Selasa, 4 Julai 2023

ORANG TUA KONTROL POLITIK UNDI



Belia mahu calon perjuang isu mereka, kata Undi18

PARTI politik mesti bersungguh dalam menyampaikan mesej mereka kepada golongan muda menjelang pilihan raya negeri, kata Undi18.

Pengasas bersamanya Tharma Pillai berkata walaupun semua parti politik mempunyai strategi sendiri, apa yang penting ialah mempunyai dasar yang cenderung kepada keperluan belia.

“Belia mahu melihat calon yang memperjuangkan isu mereka dari segi pekerjaan, pendidikan dan kedudukan ekonomi.

“Perlu ada juga pemimpin boleh dipercayai yang menarik minat pengundi muda, dasar dan tokoh. Mereka (parti) harus dapat mempromosikannya dengan berkesan,” kata Tharma kepada The Malaysian Insight.

Tharma menganggarkan terdapat kira-kira 1.7 juta pengundi muda.

Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Kedah membubarkan DUN masing-masing dan dijangka akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.

Beliau berkata menurut ahli sains politik Bridget Welsh, Undi18 mempunyai kadar keluar mengundi kedua tertinggi pada pilihan raya umum 2022 iaitu 79% selepas kumpulan berumur 50 tahun ke atas, iaitu 80%.

Tharma juga berkata parti politik harus menggunakan media sosial kerana realiti bagi kebanyakan anak muda Malaysia ialah segala-galanya dalam talian, maya dan media digital.

“Ini bermakna parti politik perlu mengubah strategi mereka. Kebanyakan parti boleh memperbaiki perkara ini untuk mendekati pengundi muda.

“Berdasarkan pilihan raya lepas, pihak yang berjaya dalam pemasaran digital ialah Perikatan Nasional dan Muda yang agak agresif.”

Bagaimanapun, Tharma berkata walaupun media sosial adalah platform penting untuk mengukur sentimen belia, dalam pilihan raya negeri ia akan berbeza.

“Parti sepatutnya mengetengahkan lebih banyak isu tempatan, bukan sahaja memastikan naratif yang betul di media sosial tetapi juga bekerja di akar umbi.”

Undi pos penting

Tharma berkata terdapat kira-kira 1.5 hingga 1.8 juta pengundi luar negara di Singapura, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara lain.

Bagi pengundi muda, sukar untuk menganggarkan jumlah pengundi pos kerana semasa pilihan raya negeri, ia adalah cuti musim panas, jadi mereka mungkin akan kembali ke Malaysia

“Kami secara kasarnya menganggarkan terdapat sehingga 250,000 pelajar dan populasi belia berada di luar negara. Jadi, kami tidak mempunyai jumlah sebenar pengundi belia di luar negara.”

Beliau berkata Undi18 akan meneruskan apa yang mereka lakukan pada PRU15 untuk membantu mendapatkan semula undi luar negara.

“Kami akan mengulangi apa yang kami lakukan pada PRU15 untuk mendapatkan tajaan bagi membawa balik undi menerusi pelbagai syarikat penerbangan.

“Cabaran kali ini ialah menghantar undi kepada lebih ramai RO (Pegawai Pengurus Pilihan Raya) berbanding PRU15.

“Kali ini terdapat 245 kawasan di mana kita perlu menghantar undi juga. Jadi, dari segi logistik ia lebih rumit kali ini.”

Beliau menambah tahun lepas mereka mengadakan kutipan dana dan kini mempunyai akses RM30,000 yang akan digunakan untuk pilihan raya negeri.

“Jika kami memerlukan lebih banyak dana maka kami akan mengadakan kutipan dana lagi.

“Kami juga melibatkan badan pelajar di luar negara untuk membantu kami mengatur dan bersedia untuk penghantaran undian.” – 4 Julai, 2023.

POLITIK UNDI

DIKONTROL

OLEH ORANG TUA

AMIN

INI LAKUNAN UNTUK

DAPAT KUASA

AMIN

ORANG MUDA

WAJIB PILIH

POLITIK JALAN RAYA

 KHALAS

ANAK MUDA PALESTIN ANGKAT SENJATA


Operasi ketenteraan Israel di Jenin ‘jenayah perang baharu'


PIHAK Berkuasa Palestin (PA) menyifatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan di bandar Jenin Tebing Barat sebagai “jenayah perang baharu” terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Sembilan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat, termasuk tujuh di Jenin semalam, manakala 27 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel di bandar Jenin dan kemnya adalah jenayah perang baharu terhadap rakyat kita,” kata jurucakap PA Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan.

“Rakyat Palestin tidak akan menyerah atau mengibarkan bendera putih, tetapi akan tetap teguh mempertahankan tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini sehingga kebebasan dicapai,” katanya.

Jurucakap tentera Israel Daniel Hagari mendakwa operasi ketenteraan itu tertumpu kepada kem pelarian Jenin.

Menurut sumber, lebih 1,000 tentera terlibat dalam operasi Jenin.

Abu Rudeineh juga menyeru masyarakat antarabangsa “untuk tidak berdiam diri dan mengambil tindakan serius memaksa Israel menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin, dan memaksa mereka bertanggungjawab atas semua jenayah ini.”

Kementerian Luar Palestin menyifatkan operasi Jenin sebagai “pencerobohan biadab”, dan mendakwa ia sebahagian daripada dasar rasmi Israel “menggunakan kekuatan tentera sebagai alternatif penyelesaian konflik.”

Kementerian itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk “menghentikan serta-merta pencerobohan” dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa “mula bertindak dan memnta Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang”, lapor Agensi Anadolu.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan Israel ke bandar Palestin.

Hampir 190 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan. – Bernama, 4 Julai, 2023.


PUAK PIHAK

BERKUASA PALESTIN

KAKI BELOT

AMIN

SAMA MACAM

UMNO 

AMIN

HAMAS DAN

ISLAMIK JIHAD 

ANGKAT SENJATA

LAWAN ZIONIS

AMIN

PA BERUNDING

DAN BERTUKAR

MAKLUMAT INTEL

DENGAN ZIONIS

KHALAS 

ANGKAT SENJATA BUKAN BERUNDING



ANGKAT SENJATA

BUKAN BERUNDING

AMIN

BAHAYA PENDATANG HARAM CHINA MERAH


BAHAYA 

PENDATANG HARAM

CHINA MERAH

20 TAHUN 

AKAN DATANG

KHALAS

zaharuddin ahmad commented on
 "PENDATANG HARAM DARI CHINA MERAH MAKIN RAMAI"

Secara kebetulan..pelancong dari cina.. menteri orang cina..DAP orang cina.. jadilah issues tersensasi abad ini.media hempok.. Grrombolan hempok.. opportunis hempok..tapi issues sebenar dialihkan semata-mata nak lindungi emperor nepolian kenapa issue dari Bangla..dari India.. rohinya..dari Pakistan..dariNepal..dari Philippina..dari Thailand..dll yg berlambak-lambak kat negara kita tidak diambil berat.KDN/POLIS/IMIGRESEN..apa cerita..masalah ini ditanggong olih rakyat tempatan dah berpuluh tahun..patut nya ikut cara negara cina..siasat..dapati salah..terus tembak mati penghianat negara Ooop.pps lupa mendatory death dah dihapuskan...

TANGKAP PENDATANG HARAM CHINA MERAH


OPERASI TANGKAP

PENDATANG HARAM

CHINA MERAH

KHALAS


Unknown commented on
 "PENDATANG HARAM DARI CHINA MERAH MAKIN RAMAI"

Imigresen PDRM askar dll agensi kena buat operasi bersepadu setiap Bulan cari semua pelancong Haram 1.2 juta warga China ini....

PRN ini masa melingkupkan semua barua barua DAP@LeeKwanYew sudah tiba

HARI 4 JULAI


 HARI 4 JULAI


SELASA 4 JULAI 2023
4 JULAI HARI AMERIKA SEREKAT MERDEKA
DARI PENJAJAH INGGERIS

AMERIKA SAREKAT DARI NEGARA
ANTI KOLONIAL
MENJADI NEGARA KAPITALIS
KEMUDIAN MENJADI
NEGARA IMPERIALIS
MENJAJAH SELURUH DUNIA

BAHAYA BESAR
LEDAKAN NUKLEAR
MUNCUL DARI AMERIKA

PALESTIN
ZIONIS MENYERANG JENIN
KERETA KEBAL DRONE
 SOLDADU MASUK KE JENIN
RAMAI GUGUR
BERIBU LARI MENYELAMAT DIRI
JENIN KAWASAN AMAT  PADAT

WILAYAH INI
ADA GERILA PALESTIN
YANG BANGUN MELAWAN
DENGAN  SENJATA
BUKAN BERUNDING
 MACAM AL-FATAH

PENDATANG HARAM
DARI CHINA MERAH
BERJUTA DAH MASUK
TANPA DISEDARI OLEH
BANI  MELAYU

INI BAHAYA BESAR
INI BAHAYA MASA DEPAN
TANAH MELAYU

HOKKIEN
CERAH SEGAR KERING
SEKUMPULAN GAGAK MELINTAS
GAGAK BERJALAN BERKUMPULAN
MACAM  BURUNG PIPIT
MACAM TIONG

TERKUKUR BERJALAN
BERPASANGAN
PUYUH JUGA BERJALAN
BERPASANGAN

MATA HARI BELUM KELUAR
AWAN BIRU BERCAMPUR AWAN PUTIH
TANDA HARI AKAN PANAS

MURAI BERKICAU
DI BELUKAR BELAKANG RUMAH
MEMBAWA GEMBIRA

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SELASA INI
DENGAN SENYUMAN

PINANG SERANGKAI DUA RANGKAI
TIGA RANGKAI MUDAH DI CARI
ILMU APA YANG LU PAKAI 
MINAH CUN  DATANG BERLARI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSELASA