Selasa, 29 Ogos 2023

LAWAN JANGAN TAK LAWAN !!!


Penduduk Rawang bantah projek insinerator, mahu MB Selangor campur tangan

PENDUDUK Rawang membantah cadangan projek pembinaan insinerator di kawasan perumahan mereka atas faktor kesihatan, selain ia boleh mencemar alam sekitar.

Cadangan pembinaan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah bernilai RM4.5 juta itu mendapat bantahan penduduk di Batu Arang, M Residence, Kota Puteri dan Bandar Tasik Puteri, dan memohon campur tangan Menteri Besar Selangor Aminudin Shari supaya projek itu dihentikan.

Jurucakap Rawang Tolak Insinerator (RTI) Abdul Hanan Abd Mokti berkata mereka dimaklumkan mengenai projek berkenaan pada Julai lalu oleh penduduk yang dijemput ke sesi taklimat bersama pemaju.

“Pemaju jalankan sesi libat urus membabitkan 17 pihak pada awal bulan lepas.

“Cuma wakil daripada dua kawasan perumahan yang dijemput sedangkan di sini ada banyak kawasan perumahan, jadi kami hanya dapat maklumat daripada mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut Abdul Hanan, projek melibatkan kawasan seluas 245 ekar akan dibangunkan oleh Kelab Darul Ehsan Bhd (KDEB) Waste Management dan YTL Power International Bhd.

“Projek ini masih di peringkat cadangan, di mana pemaju sedang menyediakan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

“Kami tidak tahu bila laporan itu akan diserahkan (kepada kerajaan negeri),” jelas beliau.


Memudaratkan alam sekitar dan kesihatan

Mengikut cadangan pemaju, insinerator yang dicadang dibina itu akan diselia dengan ketat dari segi pelepasan gas serta pelupusan abu bawah (bottom ash) abu terbang (fly ash), kata Abdul Hanan.

“Bagaimanapun apa yang kami bimbangkan ialah budaya penyelenggaraan dan pematuhan (oleh pemaju).

“Sekiranya indeks prestasi utama (KPI) dan fungsi kawalan tidak dikuatkuasakan dengan ketat, dikhuatiri akan menyebabkan masalah pelepasan gas dan kawalan bahan buangan,” katanya.

Tambah beliau, kebimbangan penduduk itu wajar diberi perhatian kerana abu terbang mengandungi bahan kimia berbahaya.

“Kesan lain yang kita bimbangkan ialah kemungkinan terdapat bahan larut lesap daripada insinerator dan pengumpulan sampah.

“Ini boleh mencemarkan air tanah (ground water) dan sungai.

“Insinerator juga akan dibina di sebelah tasik yang mana berisiko tinggi untuk berlaku pencemaran,” jelas Abdul Hanan.

Selain itu katanya, insinerator yang dicadangkan itu akan memproses 2,400 tan sisa sehari, bermakna sebanyak 120 buah lori dari seluruh Selangor akan keluar masuk setiap hari.

“Ini juga akan menjejaskan nilai hartanah kami. Perumahan yang paling hampir dengan insinerator ialah Batu Arang yang mempunyai kira-kira 5,000 penduduk; diikuti Bandar Tasik Puteri (120,000) dan Bandar Country Homes (150,000); yang kesemuanya terletak dalam radius 5km dari insinerator.

“Ada juga rumah yang terletak kira-kira 500m dari tapak projek, jadi sebab itulah penduduk membantah projek ini,” ujar Abdul Hanan. – 29 Ogos 2023.

BANTAH JANGAN

TAK BANTAH

AMIN

LAWAN JANGAN

TAK LAWAN

AMIN

JIKA DEGIL

DEMO JANGAN

TKA DEMO

KHALAS

ISMAIL SABRI DAN BAHASA MELAYU


Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu


BANGKOK: Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand, pada Isnin secara rasmi menubuhkan Kursi Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.

Pejabat bekas Perdana Menteri itu, dalam kenyataan memaklumkan, penubuhan kursi itu diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis, di sini, pada Isnin

"Kursi itu secara khusus untuk memperkenal dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

Sementara itu, Ismail Sabri, bekas Perdana Menteri , mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.

Beliau berharap penubuhan Kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara berkenaan.

"Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara.

"Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN," katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut.
-- BERNAMA

