Selasa, 17 Januari 2023

KEPALA BESAR - CAKAP BESAR


Kerajaan Perpaduan lebih mudah jatuh jika ‘kepala terlalu besar’ – Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berpandangan, Kerajaan Perpaduan mungkin lebih mudah jatuh jika ‘kepalanya terlalu besar melebihi saiz jasadnya’.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan bermakna tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.

“Jika pembangkangnya sangat besar, jadilah kerajaan itu berkepala besar bukannya Kerajaan Perpaduan. Jika kepalanya terlalu besar lebih besar daripada jasadnya maka kemungkinan jatuhnya itu lebih mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, Islam menegaskan semua keputusan yang diambil mestilah mengikut perhitungan hukumnya dan semua urusan yang tiada berpisah daripadanya.

Abdul Hadi memberitahu, ia menentukan batas sempadan kerjasama dan perpaduan dengan semua pihak yang sama dan berbeza dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Tidak mudah untuk menyertai perpaduan yang salah takrifnya serta tidak mengikut prinsip dan konsep Islam,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan pihak yang bermusuh terhadap Islam kini sedang menjual propaganda Islamofobia yang menjadi halangan untuk sementara waktu sahaja.

“Demikian itu, kerana manusia tidak boleh ditipu untuk selama-lamanya,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perpaduan mestilah dipimpin oleh Islam yang berintegriti mengikut takrifnya yang tepat.

“Bukannya dipimpin oleh kalangan yang tidak beriman, tidak berakhlak dan tidak berilmu serta bukan pula berwalak kepada musuh Islam yang nyata.

“Inilah perpaduan atas asas ketaqwaan yang mendapat rahmat Allah SWT,” jelasnya.

WOIT

HADI AL-KAWAHLI

KATA KERAJAAN

KEPALA BESAR

KAH KAH KAH

WOIT

HADI SENDIRI

CAKAP BESAR

KAH KAH KAH

KALAU  CAKAP

BETUL BILA 

NAK BAWA

RAKYAT KE JALAN

RAYA

KAH KAH KAH

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KAH KAH KAH

CAKAP BESAR

JADI NATO

KAH KAH KAH

NO ACTION

TOK ONLI

KAH KAH KAH

KHALAS

AWAL AWAL GU DAH ROYAK



Bicara kes rasuah Zahid ditunda ke April


Perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) dijadualkan semula selama 27 hari bermula 10 April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh tersebut pada sebutan kes itu yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Toran dan peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Zahid.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bersambung 10 hingga 13 April, 15-18 Mei, 12-15 Jun, 24-27 Julai dan Ogos iaitu pada 1-3, 7-10 dan 21-24.

Terdahulu, Raja Rozela memaklumkan kepada mahkamah bahawa hari ini ditetapkan untuk sebutan kes dan terdapat penambahan tarikh baharu.

“Tarikh (tambahan) yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah 12 hingga 15 Jun dan 24 hingga 27 Julai disusuli pada 1 hingga 3, 7 hingga 10 dan 21 hingga 24 Ogos, jadi tarikh yang ditetapkan pada bulan April dan Mei dikekalkan,” kata Raja Rozela.

Hisyam kemudian mengesahkan perkara berkenaan pada prosiding membela diri kes timbalan perdana menteri itu.

Zahid, 70, yang memakai sut berwarna hitam tiba di mahkamah pada 8.45 pagi.

Setakat ini pihak pembelaan memanggil enam saksi termasuk Zahid pada perbicaraan kes bela dirinya.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah itu menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.

AWAL DULU

GUA DAH ROYAK

KAH KAH KAH

KES AKAN 

DI TANGGUH

AMIN

LEPAS NI

ADA PARLIMEN

ADA RAYA

ADA PRN

KAH KAH KAH

ADA CERET BERET

ADA DENGI

ADA KUCING

BERANAK

ADA LEMBU

BUNTING

ADA JEMPUTAN

LENGGANG PERUT

KAH KAH KAH

SEMUA SEBAB

TANGGUH

UNTUK PASTIKAN

KERAJAAN 

TAK RUNTUH

KHALAS

BOSS KU DITANGKAP



BOSS KU

DI TANGKAP

KHALAS

SYURGA BAWAH KAKI


SYURGA ANAK LU

BAWAH TAPAK KAKI

ISTERI LU

AMIN

SYURGA LU

CELAH KANGKANG

ISTERI LU

KHALAS

Unknown commented on
  "ITU KEMPEN NAK DAPAT KUASA"

Oklah cakap macam Tu. Yg ceramah kalau sokong PAS masuk Syurga Tu boleh diterima kah?

