAN JADI SOLDADU

PERANG  DUNIA KALI INI
SENJATA NUKLEAR AKAN DIGUNA
EROPAH AKAN HANCUR
SERTA MERTA

KITA YANG JAUH DARI EROPAH
AKAN  DITIMPA BALA NUKLEAR
LAMBAT SIKIT
 KITA HIDUP
TAPI TAK GUNA LAGI
MATAHARI AKAN HILANG
TANAMAN AKAN MATI
SEMUA HAIWAN AKAN PUPUS
BAI BAI PAK LEBAI
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
DI  PADANG RUMPUT
SIMPONI CENGEKRIK
AMAT KUAT BUNYINYA

DI SAWAH RUMPUT
GUA DENGAR SUARA PIPIT
TAPI BADANG TAK KELIHATAN

PETANG KELMARIN
ARAH KE SUNGAI
RAMAI WARGA ASAL
MARAH PADA TAK TAK DAN EZI

ABANG LONG JAGA KAWASAN
MAAH MENYALAK
TAPI EZI & TAK TAK
TAK AMBIL POT
KAH KAH KAH

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
PAGI SENIN
 DENGAN SENYUMAN

BRO
JIKA LU MARAH
LU DIAM
INI UBAT MUJARAB
LAWAN MARAH

BRO
KALAU LU TAHU
APA AKHIRNYA CINTA LU
PASTI LU TAK AKAN
JATUH CINTA

BRO
DI BELAKANG KEJAYAAN
ADA PEREMPUAN
DI BELAKANG KEGAGALAN
ADA PEREMPUAN LAIN

BRO
BUAH DARI PENSIASIAN 
ADALAH SESALAN
BUAH DARI KETEGUHAN
ADALAH KESELAMATAN

BRO
JANGAN POSTPONE
KE ESOK 
APA YNG LU BOLEH BUAT
HARI INI

BRO
JIKA LU BERHATI HATI
AKHIRNYA LU AKAN
DAPAT APA YANG LU
IMPIKAN

BRO
SETIAP TEMPAT
ADA KATA KATANYA
SETIAP KATA KATA
ADA TEMPATNYA

BRO
SETIAP PEKERJAAN
ADA BALASAN
SETIAP KATA KATA
ADA JAWABNYA

BRO
APA YANG SOSOK ITU
LAKUKAN
MENUNJUKKAN KEPERIBADIAN
SOSOK ITU

BRO
MANUSIA DI NILAI
DENGAN KEBAIKKAN
YANG DI LAKUKANNYA

BRO
KEINDAHAN BUKAN
DENGAN PAKAIAN YANG KITA PAKAI
KEINDAHAN ITU
IALAH ILMU DAN ADAB SOPAN

BRO
LU KALAU
KURANG JUJUR
LU PASTI AKAN
KURANG KAWAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
MAIL BERA UMUM BANJIR