Khamis, 25 Mei 2023

HANYA ROKOK DISERANG - RACUN LAIN ?



CAP desak kerajaan bentang GEG, RUU kawalan produk merokok

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengotakan janji membentangkan serta meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan Generasi Penamat (GEG).

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, ketiadaan undang-undang yang jelas dan komprehensif bagi mengawal selia pengiklanan, promosi, penjualan dan penggunaan produk itu mendedahkan risiko yang serius kepada kesihatan awam, terutama golongan remaja serta kanak-kanak.

Jelas beliau, ia juga bagi mengatasi isu ketiadaan kawalan undang-undang terhadap produk rokok elektronik atau vape selepas pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952 pada 1 April lalu.

“CAP mengingatkan kerajaan mengenai janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang Dewan Rakyat pada April lalu yang mahu membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG pada sidang Parlimen Mei ini.

“Ini kerana penggunaan produk rokok elektronik atau vape dengan pelbagai perisa yang menarik dan taktik pemasaran kotor oleh pemain industri, menarik minat generasi muda bagi mencuba dan menggunakan rokok elektronik atau vape.

“Ia membawa kepada risiko ketagihan dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan mereka,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohideen berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sudah berulang kali menyatakan pendirian bagi membentangkan RUU bersama peruntukan GEG menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Jelas beliau, dengan meluluskan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG, Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat dapat membuktikan komitmen mereka yang teguh dalam melindungi kesejahteraan rakyat Malaysia, terutama golongan belia.

“RUU Kawalan Produk Merokok tidak seharusnya dijadikan isu politik dan masalah merokok adalah isu kesihatan perlu dipandang serius semua Ahli Parlimen yang bertanggungjawab bagi melindungi masyarakat daripada ancaman bahaya produk merokok.

“Justeru, kami dengan tegas mendesak kerajaan supaya mengutamakan kesihatan awam dengan memenuhi janji yang sudah diberi kepada rakyat dan membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan GEG dengan segera tanpa berlengah lagi,” kata Mohideen. – 

TAK ABIS ABIS

SERANG ROKOK

AMIN

BETUL ROKOK

BAWA MUDARAT

AMIN

YANG LAIN

MEK DONAL

KENTUKI

PEPSI KOKAKOLA

SEMUA ROSAK

KESEHATAN

AMIN

KENAPA TAK DA

SUARA SERANG

RACUN RACUN INI

AMIN

KENAPA TAK

GUNA AKTA RACUN

LARANG MINUMAN

BERGAS DLM TIN

AMIN

TANYA DOKTOR

KALAU TAK CAYA

BAHAYA MAKANAN

SEMUA INI

AMIN

KHALAS

TANDA AWAL MALAPETAKA IKLIM


Jualan kipas, penyaman udara naik 3 kali ganda susulan cuaca panas


JUALAN kipas, penyaman udara dan peralatan penyejuk rumah lain meningkat tiga kali ganda berikutan cuaca panas luar biasa, kata peniaga peralatan elektrik.

“Mana-mana perkakas yang menghasilkan udara sejuk mendapat permintaan,” kata presiden Persatuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia (FOMEDA) Ng Chye Weng kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata peningkatan dalam jualan bermula hanya minggu lepas.

Sebahagian kawasan di negara ini mengalami gelombang haba.

Ng berkata perniagaan agak meningkat dengan luar biasa kerana ramai orang tidak dapat menahan cuaca panas.

Peningkatan jualan bagaimanapun, membawa sedikit masalah.

“Tiada juruteknik yang mencukupi untuk memasang penghawa dingin dan senarai menunggu adalah panjang,” kata Ng.

Beliau berkata pelanggan kini perlu membuat temujanji untuk memasang unit mereka. Dan tempoh menunggu katanya, boleh jadi dua minggu.

“Pembeli menyangka penyaman udara yang dibeli boleh dipasang pada keesokan harinya. Apabila diberitahu mereka perlu menunggu sehingga dua minggu untuk memasangnya, mereka pasti kecewa.”

Ng berkata mereka yang tidak sabar menunggu dua minggu memilih penyaman udara mudah alih.

Memandangkan musim panas semasa dijangka berlarutan sehingga September, peniaga tidak menang tangan kerana mereka memesan lebih banyak stok untuk memenuhi permintaan.

Ng berkata itu adalah berita baik dan buruk, bergantung pada peniaga.

“Stok model dan jenama popular semakin habis dengan cepat dan pengedar peralatan import mungkin tidak melihat stok baharu mereka tiba tepat pada masanya.

“Itu memberi peluang kepada peniaga jenama tempatan. Mereka mengambil peluang itu.”

“Dalam erti kata lain, tidak akan ada kesan ke atas bekalan kerana terdapat jenama lain untuk dipilih,” kata Ng.– 25 Mei, 2023.

INI TANDA

TANDA AWAL

MALAPETAKA

IKLIM SAMPAI

AMIN

INI BARU MULA

INI ANAK KECIK

MAK DAN BAPAK

BELUM MARI

AMIN

KHALAS

AL-FATIHAH TINA TURNER


Tina Turner: legendary rock’n’roll singer dies aged 83


Tina Turner, bintang rock'n'roll perintis yang menjadi raksasa pop pada 1980-an, telah meninggal dunia pada usia 83 tahun selepas sakit lama.