DAP TAMBAT HIDUNG



DAP TAMBAT

HIDUNG

KAH KAH KAH

Unknown commented on 
"PENG ANAL JADI KANG KONG"

oittt bhaiii...puak cina yg hampir 100% sokong DAP atau PH dok diam jeee la ni sebab dok pegang tali lembu yg diikat kukuh pada lubang hidung pemimpin melayu PH termasuk PM...tak perlu cakap dah cuma tarik tali lembu ja kalau tak ikut arahan....bhai kalu ko jumpa PM ko cuba tenguk...hidung masih elok atau dah rabit....kah kah kah

LAGI SEHARI



LAGI SEHARI

SELASA 17/1/2023
KES NAJIB AKAN
DI BUKA LAGI SEHARI
KHAMIS 19/1/2023
JENG JENG JENG

TUAN HAKIM
KES NAJIB DAN KES ZAHID
PINDAH NAIK PANGKAT
DARI TUAN HAKIM 
JADI TUAN HAKIM
MAHKAMAH RAYUAN
JENG JENG JENG
APA MAKNA
JENG JENG JENG
AMIN

HARGA BAHAN MAKANAN
MAKIN NAIK
INFLASI MENJADI JADI
SATU NASI CAMPUR
DAH NAIK 8 - 10 RM
JENG JENG JENG

GAJI TAK NAIK
RINGGIT JADI MURAH
MENGAPA ?
JENG JENG JENG

ITALI
KEPALA SICILIAN MAFIA
MATTEO DENERO
BERJAYA DITANGKAP
SETELAH 3O TAHUN DICARI
BARU BERJUMPA

PERU
RAKYAT BERDEMO
TUNTUT PILIHANRAYA
DI CEPATKAN
PRESIDEN LAMA
YANG PRO KAUM MISKIN 
DI TANGKAP
RAKYAT BANGUN LAWAN
KERAJAAN BARU

UNITED KINGDOM
BERITA TERSEBAR
800 POLIS SEDANG
DALAM SIASATAN
BANYAK KES
 SALAH GUNA KUASA

EL NINO
DAH SAMPAI
ANGIN PANAS DAH MULA
BETIUP DI LAUT PASIFIK
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH INDAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU

HOW WOW 
BERSUARA TEPI BUKIT
JANTAN BERKOKOK 
DALAM BELUKAR
CENGKERIK BERSMPONI
DI SEPANJANG JALAN
GEMBIRA KERANA BUMI BASAH
HUJAN TENGAH MALAM
MEMBASHI BUMI

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
DI BALKONI GUA
CAHAYA MATAHARI DAH SAMPAI
GUA RASA
PETANG AKAN HUJAN
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
SELASA YNG INDAH

BRO
BERLUMBA LUMBA
DALAM HIDUP UNTUK MEMBUAT
KEBAIKAN
GUNAKAN SETIAP DETIK
DENGAN SEBAIK BAIKNYA

BRO
KALAU LU JADI ORANG BAIK
MAKA BERTAMBAHLAH
JUMLAH ORANG BAIK
DI DUNIA

BRO
BERCAKAP DENGAN KATA
YANG BAIK
BERFIKIR LAH DENGAN NIAT
YANG BAIK
BUATLAH PEKARA YANG BAIK

BRO
BILA KITA SELALU
BERBAIK HATI
MAKA SETIAP HARI
ADALAH HARI YANG BAIK

BRO
BILA LU SUMBANG TENAGA
MAKA LU RASA GEMBIRA
INI NAMANYA RELA MEMBERI
DENGAN SUKACITA

BRO
CARA KITA BERTERIMA KASIH
PADA BUMI IALAH
MENJAGA ALAM SEKITAR

BRO
CARA MENGARAH ORANG LAIN
BUKAN DENGAN
MEMBERI PERENTAH
TAPI MELALUI BIMBINGAN
MEMBERI TAULADAN
YANG NYATA

BRO
MUKA MASAM DAN TERSENYUM
ADALAH DUA EKPRESI
PILIHLAH SENYUM SAJA

BRO
CINTA KASIH
TAK AKAN KURANG
JIKA DI BERIKAN
MALAH AKAN TERUS BERKEMBANG
KERANA DITERUSKAN
KEPADA ORANG LAIN

BRO
DENGAN KASIH SAYANG
KITA MENGHIBUR
BATIN MANUSIA YANG TERLUKA
DENGAN KASIH SAYANG
KITA MEMULIHKAN
LUKA  YANG DIALAMI BUMI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
HARI RABU