Selasa, 27 Jun 2023

PRN OGOS ?


MB menghadap Sultan Terengganu mohon perkenan bubar DUN

MENTERI Besar Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Samsuri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu tiba di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu, pada 8.38 pagi untuk sesi menghadap berkenaan.


DUN Pulau Pinang bubar esok

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tarikh itu dicadangkan dan mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.

“Pada pagi ini saya mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri untuk menandatangani proklamasi untuk membubarkan DUN Pulau Pinang bagi memberi ruang PRN yang akan ditetapkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) setelah semua negeri dibubarkan dewan masing-masing.

“Saya lega perkara ini sudah berakhir, jadi kini kita boleh bersiap sedia untuk pilihan raya negeri. Tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara, di Georgetown, hari ini.

Terdahulu, Chow tiba di Seri Mutiara, pada 7.55 pagi untuk menghadap Ahmad Fuzi bagi memohon persetujuan untuk pembubaran DUN Pulau Pinang.

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijadual akan mengadakan sidang media yang turut dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 2.30 petang ini.

Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.

Pada PRU14, PH memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi, termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan PAS (satu).

Pada Februari 2020, Bersatu mengumumkan keluar daripada PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN) yang menyebabkan dua Adun Bersatu Pulau Pinang, Adun Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim, menarik balik sokongan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah PH.

Sementara pergolakan dalam parti PKR turut menyaksikan dua Adun daripada parti itu dipecat iaitu Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dan Adun Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim.

Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan ialah PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan PAS satu kerusi. – Bernama, 27 Jun, 2023.

SEMUA DUN

DAH BUBAR

AMIN

HANYA

TUNGGU N.9

AMIN 

PRN LEPAS

MUSIM AJI

AMIN

MUNGKIN BULAN

OGOS

AMIN

KHALAS

MUDA MENUNGGU SAMPAI KE TUA



PRN: MUDA bertanding secara solo PRN
PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memutuskan akan masuk gelanggang secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Menurut presidennya, Syed Saddiq Syed And Rahman, keputusan itu dicapai secara konsensus kerana pihaknya tidak diundang langsung untuk mesyuarat pembahagian kerusi di pihak Pakatan Harapan (PH).

“Selepas bincang, MUDA buat ketepatan berdasarkan pada konsensus parti untuk bertanding di PRN atas kekuatan sendiri,” katanya dalam sidang media khas di Petaling Jaya hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Penerangan MUDA, Lokman Long yang diangkat sebagai Ketua Pengarah PRN bagi parti itu.

“(Bertanding solo) tidak ada kena mengena dengan perbincangan kerusi di PRN sebab perbincangan itu tidak wujud. Sebab itu MUDA membuat pendirian untuk fokus bawa politik baru,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, tindakan itu tidak dipandang sebagai pemecah undi sekiranya MUDA dilihat sebagai blok ketiga dalam PRN kali ini.

“Jika janji ditunaikan, reform dilaksana kuasa dikembalikan kepada rakyat dan tidak mengambil mudah undi rakyat, tidak akan ada keperluan untuk MUDA bertanding tapi apabila parti politik blok terbesar terlalu selesa, ini tidak betul,” katanya.

Oleh yang demikian MUDA akan bertanding di semua keenam-enam negeri pada PRN kali ini.

Ini bermakna, parti itu akan bertembung PH dan Barisan Nasional (BN) walaupun MUDA menjadi sebahagian daripada blok kerajaan.

Ditanya mengenai berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh MUDA, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kita akan umum dari masa ke semasa,” katanya

WOIT

MUDA NAK

MASUK PH

AMIN

DAH TUNGGU

LAMA

AMIN

DARI MUDA

HINGGA TUA

TAK DI JEMPUT

TAK DI PELAWA

AMIN

UCAPAN MAJU

JAYA PD MUDA

AMIN

KHALAS

WAJIB DENGAR - SEJARAH ISLAM DARI PEMIMPIN TALIBAN

 


PANGLIMA MELAYU

ADA DALAM

PERANG SALIB

AMIN

SEJARAH KARUT

DARI PEMIMPIN

TALIBAN

AMIN

PEGUAM DARI UK - ULU KELANTAN



PEGUAM DARI UK

OPPS... 

