Isnin, 30 Oktober 2023

FALSAFAH GANAS


FALSAFAH GANAS


 

PAYUNG PELANGI AKAN DI TANGKAP ?


PAYUNG LUAR

TABII

WOIT
BILA AGANYA 
PAYUNG PELANGI
INI AKAN D TANGKAP

APAKAH MENTERI DALAM NEGERI
TIDAK SEDAR HAL INI

PAYUNG INI
JENIS PAYUNG 
LUAR TABII

PAYUNG BIASA
HANYA SATU WARNA
TAPI PAYUNG INI
BAWA WARNA PELANGI
WARNA LUAR TABII
AMIN

SENJATA TERBARU BUATAN IRAN



SENJATA TERBARU

BUATAN IRAN

KHALAS 

ANWAR MAIN MAIN POLITIK PALESTIN


Anwar lantang untuk menang semula undi Melayu, kata penganalisis

PENDIRIAN teguh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menyokong pembebasan Palestin dilihat sebagai cubaan untuk memenangi semula undi Melayu, kata penganalisis.

Mereka berkata walaupun Anwar empati terhadap rakyat Palestin namun beliau sedar keperluan untuk mengalih sokongan Melayu daripada Perikatan Nasional (PN) kepada pakatan pemerintahnya.

Bagaimanapun mereka berkata Anwar mungkin tersilap mengira sentimen dari Sabah dan Sarawak yang majoritinya bukan Islam.

“Dia hanya bermain politik,” kata Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya dan Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia kepada The Malaysian Insight.

Awang berkata dengan bersolidariti bersama rakyat Palestin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mahu dirinya dilihat sebagai pro-Islam, bukannya liberal seperti didakwa PAS.

“Dia mahu dilihat sebagai pro-Islam,” kata Jayum.

Menurut Jayum, objektif politik Anwar adalah mudah.

“Beliau (Anwar) memerlukan sokongan orang Melayu di Semenanjung untuk terus bertahan. Bukan dari Sabah dan Sarawak.

“Beliau tahu kerajaannya boleh runtuh tanpanya (sokongan Melayu),” kata Jayum.

Namun beliau tidak melihat Anwar akan berjaya menarik sokongan orang Melayu seperti diharapkan.

“Beliau kesuntukan masa dan penasihatnya yang ramai mengecewakan,” katanya.

Awang berkata memandangkan nasib rakyat Palestin adalah isu sejagat maka wajar bagi Anwar - seorang pemimpin Islam antarabangsa berprofil tinggi, untuk menyokong Muslim lain.

Namun kata Awang, masalah bagi langkah itu, Anwar dan penasihatnya tidak berfikir secara mendalam.

“Mereka tidak fikir reaksi yang akan diberi Sabah dan Sarawak di mana majoritinya bukan Islam,” katanya.

Tambahnya, rakyat khususnya di Sarawak agak skeptikal terhadap dakwaan kerajaan perpaduan bahawa sokongan kepada rakyat Palestin atas dasar kemanusiaan kerana sokongan Malaysia sentiasa berat kepada agama.

“Tidak semua rakyat Palestin itu Islam. Ramai Kristian.

“Namun begitu, sokongan itu menyebabkan orang bukan Islam di Borneo melihat ia didorong politik dan agama,” katanya.

Perikatan Nasional, dengan PAS dan Bersatu mendahului, menyaksikan hampir 60% sokongan Melayu pada pilihan raya umum November lalu di mana Umno mendapat kira-kira 29% dan PH sekitar 11%.

Trend itu meningkat pada pilihan raya enam negeri Ogos lalu apabila PN berjaya menyapu bersih negeri-negeri Melayu utara dan majoriti besar di Kedah.

Kerajaan Persekutuan Anwar dibentuk dengan sokongan Umno-BN dan gabungan yang memerintah Sabah dan Sarawak. – 30 Oktober, 2023.

