Ahad, 23 Julai 2023

GREECE TERBAKAR


Ribuan dipindahkan akibat kebakaran hutan di Greece


KIRA-KIRA 30,000 orang dipindahkan ke tempat selamat di pulau Rhodes di Greece apabila sebahagian besar hutan terbakar di kawasan itu.

Jutaan penduduk di selatan Amerika Syarikat berdepan gelombang panas apabila merekodkan cuaca paling panas sepanjang minggu bagi Julai dalam tempoh 50 tahun, dengan suhu melonjak melebihi 40 darjah Celsius.

Beberapa pakar berpandangan suhu panas itu akibat perubahan iklim yang berpunca daripada pembakaran bahan api fosil, dan menyifatkan pemanasan global memainkan peranan penting dalam cuaca melampau itu.

Di pulau Mediterranean, Rhodes, di mana kebakaran hutan berlaku selama berhari-hari, bot membawa 2,000 orang ke tempat selamat dari pantai di timur pulau pelancongan popular itu.

Tiga kapal pengawal pantai mengetuai lebih 30 kapal persendirian dalam pemindahan kecemasan, manakala sebuah bot tentera laut Greece sedang menuju ke kawasan itu.

Di tempat lain puluhan bas membawa orang ramai ke tempat yang selamat manakala yang lain terpaksa berjalan kaki apabila kebakaran menyebabkan jalan terputus perhubungan.

Sejak amaran pemindahan dibunyikan pada awal petang, pelancong menuju ke pantai bagi menyelamatkan diri.

Orang ramai dibawa ke gimnasium, sekolah dan pusat persidangan hotel di pulau itu untuk bermalam sementara anggota bomba memadamkan kebakaran.

Usaha memadamkan api berterusan dibuat di kawasan Laermon dan Lardos apabila ia marak di luar kawalan.

Dalam tempoh 11 hari Greece sedang berusaha memadamkan kebakaran di puluhan hutan apabila gelombang haba yang menyaksikan suhu meningkat melebihi 40 Celsius. Ia boleh menjadi musim panas terpanjang yang pernah berlaku di negara berkenaan. – AFP, 23 Julai, 2023.

IKLIM DUNIA

BERUBAH

AMIN

LAGI 3 TAHUN

KALAU MANUSIA

TAK DAPAT HALANG

KENAIKAN SUHU

MAKA KITA TAKDA

JALAN PULANG

AMIN

UMAT NANUSIA

MENUJU NERAKA

KHALAS

HAPUSKAN UMNO


HAPUSKAN

UMNO 

AMIN


Rank&File commented on
 "BENAMKAN UMNO"

UMNO sekarang macam peluru berpandu permukaan keudara seawolf TLDM yang akan self-destruct setelah tak kena sasaran.The writing is on the wall cumanya maharaja dan hulubalang UMNO masih macam tiga ekor beruk yang ada mata tapi tak nampak ada telinga tapi tak dengar ada mulut tapi terkunci.

HORMAT UNTUK YANG BERANI


HORMAT UNTUK

YANG BERANI

AMIN



Amier The Hero commented on
 "SALUT UNTUK SITI KASIM"

Den pun tabik dgn siti kassim ni. Biar la netizen nak kutuk dio apo pun, den tetap tabik dgn dio. Wanita yg berani hanyo utk lelaki yg lantang mcm TT ajo. Apo laie TT, deduo single. Dari lopehkan kat kipidap, baik TT jodohkan dgn TT ajo


SELAMAT BERAHAD

 


KITA BERAHAD


AHAD 23 JULAI 2023
HEBOH SEDUNIA
PASAL KONSERT JANTAN BERCIUM
KAH KAH KAH

MEDIA DUNIA HEBOH
KAH KAH KAH
BAND INI JADI POPULAR
NAK PROMOSI DIRI
BIJAK CARI TEMPAT
KAH KAH KAH

KEMPEN SEDANG BERJALAN
SANA SINI ADA CERAMAH
ADA RAMAI 
ADA TAK RAMAI

SEPERTI BIASA
CERAMAH PEMBANGKANG
JADI HOT LAGI RAMAI
TAPI  APAKAH BOLEH JADI UNDI
KAH KAH KAH

UKRAINE
RUSIA TERUS BOM
PERLABUHAN ODESA
INI BERAT
CEKIK GANDUM DUNIA

GREECE
PANAS LEBIH 40 DARJAH SELSIUS
HUTAN TERBAKAR
MELARAT KE PEKAN
30,000 WARGA LARI
UNTUK DI SELAMATKAN

CANADA
LEPAS PANAS 
LEPAS HUTAN TERBAKAR
HUJAN TURUN AMAT LEBAT
REKOD HUJAN  LEBAT
40 TAHUN PECAH
BANYAK RUMAH DI SAPU AIR

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR SEJUK
HUJAN PETANG KELMARIN
KL & KL SENTRAL BERKABUS

MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
JANTAN BERKOKOK
GUA DENGAR TEMPUA 
RAMAI BERBISIK BISIK
BERGOTONG ROYONG
BUAT BAGLO 
ATAS POHON SAWIT

SEKUMPULAN PIPIT
BERTERBANG MENCARI BIJIRIN
ADA KAWASAN HOKKIEN
AUMPUT SEDANG DI POTONG
DENGAM MESIN RUMPUT

INI PROJEK
NAK JADIKAN HOKKIEN
WILAYAH LIPUR
UNTUK BERJOGGING
UNTUK BERJALAN
UNTUK BERBASIKAL
UNTUK BERANJING

GUA HARAP HARI INI
AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
KELMARIN GUA KE KUATAN
ADA KENDURI KAWIN

PULANG DARI KENDURI
SINGGAH DI MENTAKAP
SEMPAT BERHARIMAU
SEMPAT BERBULL DOG
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
AHAD YANG INDAH

WANGI BUNGA HARUM  SEKUNTUM
DI TIMPA PANAS LALULAH MATI
KOSERT MUSIK JANTAN BERCIUM
DI MANA MANA ADA LGBT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
AHAD YANG PERMAI

Sabtu, 22 Julai 2023

BERKEMPEN JANGAN GUNA KAUM & AGAMA


JANGAN BERKEMPEN

GUNA KAUM

GUNA AGAMA

KHALAS

SALUT UNTUK SITI KASIM


Tidak goyah ancaman bom, Siti Kasim tetap ke Kelantan

PEGUAM dan aktivis Orang Asli Siti Kasim berikrar untuk meneruskan kerjanya dan pergi ke Kelantan untuk kes melibatkan komuniti itu pada Isnin, walaupun terdapat cubaan membunuhnya.

Dalam video strim langsung, Siti berkata terkejut dan bimbang selepas penemuan bom di bawah kenderaannya tetapi akan meneruskan kerjanya.

“Saya akan tetap pergi, tiada apa yang akan menghalang saya. Saya perlu berada di sana, saya perlu bersama rakan Orang Asli untuk menyokong dan membantu mereka,” katanya dalam video itu.

Kes itu membabitkan keluarga tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang dari sekolah berasrama di SK Pos Tohoi, Gua Musang pada 23 Ogos 2015, yang memfailkan saman terhadap kerajaan dan lapan pegawai awam kerana cuai.

Empat daripada kanak-kanak itu meninggal dunia sebelum mereka ditemui.

Siti akan menjadi saksi pertama kes itu dalam perbicaraan empat hari yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Polis semalam mengesahkan dua botol berisi wayar yang ditemui di bawah kereta Siti adalah alat letupan termampat (IED).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, skuad bom berjaya melupuskan kedua-dua botol dipercayai IED itu.

Beliau berkata pakar akan menganalisis kandungan botol tersebut.

“Kami akan menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada peranti itu aktif atau tidak,” katanya.

Amihizam berkata polis tidak mengambil kenyataan Siti.

“Setakat ini polis belum mengambil keterangan wanita terbabit namun secara lisan dia memberitahu tiada musuh.

“Bagaimanapun, kami akan menyiasat,” katanya. – 22 Julai, 2023

SALUT UNTUK

SITI KASIM

AMIN

SALUT UNTUK

ORANG BERANI

AMIN

BILA MUSUH

MENYERANG KITA

MAKNANYA APA

YANG KITA

LAKUKAN 

MENYENGAT

AMIN

BILA MUSUH

TAK AMBIL POT

ERTINYA

APA YANG KITA

BUAT ADALAH

SIA SIA SAJA

KHALAS