Sabtu, 2 Disember 2023

JENERAL JADI ULAM ?




PRK Kemaman: Rampas atau status quo?


KEPUTUSAN sama ada Barisan Nasional (BN) dapat merampas kerusi Parlimen Kemaman atau PAS terus mengekalkan status quo, akan ditentukan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Tempoh kempen yang berlangsung selama dua minggu sejak 18 November lepas, menjadi taruhan kedua-dua calon bertanding iaitu Jen (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakili Barisan Nasional (BN) dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Sebanyak 49 pusat mengundi melibatkan 244 saluran akan dibuka tepat 8 pagi hingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di Chukai.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu yang melibatkan 141,043 pengundi berdaftar esok, boleh mencapai sehingga 70%, namun ia tetap bergantung keadaan cuaca yang mana diramalkan hujan sepanjang hari di kawasan tersebut.

Sebelum ini seramai 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera yang sepatutnya mengundi awal pada 28 Nov, diarah melaksanakan undi secara pos bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Sementara pada 28 November lepas, proses pengundian awal tetap dijalankan di Balai Polis Kijal, melibatkan hanya tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera.

Menurut Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan, sepanjang kempen berlangsung terdapat tujuh laporan polis diterima, melibatkan jamuan makan dan isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.

Bagaimanapun, Mazli berkata beliau berpuas hati kempen sepanjang 14 hari yang berlangsung hampir setiap hari dalam cuaca hujan itu, tiada kejadian tidak diingini berlaku.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ia merupakan PRK keenam diadakan selepas PRU15 pada 19 November lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos, PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 September, PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober dan PRK Parlimen Jepak pada 4 November.– Bernama, 1 Disember, 2023.




WOIT

BEKAS JENERAL

JADI ULAM PETAI

ATAU ULAM KERDAS

KAH KAH KAH

SAYANG DIHANTAR

UNTUK DIJADIKAN

ULAM KEPADA

PERIKATAN

KAH  KAH KAH

KHALAS

CERITA WAHAB BERUBAH PULAK !!!


Wahab dakwa diganggu secara seksual oleh Agus – KPN

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),  Dr Mohammad Agus Yusoff ke atas Abdul Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abd Kader Jilani yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada Abdul Wahab yang berusia 33 tahun.

“Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian itu berlaku ke atas dirinya pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.

“Polis telah membuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan,” katanya pada hari ini.

Tambah beliau, Abdul Wahab membuat laporan polis itu sebagai perlindungan untuk diri sendiri dan pada masa yang sama menafikan sekeras-kerasnya terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Mohammad Agus.

Jelas Razarudin lagi, polis masih meneruskan siasatan dalam kes berkenaan dan akan memanggil beberapa individu untuk direkod keterangan membantu siasatan polis.


Terdahulu, pada 30 November 2023, Abdul Wahab ditemani peguamnya Faizal Abdul Rahman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sekitar jam 11 pagi untuk membuat laporan polis.

Bercakap kemudian kepada pemberita pada jam 4.45 petang di luar IPD Kajang, Abdul Wahab mendakwa tindakannya itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah yang tular di media sosial.

Abdul Wahab berkata, beliau mengalami tekanan dan masih trauma dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dengan Mohammad Agus.

Sebelum itu, Razarudin dilaporkan berkata, kertas siasatan berkaitan dakwaan video fitnah dalam kes ini dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Jumaat 1 Disember 2023 selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.-

WOIT

KAH KAH KAH

CERITA WAHAB

BERALIH PULAK

KAH KAH KAH

DULU DIA JADI

UMPAN UNTUK

PERANGKAP AGUS

AMIN

PROJEK MISTER H

NAK JATUHKAN

AGUS

AMIN

VIDEO BUKAN

SUARA MEREKA

KAH KAH KAH

SEKARANG AGUS

SAMA PULAK JADI

MACAM ANWAR

KAH KAH KAH

CERITA MAKIN

MENARIK

AMIN

KHALAS

TEL AVIV DISERANG ROKET


TEL AVIV 

DISERANG ROKET

KHALAS 

GEMOK MASALAH DUNIA


GEMOK KINI

MASALAH DUNIA

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "AKTA MELAWAN GEMOK"

Merokok adalah punca utama preventable deaths in Malaysia.

Gemuk pula ada sesetengah orang atas faktor biologi juga. Sila baca, jangan suka buat pandai Sham. Kau pusing macam mana pun perbandingan kau cuba buat ni won’t stick la. Jangan jadi orang tua bodoh sombong macam Tiong King Sing. Buat malu kaum sosialis je




 

ASAI BAGUS - BUKAN AGUS


ASIA BAGUS

BUKAN AGUS

AMIN 


Amier The Hero commented on 
"ASIA BAGUS - B DAH HILANG !!!"

Sonok tgk asia agus ni dedulu TT. Lagi sodap kalau ado gajuih buek kudap² maso nengok asia agus ni. popcorn maso tu tak laku pun, yg ado tohidang ateh mejo gajuih, kacang pinochio, badam.. kekacang kayangan la kan. Lopeh tu ado lak 2,3 kotak ghokok danhil.. osah nikmat eh idop kek dunio ni. 

Lagi best kalau sesambil layan asia agus ni, adolak org nyanyi lagi wuahaabbb wuahaabbb.. fuhh melayang ko langit bighu jadi eh. Kito tak porlu malu.. we jas hav to fes it!!! Kah kah kah kah...

MUSIM HUJAN



MUSIM HUJAN


JUMAAT 2 DISEMBER 2023
MUSIM HUJAN
MUSIM BANJIR
MUSIM HARGA BARANG MAHAL
MUSIM BARANG EKSPOT KURANG
MUSIM  NILAI RINGGIT KECUT
MUSIM HARGA EMAS MAHAL
AMIN

MAULUD RASUL NABI ISA
AKAN SAMPAI
KEMUDIAN TAHUN BARU
INI BULAN PESTA PESTAAN

BULAN DISEMBER
BULAN AKHIR TAHUN
SEMUA NAK TUTUP BUKU
NAK SAMBUT 2024
AMIN

GAZA
KELMARIN JUMAAT
GENCATAN SENJATA TAMAT
SOLDADU ISREAL
BUNUH MATI 178 ORANG
ARAB PALESTIN

ISREAL
NETANYAHU MAHU
PERANG DI TERUSKAN
OBJEKTIF MUSNAH HAMAS
DI TERUSKAN

LEBANON
JENG JENG JENG
DUNIA MENUNGGU
APA TINDAKAN HIZBOLLAH
DUNIA MENUNGGU APA
TURKI AKAN BUAT

TURKI
1000 BUAH KAPAL FLOATILA
DARI TURKI MEMBAWA
BANTUAN MENUJU KE GAZA
TAK DENGAR KHABAR BERITA

SAUDI
MASIH MELARANG PAKAI
SELENDANG PALESTIN
DI LARANG BAWA BENDERA PALESTIN
KETIKA  BUAT UMRAH
AMIN

HOKKIEN
CERAH SEGAR INDAH
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
RENYAI RENYAI KELMARIN

SEKUMPULAN  PIPIT
MELINTAS BERTUKAR WILAYAH
MENCARI MAKAN

SAEKOR KUMBANG HITAM
MELINTAS
BUNGA BUNGA RAYA
BERKEMBANG INDAH
MAKANAN UNTUK SI KUMBANG

TAK JAUH DARI PINTU MASUK
SATU KELUARGA MENGGALI KUBUR
INI KUBUR LAMA
AKAN BINA YANG BARU
BERSEDIA UNTUK
PESTA JI MING BULAN APRIL

HARI INI GUA
TAK KE PASAR
ADA MESYUARAT TAHUNAN
UNTUK WARGA LE CHATEAU
AMIN

BRO
SENYUM
DAN SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN


ANAK KECIL BERMAIN GULI
GULI DI SIMPAN DALAM BALDI
PERANG  GAZA DISAMBUNG KEMBALI
BIAR MATI  BERLAWAN JANGAN JADI ABDI

LEPAS HUJAN DATANG PANAS
SENJA GELAP TAKUT HANTU
JIKA ZIONIS HAPUS  HAMAS
HIZBOLLAH LEBANON DATANG BANTU

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI