Rabu, 15 November 2023

BOIKOT MEK DONAL BERJAYA !!!


Premis Starbucks, McDonald's terkesan gesaan boikot




PEKERJA tempatan di rangkaian kedai kopi Starbucks kini merasai kesan akibat gesaan boikot terhadap jenama yang didakwa mempunyai hubungan dengan Israel.

Barista tetap dan sementara melahirkan rasa kurang senang terhadap konflik berterusan di Gaza yang mungkin memberi kesan kepada kehidupan mereka di sini.

Serangan di Gaza oleh tentera Israel sejak sebulan lalu mengorbankan lebih 11,000 rakyat Palestin, majoritinya orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Serangan itu berlaku selepas beberapa siri serangan yang diselaraskan oleh kumpulan Palestin Hamas, dari Semenanjung Gaza ke kawasan sempadan di Israel, 7 Oktober. Laporan menyatakan lebih 1,200 warga Israel terbunuh dengan lebih 230 diculik.

Banyak kumpulan pro-Palestin tempatan menggesa boikot produk yang dikaitkan dengan perniagaan Israel. Mereka juga telah menganjurkan beberapa perhimpunan jalanan untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Starbucks adalah salah satu daripada banyak syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel walaupun dalam banyak kenyataan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Howard Schultz telah menafikan membiayai Tel Aviv. Starbucks mempunyai 365 cawangan di Malaysia.

Seorang barista sambilan di sebuah kedai Starbucks di Setia Alam, Selangor, berkata perang di Gaza telah memberi impak yang besar kepada jualan harian mereka.

Pelajar yang ingin dikenali sebagai Alya itu berkata, pekerja sambilan diarah bercuti kerana kekurangan jualan.

“Jualan harian kami biasanya antara RM13,000 dan RM15,000 sehari tetapi sejak dua minggu lalu ketika kemuncak ketegangan, jualan harian hanya RM7,000,” katanya.

Alya berkata, dia tidak pasti sama ada boikot itu yang menyebabkan penurunan jualan harian tetapi menegaskan bahawa pelanggan Melayu kurang berbanding sebelum ini.

“Saya rasa boleh jadi kerana seruan boikot. Pekerja sambilan diberitahu mereka diberi cuti kerana jualan tidak seperti biasa dan kurang orang,” katanya.

Seorang lagi pekerja Starbucks di Setia City Mall, juga di Selangor, berkongsi sentimen Alya.

Beliau berkata kini terdapat kurang pelanggan Melayu sejak konflik di Gaza bermula.

“Beberapa malam, kedai ini hampir kosong. Hanya beberapa orang yang masuk untuk minum kopi. Selebihnya adalah tempat duduk kosong. Saya tidak pernah melihat situasi seperti itu sebelum ini.”

Pekerja wanita yang enggan namanya didedahkan itu berharap keadaan kembali pulih tidak lama lagi.

“Saya memang faham keadaan sekarang, saya harap sesuatu boleh dilakukan dan ia tidak menjejaskan kami sebagai pekerja.

“Ramai yang bekerja sambilan adalah pelajar, jika mereka tidak boleh bekerja, mereka tidak boleh mendapatkan wang untuk biaya pelajaran mereka. Saya kesian dengan mereka,” tambahnya.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insight baru-baru ini, Pengerusi BDS Malaysia Prof Dr Nazari Ismail berkata rakyat Malaysia mesti memboikot syarikat dan jenama yang dikaitkan dengan Israel.

“Israel kini melakukan jenayah apartheid dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Memboikot Israel adalah jalan tanpa kekerasan yang boleh diikuti oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu,” katanya.

Mengenai boikot yang mungkin merugikan pekerja tempatan, Nazari berkata pengguna mempunyai hak untuk memilih.

“Pasukan pengurusan mesti merancang strategi untuk memastikan ia selaras dengan cita rasa, nilai moral dan emosi pengguna.”

Tinjauan di kedai Starbucks di tengah-tengah Kuala Lumpur membuktikan gesaan boikot mendapat sambutan.

Sebuah kedai di Avenue K yang terletak betul-betul di hadapan KLCC menyaksikan kurang daripada 10 orang berada di kedai kopi itu.

Bagaimanapun pengurus kedai itu enggan mengulas.

McDonalds Malaysia juga menghadapi situasi yang sama. Syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatannya dengan Israel tetapi tinjauan menunjukkan pelanggan kurang daripada biasa.

Gerbang Alaf Restaurants, yang memiliki McDonald’s Malaysia, dalam satu kenyataan berkata, mereka adalah firma tempatan yang 100% milik Muslim.

Ia juga berkata tindakan sebuah kedai McDonald’s di Israel menyediakan makanan kepada tentera Israel bukanlah keputusan global dan diluluskan oleh pengendali tempatan lain.

McDonald’s mempunyai 21,000 pekerja di 350 cawangan di Malaysia.

Seorang pengurus McDonald’s di Shah Alam mengakui boikot menjejaskan restoran makanan segera itu.

Pengurus itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, terdapat kejatuhan besar dalam perniagaan, terutamanya dalam kalangan pelanggan Melayu.

“Kami terpaksa memotong waktu bekerja kerana tidak ramai pelanggan terutama orang Melayu selepas konflik Gaza meletus.”

“Saya dengar di beberapa tempat, mereka kini beroperasi sehingga 2 pagi dan bukannya 24 jam,” kata pengurus itu.

Terdapat juga laporan mengenai kakitangan McDonald’s dilabel sebagai penyokong Yahudi dan menerima pelbagai cemuhan dan penghinaan.

Sebuah agensi PR yang diupah oleh Gerbang Alaf memberitahu The Malaysian Insight ia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gesaan boikot itu.
 – 15 November, 2023.

WOIT

TERUSKAN

BOIKOT

AMIN

JANGAN BENARKAN

DUIT BELI BURGER

JADI DUIT BELI

PELURU

AMIN

SATU DUNIA KEMPEN

BOLIT MEK DONAL

AMIN

KHALAS

NILAI RINGGIT JATUH LAGI


Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS 

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan para peniaga menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan lewat hari ini.

Data IHP itu akan menentukan hala tuju pasaran susulan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powel mengenai dasar monetari AS minggu lepas, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada  4.7165/7210 berbanding dolar AS 4.7065/7105 ketika ditutup pada Jumaat. Pasaran ditutup semalam berikutan cuti gantian Deepavali.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun pertemuan dijangkakan berlaku antara Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ia tidak membawa banyak sokongan untuk ringgit.

“Walaupun data ekonomi AS dijangka agak positif dan tidak dijangka bergerak melebihi konsensus pasaran, pelabur juga sedar sepenuhnya mengenai turun naik inflasi. Namun, jika ia berlaku lebih cepat daripada jangkaan, kita boleh melihat kedua-dua kenaikan kadar Fed secara tiba-tiba pada Disember dan Januari,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata harga gas asli Eropah kini menurun, dan berikutan Malaysia merupakan pengeksport besar komoditi itu, harga yang rendah boleh memberi kesan negatif kepada margin ringgit.

Pada penutup dagangan, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.1091/1123 daripada 3.1072/1101 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding euro kepada 5.0570/0619 daripada 5.0232/0275 sebelumnya, dan menurun berbanding pound Britain kepada 5.8032/8087 daripada 5.7480/7529.

Mata wang tempatan itu ditutup bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4675/4713 daripada 3.4599/4631 Jumaat lepas dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 300.4/300.9 daripada 299.8/300.2 sebelum itu.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada  13.0760/0946  daripada 13.1108/1267 pada penghujung minggu lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42. – Bernama, 14 November, 2023.


WOIT

JATUH LAGI

PASAI APA ?

AMIN

WAT IS DE

BEKOS

JENG JENG JENG

KHALAS

HAMAS MENJAWAB KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN ISRAEL DENGAN ROKET


HAMAS MENJAWAB

KENYATAAN MENTERI

PERTAHANAN ISRAEL 

DENGAN MEROKET

 TEL AVIV

KHALAS

AKTA IBRAHIM ALI JADI AKTA BADUIN


AKTA IBRAHIM ALI

JADI AKTA BADUIN

JENG JENG JENG

AMIN

Unknown commented on
 "TERUSKAN MENCUBA"

tt katak2 kini dah tak "lompat".. mkni kata "pindah".. kata dah jadi nomad.. mungkin kini kita kena gubal akta baru.. akta anti nomad law.. kah kah kah



APA PROJEK DATUK BOTAK


APA PROJEK

 DATUK BOTAK

AMIN

Unknown commented on
 "DATUK BOTAK BANYAK FULUS"

Kah kah entah nak cakap apa? Kalau baik sokong pun tak boleh, kalau jahat bantah pun tak boleh, kena ikut parti keputusan parti kepimpinan parti kah kah kah, kalau sokong maksud ada masuk, kalau tak sokong tak masuk begitulah pemikiran tahap orang-orang kita sekarang, semakin maju teknologi semakin mundur pemikiran dayus kah kah kah syurga kepala kena bagi tiket dahulu kah

DATUK BOTAK


DATUK BOTAK


RABU 15 NOVEMBER 2023
HEBOH PASAL DATUK BOTAK
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
SAPA DATUK BOTAK NI
KAH KAH KAH

PEMUDA PN TUDUH
DATUK BOTAK BELI
YB BERSATU
KAH KAH KAH

WOIT
NAK BELI BERAPA SEKILO
KAH KAH KAH

WOIT
KALAU BOLEH JUAL BELI YB
MENGAPA PN
TAK IKUT SAMA MENIAGA
MODAL JANGAN RISAU
PN ADA EMPAT NEGERI
PASTI ADA PROJEK
BOLEH BUAT MODAL

MADANI BELI YB
PERIKATAN PUN BELI YB
BARU POLITIK RANCAK
KAH KAH KAH

AMERIKA
INTEL AMERIKA BUAT LAPORAN
DI BAWAH HOSPITAL AL-SHIFA
IALAH PUSAT HAMAS
DAN JUGA PUSAT ISLAMIK JIHAD

GAZA
KUBUR BESAR DIGALI
UNTUK KEBUMIKAN BERAMAI-RAMAI
RATUSAN MANGSA BOM
DI AL-SHIFA

UKRAINE
PERANG DAH MASUK KE HARI 630
UKRAINE DAH ABIS ASKAR
KAH KAH KAH
TUNGGU NAK RUNTUH
SENJATA SAMPAI TAKDA SOLDADU
NAK GUNAKAN
KAH KAH KAH

SUARA DAN MEDIA ARUS PERDANA
AMERIKA MULA MENCADANGKAN
CARI JALAN DAMAI
SEBELUM UKRAINE
RUNTUH TERBARAI
SEBELUM ASKAR BERONTAK
DAN ZELENSKY MATI DIBUNUH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH SEGAR
HUJAN PETANG KELMARIN
BAWA KABUS NIPIS
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS

MATA HARI DAH KELUAR
CENGKERIK BERSIMPONI
BEBERAPA EKOR TIONG
MENCARI CACING ATAS JALAN
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU

HUJAN PANAS HUJAN PANAS
POKOK POKOK JADI GUMBIRA
BUNGA KEMBOJA
BUNGA RAYA 
BERKEMBANG INDAH

HARI INI AKAN PANAS
LIMPAHAN CAHAYA MATAHARI
DAH SAMPAI KE BALKONI GUA
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU
DENGAN SENYUMAN

BRO
JIKA LU DALAM GELAP
FOKUS MINDA LU
UNTUK MELIHAT CAHAYA

BRO
WAKTU  YANG LI NIKMATI 
DIHABISKAN UNTUK IMPIAN BUKAN
WAKTU YANG TERBUANG

BRO
LU WAJIB BANGGA DENGAN
APA YANG TELAH LU LAKUKAN
INGAT PERJUANGAN NYA

BRO
RASA DISPLIN ADALAH MOTIVASI
JIKA LU ADA MOTIVASI
DISPLIN AKAN DATANG
DENGAN SENDIRINYA

BRO
UNTUK LU MEMAHAMI
HATI DAN PIKIRAN
SESEORANG  JANGAN LIHAT
APA YANG TELAH DIA  CAPAI
TAPI LIHAT APA YANG DICITA CITAKAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BER RABU