Sabtu, 21 Januari 2023

GUA ADA DIRI GUA


GUA ADA

DIRI GUA

KHALAS

Unknown commented on
 "JUMPA TONGKAT DAN LATIFF"

Oittt bhaii..sian kat ko ...yg nama-nama yg disebut tu mesti majoritinya kerja besaq2 dlm mana-mana organisasi baik awam atau swasta walau dapat general deggre atau third class jee ...cuma ko jelah yg hidup tak ketahwan hala hingga sekarang..tu yg agaknya ko jadi penganut islam budaya ..kan bhaiii..kah kah kah

SAHABAT MANUSIA PALING SETIA

 



Unit anjing pengesan K9 diperlukan di utara Semenanjung

PENUBUHAN Unit Anjing Pengesan (K9) bagi keperluan kecemasan di negeri utara Malaysia sangat penting kerana pada masa ini hanya ada satu saja unit itu, dan ia berpangkalan di Kuala Lumpur untuk mengendalikan operasi di semenanjung, kata Ketua Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Penguasa Kanan Bomba ll Donny Chap.

Beliau berkata jika beraku insiden di utara, pasukannya perlu melakukan perjalanan beberapa jam untuk ke sana dan ini akan menjejaskan masa tindak balas pihaknya.

Pada masa sama, beliau berkata mereka juga memerlukan lebih banyak pengendali dan pelatih anjing pengesan untuk unit baharu itu.

“Ada beberapa isu yang menjejaskan operasi kami bila kami perlu melakukan perjalanan jauh.

“Jadi, amat penting untuk unit K9 ditubuhkan di utara. Ia akan banyak memudahkan untuk memberikan bantuan jika berlaku insiden atau operasi,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu temu bual.

Tahun lalu, unit K9 mengendalikan lebih 200 operasi di seluruh negara, di mana kira-kira 125 daripadanya membabitkan siasatan kebakaran, manakala selebihnya operasi mencari dan menyelamat.

Pada masa ini terdapat 33 anjing di unit K9, dengan 22 anjing ditempatkan di Kuala Lumpur, lima di Sabah dan enam di Sarawak.

Beliau berkata jumlah anjing yang diperlukan bagi unit di utara akan bergantung kepada kekerapa operasi dijalankan di sana.

“Keperluan untuk unit K9 utara sangat penting kerana di sana juga banyak kes kebakaran, lemas, orang sesat, kematian dan tanah runtuh.

“Mungkin lebih 10 anjing dan pengendalinya akan diperlukan oleh unit itu.”

Katanya, jika penubuhan unit itu diluluskan, unit utara akan membantu kes di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan kawasan lain yang memerlukan bantuan.

Awal minggu ini, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan Wahid berkata pasukannya sedang mengkaji cadangan untuk menambah cawangan unit K9 di utara.

Beliau berkata tahun ini, jabatan itu akan menerima 12 anjing lagi selepas memperoleh kelulusan dari Unit Perancang Ekonomi.

Ia susulan anjing K9 berhidmat dengan cemerlang menerusi operasi mencari dan menyelamat dalam insiden tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada Disember lalu.

Hamdan berkata pakej pengendalian itu termasuk kos latihan anjing yang agak tinggi iaitu kira-kira RM400,000 hingga RM500,000.

Sementara itu, Donny berkata anjing penyelamat juga akan terseksa ketika melakukan perjalanan jauh.

“Anjing ini tidak boleh melakukan perjalanan lebih sejam kerana gegaran daripada kenderaan akan menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka.

“Jadi kami perlu berhenti beberapa kaji untuk anjing ini melakukan regangan, biasanya antara 20 hingga 30 minit,” katanya.

Selain itu, katanya mereka juga memerlukan kenderaan sesuai untuk membawa anjing ini kerana kenderaan lama biasanya bergegar teruk.

“Unit ini ada empat kenderaan pacuan empat roda, dan empat daripadanya usia sudah lebih 20 tahun.”

Berkenaan pengendali anjing, Donny berkata mereka memerlukan lebih ramai pegawai jika unit itu akan diperluaskan.

“Bagi memenuhi unit K9 di utara, ada keperluan untuk jabatan baharu sepenuhnya diwujudkan untuk pengendali dan pelatih anjing, dan siapa yang akan mengetuai pasukan itu.

“Kami tidak boleh pecahkan pasukan di sini untuk pergi ke utara. Mungkin beberapa pengendali kanan boleh pergi ke sana dan di sini untuk melatih kakitangan.” – 21 Januari, 2023.

SAPA ADA

ANJING AKAN

TAHU

AMIN

ANJING KAWAAN

MANUSIA

PALING SETIA

AMIN

KASIH SAYANG

TAK BERBELAH

BAGI

AMIN

ANJING

MEMBANTU

HIDUP MANUSIA

AMIN

JANGAN DENGAR

FAKE NEWS

KHALAS

GERMAN KENCING UKRAINE

 



GERMAN

KENCING

UKRAINE

AMIN

NOGORI POCAH TIGO



NOGORI

POCAH TIGO

AMIN


Unknown commented on 
"NEGERI SEMBILAN 
AKAN JATUH ?"

Berat angan2 brader kita ni tt. Negeri sembilan tu dah pecah tiga, satu team angan2 kj, satu team angan2 pn, satu team kerajaan. Persoalannya brader ni sebetulnya team yang mana? Kahkahkah

SEMUA NAK TERLIBAT


SEMUA NAK

TERLIBAT

KHALAS


Unknown commented on 
"KERAJAAN TELOOO"

Masalah dengan telor ni bukan apa tt.. Malaysia ni bila benda orang sembang, bila benda viral, pakat ramai2 nak join sekaki. Sama mcm roti gardenia tak ckup bekalan pkp dulu. Yang tak makan roti pun tetiba sibuk nk beli..ni samalah. Yang pagi2 hadap Mee goreng tetiba nk telor stgh masak pulak. Sembab

SELAMAT DATANG ARNAB


SELAMAT DATANG

ARNAB



SABTU 21/1/2023
ESOK RAYA CHINA
HARI INI DAH RAMAI 
BALIK KAMPUNG
TOL PERCUMA

TAHUN NI TAHUN
ARNAB
CANTIK KIUT JAMBU
BULU LEMBUT
TAPI AWAS
GIGI PANJANG
KAH KAH KAH
AMIN

GERMAN
ENGGAN BERI KERETA KEBAL
PADA UKRAINE

POLAND  
NAK BERI KERETA KEBAL 
PADA UKRIANE
KERETA KEBAL LEOPOLD
BUATAN GERMAN
NAK HANTAR KE MANA PUN
WAJIB DAPAT PERSETUJUAN
PEMBUAT
GERMAN TAK SETUJU

AMERIKA
SEDANG TEKAN GERMAN
ZELENSKY KATA
KALAU TAK DA SENJATA BARU
UKRAINE TAK BOLEH MENANG
KAH KAH KAH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI BERKABUS
MURAI BERKICAU
DARI BELUKAR
KL & KL SENTRAL KELAM
TERKUKUR BERTERBANGAN
PAGI SABTU INI
TAK BERAPA BISING

MATA HARI DAH MENCELAH
SINAR BELUM SAMPAI
ADA RINTIK RINTIK
MACAM HUJAN ATK PUAS TURUN
GUA HARAP AKAN PANAS
SEPANJANG HARI
KALAU HUJAN
POTONG STIM

MALAM TADI GUA
DI RUMAH MAKAN SUBANG
HA HA HA
ABANG DAN KAKAK
BER YAAAAMMSSSSEEEEENG
PANJANG
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
KITA SAMBUT ARNAB

BRO
HATI KITA INI
SELALU TERBUKA
MENERIMA YANG BURUK
MENRIMA YANG BAIK

BRO
ILMU KITA INI BUKAN
KITA NAK TUNJUK PANDAI
NAK TUNJUK ALIM
TAPI JADI KAWAN KITA
BILA KITA SENDIRIAN

BRO
HINDAR TELINGA
DARI MENDEGAR
FAKE NEWS
CARI PENCERAHAN
YANG ILMIAH
YANG BUKAN MIMPI

BRO
YANG JELAS PADA KITA
IALAH KELEMAHAN KITA
AGAR IANYA DAPAT
DI BAIKI

BRO
ADA JANJI  TEPATI
ADA RAHSIA SIMPAN
BERCAKAP BENAR
ADA AMANAH TUAIKAN

BRO
BERIKAN ILMU KITA
KEPADA SESIAPA PUN
UNTUK BERI MANAFAAT

BRO
UNTUK BAHAGIA
AMALKAN ILMU KITA
UNTUK KEBAHAGIAN
ORANG LAIN

BRO
KITA WAJIB SEDAR
JIKA KITA CINTA KEHIDUPAN
KEHIDUPAN AKAN CINTA
PADA KITA

BRO
JILA LU  TAK SUKA
JALAN ITU
LU BOLEH CUBA 
JALAN LAIN

BRO
BATU BESAR DITENGAH JALAN
MENJEMPUT LU
UNTUK MELONCAT TINGGI

BRO
HIDUP INI 
ADALAH SENI FOTO
YANG TAK DAPAT DI DELETE

BRO
HIDUP INI BUKAN 
PENGGAMBARAN FILEM
BOLEH DI ULANG RAKAM
SEKALI LAGI

BRO
HIDUP INI
BUKAN FILEM
HINDUSTANI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN ARNAB