Jumaat, 22 September 2023

KES MAT YAKIN


KES

MAT YAKIN

AMIN

Hakimi Abdul Jabar commented on
 "AMPERA - AMANAH PENDERITAAN RAKYAT"

SAIFUL DILIWAT & AIR MANI PM ANWAR DILETUS KE DALAM BONTOTNYA

Profil DNA "Lelaki Y" yang terdapat dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik PM Anwar Ibrahim, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/02/10/dna-lelaki-y-milik-anwar


DNA 'Lelaki Y' Dalam Rektum Saiful Milik Anwar - Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA: Profil DNA "Lelaki Y" yang terdapat dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan, Selasa.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, keterangan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA Lelaki Y yang dihasilkan daripada ekstrak air mani daripada rektum Mohd Saiful adalah sepadan dengan profil yang dihasilkan daripada berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral yang diambil dari lokap yang dihuni Anwar.

Mahkamah Persekutuan, Selasa menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi, dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful pada 26 Jun, 2008.

Hakim Arifin berkata dengan mengambil kira keterangan lain, tidak dapat dipertikaikan bahawa sampel yang diperiksa Nor Aidora adalah daripada barangan yang hanya digunakan oleh Anwar.

"Dengan ini tidak dapat dipertikaikan bahawa profil Lelaki Y yang dihasilkan dan dianalisis oleh kedua-dua ahli kimia tidak lain dan tidak bukan adalah milik perayu," katanya.

Hakim Arifin berkata berdasarkan pangkalan data DNA populasi rakyat Malaysia, terdapat kebarangkalian amat tinggi bahawa DNA Lelaki Y adalah milik individu yang sama.

Dengan ini, mahkamah memutuskan bahawa keterangan DNA Lelaki Y menyokong keterangan terhadap elemen penetrasi zakar oleh Anwar.

Mahkamah juga memutuskan bahawa keterangan dua ahli kimia itu terletak di bawah pendapat pakar dan panel tidak berasa sangsi bahawa mereka adalah pakar dan Anwar telah gagal untuk mempertikaikan kepakaran mereka.

"Tiada apa-apa yang jelas tidak munasabah berhubung keterangan PW5 (saksi kelima pihak pendakwaan Dr Seah) dan PW6 (Nor Aidora)," katanya.

Panel juga mendapati pengambilan barang bukti atau eksibit yang digunakan Anwar semasa beliau berada dalam lokap tidak melanggar mana-mana peraturan ataupun ia melanggar hak perlembagaan Anwar untuk perbicaraan yang adil.

Hakim Arifin berkata Anwar ditahan di lokap mengikut undang-undang dan pengambilan barang oleh pasukan forensik adalah menggunakan kaedah penyiasatan polis yang adil dan mengikut undang-undang.

Berhubung DNA yang disokong oleh keterangan, beliau berkata berdasarkan keterangan Dr Seah bahawa, dari segi logik, jika sperma dikesan dalam rektum  Mohd Saiful, dengan itu mesti berlaku penetrasi zakar, keterangan yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dirinya telah diliwat oleh Anwar.

"Sama ada dubur koyak atau lebam, pada pendapat kami bukanlah satu isu yang dapat mempertikaikan fakta bahawa Mohd Saiful telah diliwat," katanya.

Beliau berkata menurut tiga doktor kerajaan, ketiadaan kecederaan seumpama itu mungkin disebabkan oleh jarak masa sebelum menemui doktor berkenaan, bukan kerana tiada paksaan berlaku, dan pelincir telah digunakan.

"Penjelasan ini, pada pandangan kami, adalah munasabah dan kami menerimanya," kata Hakim Arifin.

Berhubung isu lain iaitu berlaku degradasi pada sampel, panel itu bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa adalah tidak betul dan mengelirukan untuk merumuskan bahawa hanya kerana berlaku degradasi, profil DNA yang dihasilkan tidak boleh dipercayai.