Dia telah mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disahkan menghidap kanser usus pada 2016 dan menjalani pemindahan buah pinggang pada 2017.

Turner mengesahkan dan menguatkan kepentingan formatif wanita kulit hitam dalam rock'n'roll, mentakrifkan era muzik itu sehingga ke tahap yang Mick Jagger mengakui mengambil inspirasi daripada persembahan langsung yang bertenaga dan bertenaga untuk persona pentasnya.

Selepas dua dekad bekerja dengan suaminya yang kesat, Ike Turner, dia menyerlah sendirian dan - selepas beberapa permulaan yang salah - menjadi salah satu ikon pop yang menentukan pada tahun 1980-an dengan album Private Dancer. Kehidupannya dikisahkan dalam tiga memoir, biopik, muzik kotak juke, dan pada tahun 2021, filem dokumentari yang terkenal, Tina.

Dalam satu kenyataan pada malam Rabu, publisitinya Bernard Doherty berkata: "Tina Turner, 'Queen of Rock'n Roll' telah meninggal dunia dengan aman hari ini pada usia 83 tahun selepas sakit lama di rumahnya di Kusnacht dekat Zurich, Switzerland. Dengan dia, dunia kehilangan legenda muzik dan teladan.”


AL-FATIHAH

DALAM INGATAN

1939- 2023

AMIN

REBUT KUASA UNTUK MILIK EKONOMI


REBUT KUASA

UNTUK MILIK

EKONOMI

AMIN

Unknown commented on
 "ANNUAR BOCOR
 PROJEK GELAP ZAHID"

Hidup umpama tolak ansur tolerance give and take policy kalau tak mahu asyik bergaduh asyik tengkar tak habis habis, negara huru hara susah semua, yang curi terlepas yang rompak senang lenang, sekarang nampak ada kerja jalan, ada penguatkuasa ambil tindakan sekarang ada perubahan tapi kapitalis tak suka perompak tak suka kah kah kah

TANPA LORI


TANPA LORI

AMIN


Unknown commented on
 "APA BOLEH TANAM
 KITA TANAM"

mungkin tt terlepas baca. kata kunci adalah 'pengangkutan'. penanam ada. angkutnya tiada. nadi pemodal adalah lori angkut. jika ada pengangkut rakyat boleh pindah dari penanam-pengguna

MASIH LAGI NAMA TUHAN


NAMA TUHAN


KHAMIS 25/5/2023
ISU NAMA TUHAN 
MASIH HEBOH DIBINCANGKAN
DALAM PARLIMEN
DALAM YOUTUBE
USTAD DAN RETARD
SEMUA BERLABON

NAMA TUHAN INI
AKAN JADI PELURU MERIAM
UNTUK PARIKATAN NASIONAL
DALAM PRN 6 NEGERI

JAWPAN DARI ANWAR
DARI KDN JUGA
LINTANG PUKANG 
INI MENJADIKAN NAMA TUHAN
INI SENJATA NUKLEAR
UNTUK PRN ENAM NEGERI

AMERIKA
TINA TURNER
PENYANYI NEGRO
MENINGGAL DUNIA

RUSIA
BERJAYA MENUMPASKAN
GERILA SOLDADU UKRAINE
YANG MASUK MELINTAS SEMPADAN
INI PASUKAN YANG DI TAJA
OLEH UKRAINE  MAKA
DI TAJA OLEH NATO

UK
BORIS JOHNSON
SEDANG DISIASAT
KES DIA ENJOI DE MENJOI
MASA DIA JADI PM
WALHAL DIA ARAH
RAKYAT BERKURUNG
KAH KAH KAH

AMERIKA
NAMA BARU MUNCUL
NAK LAWAN TRUMP
RON DESANTIS 
DARI PARTI  REPUBLIKAN
MENCALONKAN DIRI
UNTUK PRESIDEN 2024

HOKKIEN
PAGI INI LECAH BASAH
MALAM TADI HUJAN PAGI
GUA TAK SEDAR

HUJAN AGAK LEBAT
LOPAK AIR DISANA SINI
TERASA  BAHANG BERLENGAS
GUA CEPAT BERPELUH
MATA HARI DAH NAIK
TAPI BELUM BERSINAR

DI GAUNG TEPI SUNGAI
JANTAN BEROKOK
WOW
KOKOK YANG KUAT
AGAK DEKAT DENGAN GUA
TAPI MUKA TAK KELIHATAN

HOW WOW
TEPI BUKIT  SEBELAH FLET
BERSUARA KUAT
MEMBUKA PAGI

TERKUKUR
DISANA SINI BERLAGU
TANPA BERHENTI

ADUH
PAGI YANG INDAH
PAGI BERBAHANG
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS

BRO
KITA SAMBUT PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUMAN

BRO
KALAU NANGKA MASUK KE RANJANG
AMBIL BUAH TERUS DI PARANG
KALAU BELOT KETIKA BERJUANG
TIKAM MATI TERUS TERAJANG

BRO
JIKA KULIT TERLALU TEBAL
AMBIL PARANG KAYU BELATI
KALAU YB BANGANG DAN BEBAL
KITA TERAJANG CARI GANTI

BRO
BILA PANCING TIDAK BERMATA
MANA  DAPAT IKAN DI RASA
BILA YB BEBAL BELAKA
NEGARA HANCUR PUNAH BINASA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS