Rabu, 22 Mac 2023

POLITIK DAH MASUK KE MASJID

 


Khutbah Jumaat berunsur politik, PH Kedah gesa siasatan

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) Kedah menggesa pihak berkaitan supaya menjalankan siasatan terperinci ekoran isu seorang khatib menyampaikan khutbah sehingga menyentuh unsur politik di sebuah masjid di Padang Serai, Jumaat lalu.

Pengerusinya,  Mahfuz Omar berkata, tindakan khatib berkenaan menjadikan mimbar masjid sebagai medan berpolitik kepartian adalah tidak wajar terutama ketika umat Islam membuat persediaan menyambut Ramadan.

“Antaranya dalam khutbah itu, dia menyeru menyokong kepimpinan  Muhammad Sanusi Md. Nor yang disebut jelas. Kedua, berkaitan isu kezaliman Kerajaan Perpaduan dan kegagalan kebenaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan (Lapangan Terbang) KXP.

“Jadi kita minta jabatan agama bertindak supaya perkara ini tidak akan menjadi masalah perpecahan kepada perpaduan umat Islam apabila ada satu pihak mengecam parti yang lain.  Itu yang kita minta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di sini untuk menyerahkan memo bantahan khutbah Jumaat yang disifatkan satu kempen politik kepartian itu.

Mengulas lanjut kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, pihaknya juga akan mengadap Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin yang merupakan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Kedah bagi menyuarakan kebimbangan berhubung isu berkenaan.

“Saya juga minta jabatan agama mesti panggil semua imam dan pengerusi kariah ini supaya tidak ada lagi ustaz yang mengunakan medan mimbar masjid kuliah dan khutbah itu untuk menyebarkan politik kepartian yang boleh membawa kepada perpecahan,” katanya.

Tambah beliau, semua parti dan pemimpin perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan umat Islam sempena kedatangan Ramadan ini. 

WOIT

POLITIK MASUK

MASJID BUKAN

PEKARA BARU

AMIN

KHUTUBAH 

ADALAH

RUMUSAN ISU

POLITIK SEMASA

AMIN

HIDUP INI

SEMUANYA POLITIK

AMIN

YG JADI MASALAH

BILA POLITIK 

PARTI 

MASUK MASJID

 KHALAS  

 KHUTUBAH  JADI 

CERAMAH

PARTI POLITIK 

AMIN

INI  YANG BERAT

 KAH KAH KAH

KHALAS

DULU MUSUH SEKARANG KAWAN


Mahkamah tolak permohonan Jamal gantung penghakiman saman fitnah Teresa Kok

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos untuk menggantung perlaksanaan penghakiman yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada bekas menteri industri utama Teresa Kok Suh Kim berhubung dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) pada tahun lepas. 

Peguam SN Nair yang mewakili Kok berkata Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mohd Arief Emran Arifin menolak permohonan Jamal selaku defendan dengan kos RM3,000 yang perlu dibayar kepada Kok iaitu plaintif.

“Mahkamah menolak permohonan (Jamal) untuk menggantung perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi itu dengan alasan tidak wujud apa-apa keadaan istimewa untuk penggantungan,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian hari ini.

Sementara itu, peguam Rejinder Singh yang mewakili Jamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan pihaknya akan merayu terhadap keputusan berkenaan.

Pada 26 Julai 2022, Kok berjaya memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaan menyalahgunakan dana Yawas selepas Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan saman Kok selaku plaintif terhadap defendan iaitu Jamal, yang difailkan pada 6 April 2017. 

Dalam keputusan itu, JC Mohd Arief turut mengarahkan defendan (Jamal) membayar kos RM50,000 kepada plaintif.

Ahli Parlimen Seputeh itu yang memfailkan saman tersebut pada 6 April 2017, mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa kenyataan berkenaan disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan. – Bernama, 21 Mac 2023.

WOIT

DULU DAP

ADALAH MUSUH

AMIN

SEKARANG DAP

DAH JADI

KAWAN

KAH KAH KAH

HUTANG TETAP

HUTANG

KAH KAH KAH

MULUT GATAL

INI AKIBAT

AMIN

KHALAS

JANGAN LUPA SEJARAH INI


JANGAN LUPA

SEJARAH INI

AMIN

MUKA LEBAI PORNO


MUKA 

LEBAI PORNO

AMIN

Unknown commented on
 "LEBAI PORNO
 PENJAGA MORAL"
Kah kah kah ini lah masalah dia, dia lupa bayar porno dulu sampai satu dunia tahu, kah kah kah me rest mi Kes me lord kah kah

GEMOK MACAM BANTAL PELOK

GEMOK MACAM

BANTAL PELOK

AMIN

Unknown commented on 
"DAH LAMA PUASA"

sendiri jaga kesehatan. kawan sendiri dalam rumah beri manja makan macam macam. kesian la budak gemuk dua ketul tu uncle TT. dah macam bantal peluk dah.

SELAMAT BERPUASA


SELAMAT

 BERPUASA


RABU 22/3/2023
SENJA INI KITA TENGOK ANAK BULAN
ESOK KITA PUASA
SAPA TAK PUAS A
TAK LEH RAYA

KALAU NAK NIKMAT RAYA
MARI KITA SEMUA BERPUASA

DALAM BULAN PUASA NI
KITA LIHAT SUHU POLITIK
TURUN ATAU TERUS NAIK

KITA LIHAT
APA KERJA PARA POLITIKUS
AMIN

UKRAINE
PM JEPUN MELAWAT  ZELENSKY
MINTA CARI JALAN  DAMAI
ZELENSKY MAHU JUMPA XI
MAHU BINCANG
CADANAGN DAMAI XI
ATAU HANYA PROPAGANDA

RUSIA
XI JIN PING DI MOSCOW
BAWA CADANGAN DAMAI
IKAT HUBUNGAN IRAT
DUA NEGARA
BUAT JANJI PAIP MINYAK
PAIP GAS
DARI RUSIA KE CHINA
JENG JENG JENG

PUTIN BERI AMARAN
PADA UNITED KINGDOM
YANG AKAN BERI UKRAINE
PELURU TEMBUS KERETA KEBAL
PELURU INI
ADA SISA NUKLEAR
20 TAHUN DULU
 AMERIKA PAKAI PELURU INI
DI IRAQ
HASILNYA RAMAI
BAYI LAHIR CACAT

FRANCE
DEMO BERTERUSAN
MACRON DAPAT UNDI PERCAYA
YANG AMAT TIPIS
AMIN

HOKKEIN
PAGI INI AGAK KELAM
KL & KL SENTRAL KELAM
ADA WILAYAH HUJAN
MATAHARI TAK KELIHATAN
LANGIT KELABU

DI PINTU MASUK
HOW WOW BERLAGU
AMAT KUAT BUNYINYA
CENGKERIK BERSIMPONI

PAGI INI TAKDA KELUARGA
DATANG SEMBAHYANG
PEKERJA KUBUR 
TAK SERAMAI PAGI KELMARIN

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN MATAHARI
BELUM MUNCUL
AMIN

BRO
SENYUM
KITA LAHIR SEKALI LAGI
UNTUK MENHADAPI
HIDUP YANG GEMBIRA

BRO
KITA JANGAN
TERLALU KRITIKAL
TERHADAP KEKURANGAN
ORANG  LAIN
TAPI TIDAK  KRITIKAL
PADA KEKURANGAN 
DIRI KITA SENDIRI

BRO
BEREKPERIMEN
ADALAH ILMU TERBESAR

BRO
KEPALSUAN BERLANGSUNG
SELAMA SATU JAM
KEBENARAN BERLANGSUNG
SAMPAI AKHIR ZAMAN

BRO
JAUH DARI PANDANGAN
JAUH DARI HATI

BRO
LUPA IALAH
PENYAKIT TIDAK BERKUMAN

BRO
KETIKA KALAH DENGAN HUJAH
FITNAH AKAN MUNCUL

BRO
PAHLAWAN YANG BAIK
IALAH PAHLAWAN
YANG TAK PERNAH
MARAH

BRO
KALAU LU BERJAYA
MEMBUNUH KETAKUTAN LU
MAKA LU BETUL BETUL
MANUSIA BEBAS

BRO
KELAKUAN MANUSIA INI
HANYA ALAT
YANG MENGENDALIKAN
OPERASINYA 
IALAH FIKIRAN

BRO
KITA INI TAK APA APA
TAPI KITA
HARUS JADI SEGALANYA

BRO
AWAS
JALAN. MENUJU NERAKA
DI TABURI
DENGAN NIAT
YANG BAIK
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSAHUR
MALAM INI