Khamis, 17 November 2022
MENGUNDI WAJIB DATANG AWAL - RIBUT SAMPAI
Ribut petir diramal seluruh negara pada petang hari mengundi
BEBERAPA negeri diramal hujan bermula awal pagi Sabtu iaitu hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan ribut petir dijangka berlaku seluruh negara pada sebelah petang.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui berkata antara negeri yang akan mengalami hujan pada awal pagi termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor.
Sementara Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari namun katanya MetMalaysia tidak menjangkakan berlaku taburan hujan luar biasa bagi kedua-dua negeri berkenaan.
“Bagi negeri-negeri di sebelah utara, cuaca dijangka baik di sebelah pagi.
“Dalam pada itu kejadian ribut petir yang diramal berlaku di hampir semua negeri di sebelah petang ini ia hanya ribut petir yang biasa dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan,” katanya kepada Bernama.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – Bernama, 17 November, 2022.
GAGALKAN
RANCANGAN
ZAHID
AMIN
DATANG AWAL
HARI MENGUNDI
AMIN
BIAR ZAHID
MELOPONG
KHALAS
APA ITU KEBENARAN
APA ITU
KEBENARAN
AMIN
Unknown commented on
"DEMI KEBENARAN
SEBAR PENCERAHAN"
Apa kebenaran sebenarnya? Ada kebenaran kah ? Apa yang benar? Apa yang tipu ? Buku sejarah pun tipu, mendidik anak pun cara tipu, kah kah kah nak cerah pakai spot Light kah kah kah susah nak faham susah logik akal, semua nak rasuah masih tak faham? Pengundi nak rasuah nak bantuan tahu apa nak mintak kah kah kah sebab itu pemimpin rasuah sebab rakyat yang pilih mereka amin kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)