ULU KELANTAN

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"UMNO KAJI SEMULA
 HUBUNGAN DENGAN PAKATAN"

selepas zaid gagal membebaskan najib sebagai peguam yg profesional, kini zaid menyalak dikaki umno. sifat ore kelate ni begitu rupo, bermuka muka sehingga mendapatkan hasil..mujur trump anti tppa, kalo tak ore kelate sekor ni dah jual malaysia kpd kuasa kapitalis dunia.itu belum kisah raja2 dulu, sanggup membunuh anak sendiri, menjual atau memajak tanah sendiri demi kerakusan kuasa..

KUASAI PASARAN KETUM SEKARANG !!!



KUASAI PASARAN

KETUM SEKARANG

KHALAS


Unknown commented on 
"BEBASKAN GANJA DAN KETUM"

Ganja dan ketum ni bila sudah meluas dipasaran dunia dan dikuasai syarikat pharmaceutical besar akan diistiharkan sebagai herba semula jadi yg sangat berkhasiat. Waktu tu mesia barulah nak ekspot jd melukut ditepi gantang kpd syarikat besar dunia. Terhegeh2 gi Amerika nak buat promosi.

LUSA RAYA AJI


LUSA RAYA AJI


SELASA 27/6/2023
LUSA HARI RAYA AJI
RAMAI AKAN BALIK KAMPUNG
INI CUTI PANJANG
JALAN AKAN JEM

NILAI RINGGIT JATUH
ANGKA KEMALANGAN NAIK
KAH KAH KAH

DAGING DISANA SINI
TAHUN INI SATU SAHAM LEMBU
DAH NAIK 800 RINGGIT
HARGA LEMBU DAH JADI
HAMPIR 5000 SAEKOR

KESIAN LEMBU
KESIAN KAMBING
YANG JANTAN NAK CARI BIDADARI
YANG BETINA DAPAT APA ?
APAKAH BETINA AKAN DAPAT
JEJAKA  KACAK RANGGI
BERDADA BIDANG
KAH KAH KAH

SUDAN
GENCATAN SENJATA
MULA RABU KERANA RAYA AJI
LEPAS TU PERANG BALIK
ORANG ITAM BUNUH
ORANG ITAM
ORANG PUTIH JULA PELURU
KAH KAH  KAH

GERMAN
GARIS EKSTREM KANAN
MENANG PEMILIHAN 
MAJLIS TEMPATAN

GREECE
PARTI SPARTAN
GARIS EKSTREM KANAN
NEO FASIS
BERJAYA MASUK PARLIMEN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU INDAH
ADA AWAN PUTIH NIPIS

PAGI INI LEBIH
DARI 10 BUAH KERETA
TERLETAK DITEPI JALAN
CUCU CICIT  DATANG
SEMBAHYANG KUBUR

GUA RISAU TAK TAK
AKAN ANGKAT KAKI
DAN KENCING KERETA
INI PERANGAI  TAK TAK
TAPI PAGI INI
TAK TAK DAN EZI BERSOPAN
MELINTAS
TANPA MENCIUM  SOSOK
YANG BERDIRI DI GIGI JALAN

PAGI INDAH INI
MENDENGARKAN SUARA UNGGAS
TERKUKUR DAN PIPIT
DI SANA SINI

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
HINGGA KE PETANG
PETANG GUA TAK TAHU
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DAN SENYUMLAH

BRO
KITA SELALU KRITIKAL
PADA KELEMAHAN ORANG LAIN
TAPI TAK KRITIKAL
PADA DIRI SENDIRI

BRO
JAWAPAN PALING TERBAIK
DATANG DARI
SOSOK YANG TIDAK MARAH

BRO
KURANG CERDIK
ADALAH KEMISKINAN
YANG PALING  BESAR

BRO
OTAK KITA JADI
HURU HARA
BILA PERUT LAPAR

BRO
KEPALSUAN BERTAHAN
BEBERAPA  HARI
KEBENARAN SAMPAI KIAMAT

BRO
BILA
BERKENDURI BUAT MACAM
ADIK BERADIK
BILA BEKERJA
BUAT MACAM  TAK KENAL
SATU SAMA LAIN

BRO
KECILAKAAN PADA YANG LAIN
BAWA KEUNTUNGAN
UNTUK YANG LAIN

BRO
MARAH BEMULA
DENGAN HILANG RASIONAL
DAN
AKAN BERAKHIR DENGAN
SESALAN

BRO
LEBIH BAIK
ELAKKAN DARI KESILAPAN
DARI KEMUDIAN
KENA MINTA MAAF

BRO
MERANCANG
 ADALAH SATENGAH
DARI KEHIDUPAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
RAYA AJI