ISU PALESTIN

BAWA MASALAH

KAH KAH KAH

PALESTIN LAWAN

PENJAJAH DAH

JADI ISU AGAMA

AMIN

BILA JADI ISU

AGAMA YANG

DAPAT UNTUNG

PERIKATAN

AMIN

KHALAS

SATU DUNIA MENUNGGU


Tentera Israel akan kalah lebih besar jika serang Gaza – Al-Qassam

GAZA – Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam memberi amaran yang tentera rejim Zionis Israel akan mengalami kekalahan yang lebih besar sekiranya ia meneruskan operasi darat di Gaza.

Jurucakapnya, Abu Obeida berkata, kebebasan semua tahanan Palestin dalam penjara Israel adalah harga yang perlu dibayar bagi askar-askar musuh yang ditawan di Gaza.

“Zaman keruntuhan Zionisme sudah bermula. Era penguasaan ketenteraan dan risikan musuh sudah berakhir,” katanya seperti disiarkan stesen televisyen tempatan malam tadi dan dipetik oleh Palestinian Information Center.

Beliau menambah, Israel kini terlepas peluang untuk berunding mengenai askar-askarnya yang ditawan.

Abu Obeida memberitahu, pihaknya tidak berganjak dengan syarat agar semua tahanan Palestin dalam penjara Israel dibebaskan terlebih dahulu sama ada secara serentak atau beransur-ansur.

Beliau turut menegaskan, Briged Al-Qassam telah bersedia untuk menghadapi tentera rejim Zionis Israel dan mematahkan serangan daratnya.

“Kami ingin katakan kepada pihak musuh yang mengulangi ugutannya setiap hari bahawa kami masih menunggu mereka,” jelasnya. – Agensi



SEMUA UMAT

ARAB TUNGGU

AMIN

SEMAU UMAT

ISLAM TUNGGU

AMIN

SATU DUNIA

TUNGGU TINDAKAN

BROGED QASAAM

AMIN

KHALAS

HARGA AYAM PASTI NAIK


Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan, kata Mat Sabu

KERAJAAN bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa Rabu ini (1 November), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata bagi subsidi telur gred A, B, C, kerajaan bersetuju untuk ia diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.

“Ia (penamatan subsidi ayam) adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan,” katanya dalam sidang media penamatan kawalan harga dan subsidi ayam di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.

“Rasional untuk penamatan subsidi secara pukal bagi ayam ini adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Mohd Sayuthi Bakar.

Mohamad berkata penamatan subsidi ayam itu selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling.

Dalam hal itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang akan diapungkan itu terus berada pada kadar munasabah.

“Kerajaan meluaskan akses kepada bekalan ayam melalui Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah secara berterusan di seluruh negara bagi memberikan pilihan dan jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan ayam pada harga yang berpatutan dan di bawah harga siling semasa.

“Di samping itu, melalui sesi libat urus bersama pemain industri pada 22 Oktober 2023, kerajaan telah mendapatkan komitmen daripada pihak industri supaya harga ayam di ladang yang dikeluarkan tidak mencatatkan kenaikan yang ketara sehingga membebankan pengguna,” katanya.

Mohamad berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di peringkat runcit.

Beliau berkata kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan status bekalan dan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat serta tidak berlaku sebarang aktiviti pencatutan di sepanjang rantaian bekalan.

“Kerajaan akan terus memberi penumpuan untuk memperkasa industri penternakan ayam melalui bantuan insentif dari segi pembiayaan dana pusingan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana dan skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti serta program transformasi reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

“Langkah ini akan memberi peningkatan dari segi akses bekalan secara terus daripada penternak komuniti kepada pemborong di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata dengan penamatan subsidi ayam itu kerajaan dapat menjimatkan belanja kira-kira RM100 juta sebulan.

Pada 13 Oktober lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam selepas mendapati trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

Beliau berkata pelaksanaan tersebut membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.

Anwar berkata langkah itu juga dilakukan bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan kaya memandangkan sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur. – Bernama, 30 Oktober, 2023.


HARI INI

AYAM SEKILO

9 RINGGIT

AMIN

KITA TENGOK

LEPAS INI BERAPA

SEKILO

AMIN

TELOR DAH NAIK

WALAU PUN ADA

SABSIDI

AMIN

RAKYAT MAKIN

TERSAMA

MAHALDAH NI

 AMIN 

KHALAS