Selasa, 4 Julai 2023

GURBAN - GERILA BANDAR PERTAHAN KAMPUNG HALAMAN



GURBAN

GERILA BANDAR

PERTAHAN

KAMPUNG HALAMAN

KHALAS

TANGKAP EJEN CHINA MERAH


TANGKAP

EJEN CHINA MERAH

KHALAS

WATIKAH UNTUK SYED SADDIQ




Sudah-sudahlah serang bukan Melayu, Syed Saddiq beritahu Dr Mahathir

PRESIDEN Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menggesa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap bukan Melayu dan bukan bumiputera.

Pemimpin politik sepatutnya menyatukan rakyat negara ini, bukannya mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan, katanya pada sidang media hari ini.

“Kita harus fokus untuk menyatukan rakyat Malaysia, bukan memecahbelahkan rakyat mengikut warna kulit, bangsa atau agama.

“Dan daripada mengimbau perbezaan sejarah masa lalu,kita harus menanti-nantikan apa yang menyatukan kita sebagai satu rakyat, satu negara.

“Kami percaya, serangan terhadap bukan Melayu dan bukan bumiputera bermakna serangan terhadap semua rakyat Malaysia

“Begitulah juga, menyerang orang Melayu adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia kerana hidup, nasib dan masa depan kita saling berkait antara satu sama lain,” katanya.

Ahli Parlimen Muar itu mengulas kenyataan Dr Mahatir semalam, yang berkata usaha mempromosi negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Malaysia tidak pernah menyatakan Malaysia adalah negara berbilang kaum, kata bekas perdana menteri dua kali itu.

“Saya hanya menyuarakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Apakah mempertahankan Perlembagaan Malaysia menyalahi undang-undang?

“Sebaliknya bertentangan perlembagaan ialah mempromosi negara berbilang bangsa.

“Apakah Kerajaan sekarang menolak ‘the Rule of Law’, termasuk perlembagaan Malaysia yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Sebaliknya perlembagaan menekankan Ke-Melayuan Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata pemimpin muda Melayu dalam parti yang diasaskannya akan membuktikan Dr Mahathir silap dalam isu negara berbilang bangsa.

“Sebagai presiden Muda, saya ingin sampaikan mesej yang jelas bahawa kami generasi baharu pemimpin Melayu dalam Muda akan membuktikan Dr Mahathir silap kerana kami percaya kepelbagaian kaum tidak akan melemahkan kita, tetapi hanya akan meneguhkan kita sebagai sebuah negara,” katanya. – 4 Julai 2023.

WOIT

INI WATIKAH

SYED SADDIQ

KAH KAH KAH

INI BAHAN BUKTI

TER BARU

AMIN

SAPA TUDUH

SADDIQ MACAI MADEY

INI BAHAN BUKTI

SEBALIKNYA

KAH KAH KAH

POLITIK BIJAK

TAPI TIBAI

MADEY SEBAGAI

KERJA  SUCI

MASIH TAK DAPAT

TIKET NAK MASUK

KONSERT  PAKATAN

KAH KAH KAH

KESIAN MUDA

SAMPAI TUA 

MENUNGGU

KHALAS

MANGSA KEPALA AIR




Tragedi kepala air: Identiti mayat ke-7 dikenal pasti

POLIS mengesahkan mayat yang ditemukan pagi ini sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata identiti mangsa dikenal pasti selepas pengecaman oleh waris.

“Mayat dijumpai 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian iaitu di sektor B di belakang Masjid Kampung Dadong, di Chukai oleh penduduk kampung, 7.45 pagi tadi. 

“Tujuh mayat ditemukan setakat ini dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa,” katanya ketika ditemui di Chukai hari ini. Hanyan berkata mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Setakat semalam, enam mayat yang ditemukan dan dikenal pasti identitinya ialah Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 

Mangsa yang masih hilang ialah Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24. 

Dilaporkan Karim dan Azizah bersama tujuh anak mereka serta Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati pergi berkelah di jeram berkenaan pada Sabtu sebelum hilang dihanyutkan kepala air. – Bernama, 4 Julai, 2023.


AL-FATIHAH

TRAJEDI

SATU KELUARGA

AMIN

KITA SAMPAIKAN

SALAM TAKZIAH

AMIN

SAPA EJEN CHINA MERAH ?



SPRM buru ejen bantu pelancong asing ditahan Imigresen

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia sedang memburu ejen yang didakwa meminta rasuah daripada seorang pelancong warga China yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Situasi di imigresen KLIA minggu lalu itu akhirnya membawa campur tangan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing.

Sumber berkata individu itu didakwa menjalankan urusan sebagai orang tengah bagi membantu kemasukan pelancong asing yang melanggar syarat ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan ejen yang dikatakan meminta rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut sumber, tiga kenyataan termasuk satu daripada Tiong sudah diambil.

“Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara ini hari ini.

“SPRM memandang serius isu rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden melibatkan seorang warga China di KLIA baru-baru ini.

“Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara ini,” katanya. 

Minggu lalu, Tiong mendakwa beberapa pegawai Imigresen yang melakukan rasuah menghalang pelancong yang mempunyai dokumen sah daripada memasuki Malaysia di lapangan terbang dan menuntut wang sebagai pertukaran untuk pembebasan mereka.

Susulan dakwaan Tiong, SPRM berkata ia akan menyiasat dakwaan sedemikian.

Persatuan pelancongan sementara itu menyokong dakwaan Tiong, berkata mereka juga menerima banyak aduan daripada pelancong masuk

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi masa kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan ini. – 4 Julai, 2023.


SAPA EJEN

CHINA MERAH?

AMIN

KITA WAJIB

BANTU SPRM

AMIN

KHALAS

LUBUK DUIT



LUBUK DUIT

AMIN


Unknown commented on
 "PENDATANG HARAM
 DARI CHINA MERAH MAKIN RAMAI"

tanpa warga china, tanpa pelancong china maka bani melayu susah cari makan rasuah.waima kerani pun boleh pakai roll royce..ketika anwar g lawat klia, mesin byk rosak.adakah ini disbkan china yg jd pengarah imigresin?ketika anwar lawat klia, mana hilang ketua pengarah imigresen.seantero dunia melayu tahu, imigresen dan kastam ni lubuk duit rasuah.kerana bangsa melayu suka makan rasuah la semuan ini terjadi..teringat rasuah china perwaja steel..