Hakim Arifin berkata dengan itu mahkamah tertinggi mendapati degradasi itu tidak mendatangkan kesan terhadap profil DNA dalam kes ini.

Ketua Hakim Negara juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa integriti sampel tidak tercemar seperti dihujahkan oleh pasukan pembelaan.

Beliau berkata Dr Seah, dalam keterangannya, mengesahkan beliau tidak mengesan yang pateri pada eksibit telah dibuka, dan dengan itu, panel mendapati tidak berlaku gangguan dalam rantaian penghantaran eksibit berkenaan.

"Cadangan peguam bela perayu bahawa keterangan DNA sengaja diada-adakan, adalah dengan itu tidak dapat dibuktikan," katanya.

Hakim Arifin berkata panel berpendapat hakim perbicaraan (mahkamah tinggi) terkhilaf dalam memutuskan 'kepastian 100 peratus' mengenai bukti bahawa kemungkinan sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful telah tercemar.

"Berhubung fakta kes ini, kami dapati bahawa kemungkinan integriti sampel diambil daripada Mohd Saiful telah tercemar sebelum sampai kepada ahli kimia adalah terpencil. Cadangan itu boleh ditolak dengan satu ayat, "sudah pasti ia mungkin, tetapi kebarangkalian yang amat kecil," kata Hakim.

Selain itu, Hakim Arifin berkata kenyataan pembelaan Anwar bahawa pertuduhan terhadapnya merupakan konspirasi politik kekal sebagai dakwaan yang tidak disokong oleh mana-mana saksi berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi memutuskan Mahkamah Rayuan telah menggunakan prinsip betul dalam menilai kenyataan perayu.

"Walaupun betul bahawa perayu berhak untuk memberikan keterangan, kenyataan itu bagaimanapun mestilah pembelaan yang berwibawa," katanya.

Tentang keterangan saksi pihak pembelaan, Dr Muhamed Osman Abdul Hamid dari  Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu, Hakim Arifin berkata panel bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan bercakap tidak benar.

"Ini menjelaskan kenapa pihak pendakwaan memilih untuk tidak memanggil beliau sebagai saksi mereka. Adalah sudah lapuk bahawa bidang kuasa untuk memanggil mana-mana saksi terletak dalam tangan pihak pendakwaan dan mahkamah tidak akan campur tangan dalam pelaksanaan bidang kuasa itu," katanya.

Mahkamah juga berkata saksi pihak pendakwaan Dr Jeyaindran a/l C.

Sinnadurai, yang memeriksa Anwar tiga minggu selepas kejadian itu, berkata  Anwar memberitahunya bahawa beliau mengadakan hubungan seks dengan isterinya seminggu sebelum kejadian itu.

Saksi itu juga berkata Anwar tidak mengadu yang beliau mengalami sakit belakang, dan daripada pemerhatiannya semasa pemeriksaan perubatan, pergerakan Anwar lancar dan tidak terjejas oleh sebarang kesakitan.

Hakim Arifin berkata berdasarkan keterangan itu, panel berpandangan bahawa pendapat saksi pakar pihak pembelaan, Dr Thomas Hoogland, bahawa Anwar tidak mampu melakukan aksi itu adalah langsung tidak berasas.

"Hasilnya kami memutuskan bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa beliau telah diliwat oleh perayu," katanya.



PERJUANGAN NELAYAN & PEKEBUN KECIL


Putrajaya perlu tangani isu pekebun kecil, nelayan, kata NGO

PUTRAJAYA mesti melihat kebajikan pekebun kecil, memastikan keselamatan makanan dan hak tanah mereka, yang telah menjadi isu, kata kumpulan masyarakat sivil Lawan Lapar.

Kumpulan yang bermula pada Disember 2022 itu bertujuan mempertahankan hak komuniti pengeluar makanan di negara ini seperti petani dan nelayan yang melakukan pengeluaran secara kecil-kecilan.