NAMPAKNYA

MAIL SABRI

MAKIN SERIOUS

DLM HAL BAHASA

AMIN

MAHU BAHASA

MELAYU JADI

BAHASA ASEAN

AMIN

KERJA BAIK INI

WAJIB DISOKONG

KHALAS

MENTERI KDN DI FITNAH


SOKONG RAFIZI

PDRM WAJIB SIASAT

FITNAH PAS 

TERHADAP 

MENTERI KDN

KHALAS

DALAM MASA YANG

SAMA MENTERI KDN

WAJIB JELASKAN

APA JADI

DENGAN 1.2 JUTA

WARGA CHINA MERAH

YANG HILANG LESAP

DI TANAH MELAYU

KHALAS 

LAWAN KERAJAAN DI LIHAT COOL


ANAK MUDA

JADI COOL LAWAN

KERAJAAN

KHALAS


Unknown commented on
 "ANAK MUDA SOKONG PN"
Madanon nak lurus betul ikut garisan, anak muda tak suka garisan lurus, polis tentera tak suka garisan lurus? Siapa betul siapa salah? Banding tengok zaman reformasi dengan sekarang? Anak muda manja sangat, stylo milo nak Starbuck nak KFC nak cool nak lepak nak free semua ibu bapa tanggung sampai master kah kah kah 

bukan zaman dulu susah kena kerja kena cari duit belajar sekarang semua nak duduk air conditioner tak mahu peluh tak mahu susah mahu I phone mahu app kah kah kah siapa menang app menang orang muda kah kah kah

madanon kacau hidup cari makan kacau sini kacau sana hidup susah hutang banyak kah kah kah semua nak brim nak top up free nak semua free tanpa usaha kah kah kah




 

PENJAWAT AWAM SOKONG PERIKATAN


PENJAWAT AWAM

SOKONG

 PERIKATAN

KHALAS 

Unknown commented on
 "PENJAWAT AWAM 
TAK SOKONG MADANI"

Putrajaya tu semua gomen. Tapi PH Anwar kalah. Terang awal2 lah mmg awal2 lg staf gomen tak mau kat depa. Hahahaha

KEMPEN BERMULA



KEMPEN

 MENGHANGAT


SELASA 29 OGOS 2023
KEMPEN PRK PULAI & JERAM
MAKIN HANGAT

HADI DI PANGGIL POLIS
KERANA ADA HAL CAKAP
DALAM KEMPEN
KAH KAH KAH

MADANON NI TAK SEDAR
SAPA DI PANGGIL POLIS
AKAN DILIHAT SEBAGAI HERO
NUSI DI PANGGIL POLIS
NUSI JADI HERO
HADI DI PANGGIL POLIS
HADI JADI HERO
DULU ANWAR DI PANGGIL POLIS
ANWAR JADI HERO

DI PANGGIL POLIS
ERTINYA MELAWAN
MELAWAN ADALAH COOL
DUDUK  TAK MELAWAN
DI PANGGIL POYO
AMIN

AMERIKA
TARIKH TRUMP MULA BICARA
SELASA 4 MAR 2024
INI KERJA JAHAT DEEP STATE
HARI INI HARI SUPER TUESDAY
HARI DEBAT PEMILIHAN CALON
PARTI REPUBLIKAN
INI  SABOTAJ

PADA SAAT INI
SEMUA  DI AMERIKA BERPENDAPAT
2024   SEKALI LAGI
TRUMP AKAN BERLAWAN
DENGAN BIDEN

JEPUN
MELANCARKAN ROKET
H TWO A
JUGA KE BULAN

LONDON
LAPANGAN TERBANG HEATHROW
TERGANGGU
KOMPUTER SILAP
BANYAK PENERBANGAN
DI BATAL

SYRIA
WARGA TERUS BERDEMO
MENUNTUT BASHIR
BERUNDUR

HOKKIEN
PAGI INI  INDAH PERMAI
BASAH SEGAR
LANGIT BIRU TERBENTANG
MATA  HARI DAH KELUAR
CAHAYA  BERSINAR CERAH

PERCIKAN CAHAYA MATA HARI
DI LIHAT DI KLCC DAN 118

CENGKERIK BERSIMPONI
TIONG BERSUARA RAMAI
DARI JAUH TERKUKUKUR BERLAGU
CHIP CHIP CHIP
SUARA DARI BELUKAR

HARI INI
GUA RASA AKAN PANAS
DAN MUNGKIN
HUJAN PETANG
MENJADIKAN MALAM 
BERCUACA INDAH

BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT 
SELASA YANG BIASA

BRO
KEBENCIAN ADALAH SEPERTI
MEMINUM RACUN
DENGAN HARAPAN MUSUH
AKAN TERBUNUH

BRO
PENCERAHAN ADALAH
SENJATA PALING AMPUH
UNTUK MENGUBAH DUNIA

BRO
PILIH KAWAN YANG
MEMILIKI PANDANGAN TERBUKA
LU DAPAT MELIHAT DARI
BANYAK SUDUT

BRO
ORANG  BERANI
BUKAN TAK PERNAH TAKUT
TAPI DIA BERJAYA
MENAKLOK TAKUT

BRO
TIDAK CUKUP
UNTUK MEMBEBASKAN
DIRI SENDIRI
ORANG LAIN JUGA
WAJIB DIBEBASKAN

BRO
PIMPIN DARI BELAKANG
BIARKAN ORANG LAIN PERCAYA
MEREKA BERADA DI DEPAN

BRO
GUNAKAN WAKTU
DENGAN BIJAKSANA
WAKTU SENTIASA BERSEDIA
UNTUK LU BERBUAT BAIK
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT  BERSELASA