Khamis, 20 Julai 2023

NASEHAT KANG KONG


Ahli politik diseru elak ceramah bangkitkan kemarahan, kebencian

PIHAK yang berkempen dan menyampaikan ceramah politik diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan kemarahan individu lain.

Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata kenyataan dalam ceramah mereka juga perlulah berdasarkan fakta dan data.

“Rakyat semakin peka untuk menilai manakah parti yang matang dan jujur, dan manakah parti yang suka berbohong dan fitnah.

“Jadi pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ini wajar menjadi pengajaran kepada semua.

“Soal salah atau tidak itu akan diputuskan oleh mahkamah, namun semua pihak dari semua parti perlu lebih peka dan berhati-hati dalam musim kehangatan pilihan raya ini,” katanya.

Beliau berkata semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya juga perlu berhati-hati agar tidak menjalankan kempen yang berbentuk mencipta kebencian dan permusuhan serta menimbulkan perkara sensitif sehingga boleh mencetuskan perbalahan.

“Persaingan politik sepatutnya berlaku secara sihat dengan masing-masing menawarkan barisan kepimpinan terbaik dan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.

“Memang isu 3R (agama, raja dan kaum) sebahagiannya sensitif… penjelasan yang dibuat itu perlulah berfakta, tepat dan tiada unsur hasutan dan fitnah,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kerajaan, Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa COLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Noor Farihah Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara sememangnya dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun ada batasnya.

“Ucapan yang dibenarkan perlu berbentuk membina dan dilaksanakan untuk tujuan dan matlamat yang betul, demi keadilan dan kebenaran serta kepentingan negara dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata ahli politik dan orang awam perlu lebih peka dan mempunyai tanggungjawab menyampaikan idea dan pandangan yang bijak dan bernas, serta tidak berbaur provokasi sehingga boleh menimbulkan ketegangan mana-mana pihak.  

“Bagi orang awam pula mereka perlu pandai menapis ucapan yang diberi supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik dan tepat, bukan atas dasar emosi.

“Mereka juga perlu bijak dan kritikal dalam menilai ucapan yang disampaikan oleh ahli politik agar tidak terikut-ikut dengan sentimen yang tidak sihat,” katanya.

Selasa lepas, Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik. – BERNAMA

WOIT

KANG KONG

NI INGAT POLITIKUS

MACAM LEBAI

KAH  KAH KAH

KERJA POLITIKUS

IALAH SUMPAH

SERANAH

TIBAI MENIBAI

KUTUK MENGUTUK

TIPU MENIPU

KAH KAH KAH

SALAH BENAR

BELAKANG KIRA

KAH KAH KAH

KERANA ITU

POLITIKUS TAK

JAGA SURAU

KUIL GEREJA

ATAU JADI SAMI

KECUALI 

SAMI VELU

KAH KAH KAH

KHALAS

BEBASKAN KETUM DAR PENJARA BAGINDA QUEEN


Polis tahan 4 lelaki, madrasah tahfiz jadi pusat simpan 100kg ketum


POLIS Kelantan menahan empat lelaki dan merampas pil yaba serta ketum di dua lokasi termasuk di sebuah madrasah tahfiz di Batu 11, Ketereh yang disyaki menjadi tempat simpanan 100 kilogram (kg) ketum, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata dalam serbuan pada 9.15 malam, Selasa lalu (18 Julai), 10 bungkus plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum ditemukan di madrasah tahfiz tersebut, iaitu lokasi kedua serbuan, pada hari sama.

“Serbuan ke madrasah tahfiz adalah dipandu arah oleh empat suspek terbabit berusia 20-an, yang ditahan pada serbuan pertama di sebuah rumah di Jalan Tali Air Kampung But, Ketereh, pada kira-kira 9 malam,” katanya dalam kenyataan, di Kota Bharu.

Katanya siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.


Muhamad Zaki berkata dalam serbuan pertama, polis merampas 20 bungkusan plastik berisi kira-kira 20 liter cecair ketum, empat bungkusan plastik berisi daun hijau disyaki ketum dianggarkan seberat 40kg.

“Pemeriksaan lanjut di sekitarnya turut menemukan satu kotak rokok disyaki berisi pil kuda, selain satu periuk besar berisi air rebusan ketum dianggarkan sebanyak 10 liter, dua tong gas dan sebuah dapur gas yang turut dirampas.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4,522 dan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas kesemua suspek berakhir 22 Julai ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 19 Julai, 2023.


MASA DAH

SAMPAI UNTUK

BEBASKAN KETUM

DARI PENJARA

BAGINDA QUEEN

AMIN

QUEEN DAH MATI

AKTA TAHUN 1952

MASIH BERJALAN

AMIN

AKTA INI DIBUAT

UNTUK LARANG

PERUBATAN MELAYU

DAN BELI  UBAT

MAT SALLEH

AMIN

JANGAN TERUS

DI TIPU

KHALAS

PAK LEBAI NAIK MINYAK


PAK LEBAI

NAK MINYAK

AMIN

MUHYIDIN PUN SAMA


MUHYIDIN

PUN SAMA

KHALAS

Unknown commented on
 "MUHYIDIN DARI MANA ?"

Time Abah, Hamzah KDN tangkap brp orang termasuk Pak Cik tua warga emas kerana menganjing Sanusi. Dah jelas Abah guna Polis kerana takut terbongkar dia tiada majoriti. Terbukti Abah tekan suara majoriti guna Polis.

SILA JUMPA HADI


SILA JUMPA

HADI

AMIN


Unknown commented on 
"BANGLA TURUN
 KE JALAN. RAYA"

Dunia semakin kacau, alam semulajadi sudah mula kacau, manusia lagi tambah kacau, semua akan berlaku tanpa rela, semua sampai hujung, sesama manusia hilang sifat manusia baik, siapa nak tiket teruskan jumpa Hadi The Greatest kah kah kah

PIALA DUNIA


PIALA DUNIA


KHAMIS 20 JULAI 2023
HEBOH PASAL SANUSI 
MASIH BELUM REDA
DARI LAPORAN BERITA
ADA SATU LAGI KES
KES REE
APA REE INI ?
JENG JENG JENG

KALAU DI KELANTAN
SANUSI INI DI ANGGAP GEDEBE
KALAU DI SELANGOR
SANUSI DI ANGGAP KAKI BUSUK
TAPI DI KEDAH
SANUSI ADALAH WIRA
KAH KAH KAH

PIALA BOLA SEPAK DUNIA WANITA
DI AUSTRALIA
DI NEW ZEALAND
BERMULA  HARI INI SERENTAK 
20 JULAI 2023 
HINGGA
20 OGOS 2023

BOLA SEPAK WANITA INI
MAKIN GAH MAKIN HEBAT
MAKIN BESAR
MAKIN BERKEMBANG

UKRAINE
JAMBATAN ANTARA RUSIA
DAN CRIMEA DI BEDIL
RUSIA BALAS KEMBALI
BEDIL PELABUHAN ODESA
KAPAL GANDUM JADI MANGSA
INI AKAN. MENAIKKAN LAGI
HARGA ROTI CANAI
KAH KAH KAH

SIAM
BAKAL CALON PM
PARTI YANG RAMAI YB
KINI DI SINGKIR DARI PARLIEMN
KAH KAH KAH

JIKA PENYOKONG 
 TURUN  KE JALAN RAYA
MAKA INI PELUANG UNTUK ASKAR
AMBIL ALIH KUASA
KAH KAH KAH

AMERIKA
TRUMP DI SIASAT
KERANA TERLIBAT DALAM
USAHA RAMPAS KUASA
20 JANUARI 2020

SEBENARNYA DEEP STATE
NAK NAFIKAN TRUMP BERTANDING
KALAU TRUMP  BERTANDING 
TRUMP AKAN MENANG
DAN
TRUMP AKAN TAMATKAN
PERANG UKRAINE
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK BASAH
LOPAK AIR DI JALAN
KL & KL SENTRAL BERKABUS

LANGIT MENDUNG
MATA  HARI TAK BERCAYA 
ARAH SUNGAI BESI LANGIT
AGAK CERAH
ARAH SHAH ALAM
AWAM HITAM PENUH AIR

SAEKOR GAGAK MENDAYU SEDIH
DI TINGGAL KUMLUPAN
JANTAN BERRKOKOK
ARAH ISTANA LAMA
TIONG TERBANG RENDAH
MENANGAP ULAT BASAH

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
MUNGKIN SEKALI LAGI
HUJAN PETANG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SENYUM 
KITA  SAMBUT KHAMIS
YANG MULIA

BRO
ADA TONG DARI   BESI
WALAU DI RENDAM TIDAK PUDAR
AMAT BERUNTUNG JADI  SANUSI
DI TANGKAP POLIS JADI POPULAR

SELAMAT
MENONTON PIALA DUNIA