Mereka juga prihatin dengan nasib petani yang didakwa dihalau dari tanah mereka di Perak.

Pengasas bersama Lawan Lapar, Ian Yee dan Tharma Pillai berkata, jika kerajaan ingin memastikan jaminan bekalan makanan, maka mereka perlu meningkatkan produktiviti pertanian kerana usaha itu mesti bermula daripada pekebun dan nelayan kecil.

Tharma berkata ini adalah isu yang sangat penting yang memerlukan perhatian Parlimen dan penggubal undang-undang.

“Pertanian dan pengeluaran makanan perlu menjadi industri utama yang mesti dilindungi dan banyak dilaburkan.

“Bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat persekutuan mengenai penetapan undang-undang, infrastruktur dan penyelarasan dengan kerajaan negeri.

“Jika kita tidak mempertahankan hak petani dan nelayan, bagaimana mereka akan menghasilkan pengeluaran makanan jangka panjang yang mampan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 12 September lepas, petani Perak, Lawan Lapar dan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) berarak dari Tugu Negara ke Parlimen untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Mohamed Sabu dan seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri. Memorandum itu turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Tharma yang juga pengasas bersama Undi18 berkata apa yang mereka cadangkan dalam memorandum itu adalah untuk mempunyai lebih banyak tanah pertanian kekal untuk tanaman makanan.

“Kita mempunyai begitu banyak tanah untuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan lain-lain ladang penggunaan komersial yang tinggi, tetapi peratusan tanah yang sedikit untuk tanaman makanan seperti padi, buah-buahan dan lain-lain.

“Kini ada peluang untuk melihat krisis makanan dan pembaharuan jangka panjang dalam RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12).

“Terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah ini dan mengubah mekanisme dan sistem.”

Isu lain yang diketengahkan dalam memorandum itu adalah untuk kerajaan melaksanakan sistem baharu dan mengembangkan sistem semasa mewartakan tanah pengeluar makanan kekal.

Ini, kata mereka, adalah untuk memastikan sektor pertanian di Malaysia akan memiliki stok kekal tanah pertanian yang seterusnya memastikan keselamatan makanan Malaysia.

“Sistem sedemikian mesti dilaksanakan melalui pengambilan tanah negeri oleh kerajaan persekutuan.”

Lawan Lapar turut menggesa kerajaan memperbaharui undang-undang tanah sedia ada, khususnya memanjangkan tempoh maksimum lesen pendudukan sementara (TOL) daripada satu kepada lima tahun.– 22 September, 2023.

KUATKAN

PERSATUAN

AMIN

JIKA TAKDA

TUBUH PERSATUAN

AMIN

KUMPUL TENAGA

KUMPUL SUARA

AMIN

SUSUN BARIS

BANGUN BERJUANG

AMIN

INGAT PENANAM

GETAH DI BALING

DEMO 1974

KHALAS

APA ERTINYA BELAJAR BERRILMU


APA ERTINYA

BELAJAR BERILMU

AMIN

POLITIK - TIDAK ADA MUSUH TETAP


DALAM POLITIK

TIDAK ADA

MUSUH TETAP

AMIN

YANG TETAP

HANYA

KEBENARAN

KHALAS

Unknown commented on 
"HAL DEMO BOLEH SELESAI"

kepada PEMBELA dan ISMA , sila berjumpa dengan tok guru sakai isham rais utk menuntut dan menurunkan ilmu sakai mengatur demo.kata org2 tua, jaga2 sikit dgn sakai ni..dia pikirkan air mabok dia je.apapun tiada la salah utk mengolah persetujuan antara sakai dan PEMBELA ISMA demi menjatuhkan anwar..lepas anwar jatuh, korang bole g mabok kat langkawi dgn menaiki lrt dari jeti kedah..kahkahkah..




Unknown commented on
 "HAL DEMO BOLEH SELESAI"

ini terbaik..dulu isham rais tibai mat ISMA ni.kini , demi mengolah persetujuan utk menjatuhkan anwar, maka isham rais sokong mamat ISMA ni..bro, lu fikir mat ISMA ni bole diajak minum dom perignon semeja ke?cuba lagi bro..ramaikan kawan, kurangkan musuh dan lu bersatu demi mengolah persetujuan utk menjatuhkan anwar.lepas lu org menang, lu orang gaduh balik..ulang ulang sampai mampos

MAT YAKIN


MAT YAKIN

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "REFRORMATI
 BUKAN ANWAR MATI"

tak paham bahasa kot.. anwar reformist dah "mati" yang tinggal anwar mat yakin yang buat perkara itu.. kah kah ka

BERAS DAN PADI


BERAS HILANG


JUMAAT 22 SEPTEMBER 2023
HEBOH HAL BERAS
SANA SINI  BERITA
BERAS TEMPATAN ILANG

MENTERI JADI GELABAH
JANJI BERAS TEMPATAN
AKAN MUNCUL DALAM SEBULAN
INI BERITA BAIK
ATAU
BERITA  NAK BERI RAKYAT
JANGAN MARAH

APA PUN
KITA WAJIB BERLAKU ADIL
MASALAH BERAS INI
MASALAH DUNIA
KITA KELUAR 70% BERAS TEMPATAN
LAGI 30% KITA IMPOT
BERAS TEMPATAN MURAH

NEGARA PENJUAL BERAS
SEPERTI INDIA
SEPERTI BURMA
SEMUA TAK NAK JUAL BERAS 
INI KERANA PERANG UKRAINE
HARGA BAJA MAHAL
BAJA DARI RUSIA

DI INDIA
CUACA PALAT
PADI TAK JADI TAHUN INI
MAKA KERAJAAN LARANG
EKSPORT BERAS
KECUALI BASMATI YANG MAHAL

TAPI KEMANA ILANG
BERAS TEMPATAN 
JENG JENG JENG
ADA ORANG SOROK ?
JENG JENG JENG
MAT SABU ADA DENGAR CERITA INI
DIA MAHU BUKTI
KAH KAH KAH

KALAU MAT SABU
BUKAN MENTERI
PASTI DIA DAH JUMPA BUKTI
BILA JADI MENTERI
SUSAH NAK JUMPA BUKTI
KAH KAH KAH

AMERIKA
PERSIDANGAN BANGSA BERSATU
SEDANG  BERJALAN
AGENDA UTAMA
MALAPETAKA IKLIM

AMERIKA
ZALENSKY JUMPA BIDEN
MINTA KAPAL TERBANG
KAH KAH KAH
ANWAR IBRAHIM
TAK JUMPA BIDEN KE ?
KAH KAH KAH

LIBYA
BANTUAN SAMPAI
TAPI BANYAK MASALAH
ADA MASALAH POLITIK
ADA MASALAH TAKDA LETERIK

HOKKIEN
PAGI INI  SEJUK BASAH
BILA GUA  MASUK RINTIK RINTIK
MASIH ADA
LOPAK AIR DISANA SINI

KL & KL SENTRAL 
BERKABUS TEBAL
GUA TAK TAHU PAGI INI
JAM BERAPA HUJAN TURUN

BILA HOKKIEN BASAH
SEMUA UNGGAS SENYAP
YANG GUMBIRA HANYA CENKERIK

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
KALAU HUJAN PETANG 
MALAM CUACA MOLEK
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
JUMAAT YANG SEJUK

TAJAMKAN PISAU  TEBAS LALANG
TEBAS  BELUKAR BAKAR BERASAP
RAKYAT  RISAU BERAS HILANG
BERAS TEMPATAN  SEMUA LESAP

LESEN MEMANDU PERLU DIUJI
KAIN BASAH PERLU DI AMPAI
MENTERI  GELABAH BUAT JANJI
DALAM SEBULAN BERAS SAMPAI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
BERAS TEMPATAN