Jumaat, 17 November 2023

GAZA & UKRAINE BUKA DUNIA BARU


GAZA & UKRAINE

BUKA DUNIA BARU

AMIN

Unknown commented on
 "HAMAS BERJAYA - ZIONIS KALAH"

Dua perkara pernah disebut dalam pojok ini. Kaum kanan dan belitan kapitalis yang menjalar. Dua ini sudah dipatahkan oleh taufan. Hegemoni amerika sudah terlondeh. Kiblat sedang berubah. Pemimpin bergaris kanan luntur dan garis kiri semakin mengambil tempat. Masyarakat global mencari pandangan kedua.

DALAM MADANI TAKDA SOSOK BIJAK


DALAM MADANI

TAKDA 

SOSOK BIJAK

AMIN


Unknown commented on

 "BERITA AGUS LETAK JAWATAN DAH BASI TAPI... WAT IS DE BEKOS"

Orang-orang bijak tiada tempat dalam Madani, tiada tempat dalam hierarki Taliban, mereka nak pengikut setia yes sir baru boleh, kalau bijak kalau pandai tak sesuai tak kekal lama, siapa pandai sedikit awal awal lagi kena cantas, air batu campur saja sekerat jalan, kah kah kah, zaman semakin maju tapi gear gostan sudah jalan lama, siapa ketua gear gostan? Apabila nak pakai ayat-ayat kuno gostan gohead zaman kabilah lah kah kah apapun ini Malaysia semua boleh, bodoh jadi MP, lagi bodoh jadi menteri teramat bodoh boleh jadi PM jugak kah kah kah

HISBULLAH MENYERANG DARI LIBANON


HISBULLAH

MENYERANG DARI

LIBANON

KHALAS

LARANG ISAP ROKOK - NAK ISAP APA ?


KJ bidas PM dan 2 menteri halang RUU GEG

BEKAS menteri kesihatan Khairy Jamaluddin mendakwa dua menteri kabinet dan perdana menteri menyekat rang undang-undang yang bertujuan melarang mereka lahir selepas 2007 membeli atau mengambil produk nikotin.

Membawa perkara itu ke Instagram, Khairy menulis kedua-dua menteri itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing.

Walaupun Putrajaya tidak memberikan maklumat terkini mengenai rang undang-undang itu, badan pemerhati kesihatan CodeBlue mendakwa kabinet telah memutuskan untuk menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur, yang biasanya dirujuk sebagai generasi penamat (GEG), daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Khairy mencadangkan rang undang-undang GEG semasa beliau menjadi menteri kesihatan dan menyelar pentadbiran semasa yang mengendalikan perkara itu.

Katanya semasa beliau bertanggungjawab ke atas rang undang-undang itu, AGC tidak membantah tetapi kedudukan itu kini dilaporkan telah berubah.

“Anda tahu kenapa? Pengkritik GEG yang sengit tidak lain adalah menteri undang-undang sendiri. Dia tidak mahu ia diluluskan.

“Lawan besar GEG dalam kabinet ialah menteri undang-undang, menteri pelancongan dan ‘the gaffer’,” katanya.

“The gaffer” yang dimaksudkan Khairy ialah Anwar Ibrahim.

Menurut CodeBlue, Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berpendapat peruntukan GEG adalah “tidak berperlembagaan” kerana ia melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.

Khairy berkali-kali menegaskan bahawa GEG adalah perlu untuk melindungi kesihatan awam kerana perbelanjaan awam untuk rawatan untuk merokok dan penyakit berkaitan vape adalah jauh lebih tinggi daripada cukai yang dikutip daripada industri. – 15 November, 2023.

WOIT

YANG LARANG

ISAP ROKOK ITU

ISAP APA?

JENG JENG JENG

KALAU ADA DUIT

BOLEH ISAP

KOKAIN

AMIN

BOLEH ISAP

ICE

AMIN

YANG TAKDA DUIT

BAGI CHANLAA

ISAP ROKOK

GULUNG

AMIN

KHALAS

SAPA WAHAB ?


Tular video lelaki persis bekas KP jabatan merayu hubungan sejenis

KUALA LUMPUR – Satu klip video lelaki persis wajah seorang bekas ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan merayu untuk melakukan hubungan sejenis tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 3 minit itu lelaki tersebut melakukan panggilan video terhadap seorang individu bernama Wahab dan merayu beliau untuk mengadakan hubungan terlarang dan dikutuk oleh agama.

Video berkenaan turut dikongsi oleh Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard di media sosial beliau.

Media semalam melaporkan ketua pengarah sebuah jabatan yang wajahnya serupa dengan lelaki di dalam video berkenaan telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa pada 15 Disember ini.

Lelaki tersebut difahamkan sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh tersebut.- MalaysiaGazette

n

SAPA WAHAB ?

JENG JENG JENG

AMIN

KAWAN SAIPOL

ATAU KAWAN

MUNAWAR ANIS

KAH KAH KAH

KHALAS

JADI KENG UNTUK SELAMATKAN DIRI


Jasmine Loo saksi penting dalam perbicaraan kes 1MDB Najib

SEORANG pegawai penyiasat dalam kes Najib Razak melibatkan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Bhd  (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari bahawa bekas peguam 1MDB Jasmine Loo adalah seorang saksi penting untuk mendedahkan semua isu berkaitan Tanore Finance Corporation.

Tanore ialah sebuah entiti yang telah memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu dan dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau rakannya Eric Tan Kim Loong. 

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min  bersetuju dengan cadangan peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa testimoni Loo boleh membawa kesan buruk atau membantu pembebasan Najib dalam konteks pengetahuan Loo mengenai operasi Tanore.  

Foo berkata beliau memperoleh semua maklumat ini daripada Loo semasa siasatan selepas wanita berusia 49 tahun itu menyerah diri kepada polis pada Julai lepas tetapi Foo menegaskan beliau hanya menyiasat Loo mengenai isu pemulangan aset 1MDB.   


Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada saksi ke-48 pendakwaan itu sama ada beliau mengetahui Loo ada berhubung dengan Jho Low mengenai Tanore.

Foo berkata Loo sering berhubung dengan Jho Low  lebih lima tahun sejak ahli perniagaan itu melarikan diri tetapi Loo berkata ia bukan untuk membincangkan mengenai Tanore.

Muhammad Shafee: Adakah anda tahu Loo berjumpa Jho Low tidak lama dahulu? Jho Low dengan beberapa pegawai 1MDB sebelumnya? Azmi Tahir (bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB dan saksi pendakwaan ke-12 1MDB) ada di sana. 

Foo: Daripada kenyataan yang diberikan, beliau berjumpa Jho Low di China pada 2019 dan bersama-samanya ialah beberapa pegawai 1MDB. 

Muhammad Shafee: Anda tahu Loo dan Jho Low adalah sangat rapat.

Foo: Daripada apa yang saya tahu Loo adalah pembantu peribadi kepada Jho Low ke mana beliau pergi, beliau akan menghubungi Loo dan wanita itulah yang mengaturkan perjumpaan untuk Jho Low.

Terdahulu, Muhammad Shafee menyoal Foo mengenai empat surat daripada kerabat diraja Arab Saudi mengenai sumbangan dana yang dijanjikan kepada Najib.

Peguam itu memberitahu Foo selaku pegawai penyiasat kes itu, beliau tentu sudah melihat empat surat itu dengan tarikh bila wang itu akan dihantar dan bagaimana ia akan dihantar, menerusi Blackrock Commodities dan Tanore.

Foo berkata beliau mengesahkan wang itu datang daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi tidak boleh dipastikan sama ada ia benar-benar merupakan derma.

Muhammad Shafee: Adakah anda menyiasat ketulenan surat-surat itu?

Foo: Saya cuba menyiasat dan menghubungi pihak diraja Arab Saudi melalui bantuan perundangan bersama menerusi polis tetapi tidak berhasil. Tiada maklum balas dan mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami. 

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung pada 5 Disember ini. – Bernama, 16 November, 2023.



WOIT

LEBIH BAIK

JADI KENG

AMIN

SELAMATKAN

DIRI BIAR NAJIB

NAZAK SORANG

DIRI DALM LOKAP

AMIN

KHALAS