Jumaat, 7 Oktober 2022

TAK PERNAH BERTANDING



SENATOR

TAKDA KAWASAN

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"HOT HOT TERKINI TER NOWW -
 PECAH BERITA"

Tengku Zafrul ni MP kawasan mana hah?

KETUANAN MELAYU GENG CURI DUIT


KETUANAN MELAYU

GENG CURI DUIT

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"CETAK HUTANG"

Salah tetap salah, bukan pasal pembangunan bukan untuk rakyat tapi setiap curi, setiap masa rasuah, setiap hari tipu wang negara, kah kah kah, mana tahan, sejak 1957 sampai sekarang tadbir urus, curi berterusan tak kira siapa, semua nak buat duit, kah kah kah apa lagi mahu orang Kita, sampai bangkrap kah kah

JO LO BERADA DI CHINA MERAH


JO LO BERADA

DI CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "CHINA MERAH
 JAGA JO LOW"

Betul ke China Merah jaga jolow? Ada khabar angin pihak Msia yang tak minta China Merah tangkap Jolow, kalau benar dia masih ada di China merah. Ada maklumat jolow kat China merah hongkong masa 2019 tapi dah 3 tahun dulu, budak gemok tak pi jumpa paris hilton ke?

KUMPULAN PENGGANAS SABOTAI PAIP GAS ?

 



PENGGANAS MANA

SABOTAJ PAIP GAS

AMIN

SIASATAN SEDANG

BERJALAN

AMIN

DENGAR APA KATA KETUA AHKIM NEGARA


Hakim perlu bebas sebarang pengaruh, kata Tengku Maimun

KEDUA-dua sistem kehakiman dan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) perlu berusaha untuk memberikan keputusan yang munasabah semasa membuat keputusan dalam sebarang kes secara bebas, adil, dan tanpa rasa gentar atau pilih kasih, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata kebebasan badan kehakiman adalah satu konsep yang wujud dalam kerangka sistem keadilan.

“Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Nazrin (Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah) juga baru-baru ini bertitah mengenai perkara ini. Titah baginda: ‘Tidak seharusnya ada sebarang keraguan, dan hakim mestilah bebas daripada sebarang pengaruh atau tekanan’.

“Walaupun titah DYMM Tuanku adalah berhubung dengan Mahkamah Syariah, pertimbangan berhubung dengan Badan Kehakiman Malaysia dan juga sistem ADR, tetap sama. Kedua-dua sistem harus berusaha untuk memberikan keputusan yang wajar sambil menghakimi kes secara bebas, adil dan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Minggu SDR Asia 2022 Keempat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur semalam.

Sultan Nazrin Shah turut menyampaikan ucaptama di majlis itu.

Selain itu Tengku Maimun berkata badan kehakiman memperakui peranan penting yang dimainkan oleh penimbang tara dan lain-lain mekanisma ADR.

Beliau berkata mekanisme ADR seperti pengantaraan, rundingan dan timbang tara menawarkan peluang kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan pertikaian mereka tanpa proses litigasi yang panjang dan meleret-leret.

Tengku Maimun bagaimanapun menambah bahawa terdapat pandangan yang berbeza mengenai bagaimana hubungan antara mahkamah dan institusi timbang tara harus dilihat.

“Boleh juga dikatakan bahawa jalan penyelesaian pertikaian itu tergolong dalam dua alam yang bersaing, berbeza antara satu sama lain, bagaimanapun saya percaya bahawa kedua-dua jalan penyelesaian pertikaian ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha mencari keadilan,” katanya.

Tengku Maimun berkata badan kehakiman Malaysia akan terus menyokong perkembangan ADR.

“Dengan AIAC terus mempromosi dan menyokong ADR, dan dengan sokongan berterusan daripada badan penyelesaian pertikaian lain yang berkaitan, saya yakin masa depan ADR adalah selamat,” katanya. – Bernama, 7 Oktober, 2022.              
🎓

HUBAYA HUBAYA

DENGAR DENGAR

APA KATA 

KETUA HAKIM

NEGARA

AMIN

KHALAS

BAHAYA KOBID MASIH ADA


Bahaya Covid-19 belum berakhir, kata pakar kesihatan

JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia agak rendah tetapi semua pihak masih perlu sentiasa berwaspada sekiranya terdapat kemunculan semula kes atau varian baharu, kata pakar kesihatan.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Malaysia dan seluruh dunia tidak boleh menolak kemungkinan kemunculan varian baharu.

“Saya fikir sentiasa ada kemungkinan tetapi ia adalah rendah,” kata Lee kepada The Malaysian Insight.

“Kebanyakan penduduk kebal melalui vaksinasi atau pendedahan, jadi virus (walaupun terdapat varian baru) tidak akan dapat merebak dengan mudah.”

Sebanyak 84.2% daripada populasi sudah mendapat vaksin lengkap manakala 86.1% menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Lee berkata walaupun penunjuk kesihatan berada dalam aliran menurun, ia tidak bermakna bahaya Covid-19 sudah berakhir.

“Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memantau jumlah kemasukan, kes teruk dan kematian,” kata Lee.

“Ini adalah petunjuk yang kukuh. Jika kita hanya lihat kes harian, ia kurang dilaporkan. Ramai yang akan melakukan ujian air liur (RTK) dan mengasingkan diri dan tidak melaporkannya.

“Mereka yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia adalah bukti kukuh.

“KKM juga mesti memerhatikan kemunculan varian yang signifikan. Sehingga hari ini, tiada varian yang signifikan, tetapi kita mesti berwaspada.”

Jangkitan harian Malaysia berlegar di bawah 2,500. Sehingga kini, 4.8 juta kes sudah dilaporkan di negara ini, dengan 36,380 kematian dan 4.7 juta pesakit pulih.

Kadar positif di negara pada masa ini berada pada kadar 6.4%, melebihi ambang 5% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kadar positif menunjukkan bahagian kes positif Covid-19 yang dikesan daripada jumlah ujian yang dijalankan.

Kadar positif yang lebih tinggi bermakna lebih banyak ujian perlu dilakukan, kerana ia menunjukkan terdapat lebih ramai penghidap penyakit dalam masyarakat yang belum dikesan lagi.

Tiada lagi bahaya

Pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Malina Osman pula berpendapat pandemik akan berakhir.

“Sejak enam bulan lalu, tiada ancaman baharu bagi gelombang jangkitan berbahaya yang berlaku,” kata Malina.

“Semua penunjuk wabak berada pada arah aliran menurun. Peluang muncul strain baharu sentiasa ada, tetapi kemungkinan besar tidak berbahaya.”

Pakar kesihatan awam Dr Zainal Ariffin Omar turut bersetuju dengannya.

“Mungkin terdapat varian baharu, tetapi ia mungkin tidak begitu ganas, dan tidak begitu cepat.

“Mudah-mudahan pandemik seterusnya adalah beberapa tahun lagi,” tambahnya.

Pada masa ini, varian yang diketahui terdapat di Malaysia ialah Alpha, Beta, Delta, dan Omicron. – 7 Oktober, 2022.       

AWAS

TERUS JAGA

IKUT ARAHAN

UNTUK  SELAMAT

AMIN