Jumaat, 4 Ogos 2023

PROJEK HALANG TRUMP

 



Trump mengaku tidak bersalah pertuduhan ubah keputusan pilihan raya

BEKAS presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengaku tidak bersalah semalam atas pertuduhan jenayah berkonspirasi untuk mengubah keputusan pilihan raya 2020 dan menipu rakyat republik itu.

Trump yang mendahului persaingan menjadi calon presiden AS parti Republikan 2024, membuat pengakuan itu ketika pendengaran pertuduhan selama 30 minit di sebuah mahkamah di Washington.

“Tidak bersalah,” kata Trump selepas Hakim Majistret Moxila Upadhyaya membaca empat pertuduhan jenayah setebal 45 muka surat yang membawa hukuman penjara maksimum, dengan pihak pendakwa raya diketuai peguam pembela khas Jack Smith.

Smith yang juga bekas pendakwa raya bagi jenayah perang di Hague, mendakwa Trump berkonspirasi menipu AS, berkonspirasi dan menghalang prosiding rasmi dan cuba melucutkan hak pengundi dengan tuduhan palsu beliau memenangi pilihan raya.

“Tujuan konspirasi itu adalah untuk mengubah keputusan yang absah pada pilihan raya presiden 2020 dengan secara sedar menggunakan dakwaan palsu bagi menipu keputusan pilihan raya,” jelas pertuduhan itu.

Smith mengaitkan tindakan Trump selepas kekalahannya secara langsung dengan serangan di Capitol, yang disifatkan sebagai “serangan julung kali terhadap demokrasi AS”.

Hakim kemudian menetapkan tarikh pendengaran seterusnya pada 28 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Daerah AS, Tanya Chutkan, yang akan mendengar perbicaraan penuh nanti.

“Saya memberi jaminan kepada semua pihak bahawa proses dan perbicaraan yang adil akan dilaksanakan,” kata Upadhyaya.

Sebelum ini, jutawan berusia 77 tahun itu dikenakan pertuduhan bagi dua kes jenayah berbeza, dan pertuduhan konspirasi terbaharu itu dijangka menyebabkan beliau bergelut dengan perbicaraan ketika kemuncak kempen pilihan raya tahun depan.

Terdahulu, ketika bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Nasional Reagan sebelum berlepas ke Washington menaiki pesawat peribadinya, Trump menyifatkan kes itu sebagai “pertuduhan politik”.

“Ini adalah hari yang sedih bagi AS. Ini adalah pertuduhan terhadap individu yang mendahului calon Republikan dan Presiden AS Joe Biden dengan jumlah yang amat besar.

“Jadi jika mereka tidak boleh kalahkan saya, mereka kenakan tuduhan jenayah pada saya. Kita tidak boleh benarkan ini berlaku di AS,” katanya.

Pendakwaan terhadap Trump serta enam lagi individu tidak dinamakan berkomplot untuk mengubah keputusan pilihan raya 2020, adalah kes paling serius yang mengancam usahanya untuk kembali ke White House. – AFP, 4 Ogos, 2023.

INI PROJEK

NAK HALANG

TRUMP 

BERTANDING

AMIN

TRUMP CALON

PALING POPULAR

PILIHAN RAKYAT

AMERIKA

AMIN

TRUMP TAK

SOKONG NATO

TAK MINAT PERANG

DENGAN RUSIA

AMIN

TRUMPS MAHU

MENIAGA

KHALAS

TANPA ZAHID TAKDA KERAJAAN PMX


TANPA ZAHID

KERJAAN PMX

TAK WUJUD

AMIN


Unknown commented on 
"ZAHID DAN RASUAH"

Kalau Zahid tak ada, Perpaduan Madani tak ada, kena faham betul betul, masa agong minta Mahiaddin kerjasama dia tak mahu terang benderang DERHAKA kah kah kah, dah lama kisah DERHAKA ini, ingat masa PAS kena buang di Perak masa era Bossku, sama jugak, kalau mereka perlu pingat sembah cium tangan agong, bila tidak untung untuk diri sanggup DERHAKA kah kah kah perangai molek sebagai pembangkang, sebab tahu dah sapu bersih masa darurat kah kah kah bukan apa semua perjuang bangsa agama negara kah kah kah

CHINA. MERAH CURI NADIR BUMI DI KEDAH


CHINA MERAH

CURI NADIR BUMI

DI KEDAH ?

AMIN

DUIT ZAHID




DUIT ZAHID

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"ZAHID DAN RASUAH"

Tiba tiba nak pisah nak cerai nak talak dengan rasuah mana boleh? Tetiba jadi baik? Susah sukar tahu tak? Berapa lama amalan ini berlanjutan? 10, 20, 30, 40, 50 tahun? Kah kah kah siapa Mula dahulu? Beri atau menerima? Duit Kopi Mula siapa bagi duit Kopi? Kemudian Budaya mintak jadi kemudian Budaya komisen projek susah woit susah amat nak kembali ke pangkal jalan, kena pancung kena gantung oooppss hukum mati dah tak ada pulak kah kah kah

MEE GORENG NAIK HARGA


MEE GORENG

NAIK HARGA

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"MENCARI GANTI
 MENU RAHMAH"

Semalam tempat gwa, mee goreng Pasar Malam yg biasa di jual RM4 sebungkus naik RM6 .. jadi menu Rohmah kepala bapak apa lagi yg tinggal .. kahkahkah ..

LAGI TUJUH HARI


LAGI 7 HARI

JUMAAT 4 OGOS 2023
LAGI 7 HARI  WARGA DI 6 NEGERI
AKAN TURUN MENGUNDI
MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA

PERIKATAN KATA
INI REFERENDUM UNTUK KERAJAAN
PENG ANAL KATA
INI HIDUP MATI GEROMBOLAN
MASA DEPAN ZAHID
JADI TARUHAN

AMERIKA
TRUMP MENGAKU TIDAK BERSALAH
4 TUDUHAN DALAM KES 
KEPUTUSAN PILIHAN PRESIDEN 2021
DI BENAR IKAT JAMIN
TAK BOLEH KOMEN KES

DI LUAR MAHKAMAH
TRUMP BERUCAP
DIA MASIH LAGI
PILIHAN TERATAS PARTI REPUBLIKAN
KALAU BERTANDING LAWAN BIDEN
TRUMP AKAN MENANG
KERANA ITU DAULAH TERPENDAM
DAN KELAS ELIT BUAT KES
HALANG  TRUMP BERTANDING

JIKA TRUMP MENANG
PERANG UKRAINE
BOLEH DI TAMATKAN
NATO DI KOCIKAN
AMIN

INDIA
HARGA TALIPON BIMBIT NAIK
KERANA KERAJAAN BATAL
IMPOT  TELIPON
PAKAI MADE IN INDIA

SINGAPURA
DALAM SEMINGGU INI
3 ORANG TELAH
MATI DI GANTUNG

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

MATA HARI TAK KELUAR
TAPI BULAN KELIHATAN JELAS
DI ATAS BUMBUNG LA CHATEAU

HOKKIEN TAK BISING PAGI INI
SEPERTI BIASA
TERKUKUR YANG BERSUARA

HARI INI
AKAN PANAS
JIKA BERANGIN KUAT
PASTI ENAK
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
SEBELUM SABTU

BRO
SARANG BUKAN SEBARANG SARANG
SARANG  PAK LEBAI HUTAN  PERIA
PERANG BUKAN SEBARANG PERANG
PERANG TIBAI LONDEH  RAHSIA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT