Rabu, 20 Disember 2023

KUASA MELAYU TUMPUL



Pilihan raya PBT: Kuasa politik Melayu makin tumpul – Mustafa

KUALA LUMPUR – Usaha menzahirkan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan memang diketahui umum sebagai projek politik DAP.

Penganalisis politik, Mustafa Kamal Abdul Rahman berkata, ini adalah peluang dan ruang terbaik kepada DAP untuk melaksanakannya melalui kuasa politik yang dipegang.

“Ironinya wakil rakyat DAP diletakkan di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mempunyai akses terus kepada PBT seluruh negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan agar kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan Kok Wai selaku Ahli Parlimen Cheras dikemukakan pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Mustafa Kamal juga berkata, kebaikan utama yang sedang dihebahkan berkaitan rancangan ini adalah PBT mempunyai ‘kuasa autonomi’ memilih pengerusi dan ahli majlis PBT tanpa melalui kuasa kerajaan negeri atau Persekutuan.

Katanya, ia dikatakan lebih telus dan mengurangkan campur tangan meletakkan proksi politik dalam PBT.

“Ia juga dihebahkan berupaya ‘mencantas terus’ kuasa politik ke atas projek-projek pembangunan PBT. Kesemua faktor ini disimpulkan bagi mewujudkan kecekapan tadbir urus pembangunan dan kesejahteraan masyarakat bandar,” katanya.

Menurut beliau, rancangan yang sama mempunyai kesan jangka panjang kepada demografi masyarakat di ibu kota.

Hakikatnya, beliau berkata, hampir 80 peratus perbandaran di Malaysia didiami bukan Melayu khususnya masyarakat Cina.

“Masyarakat Cina telah diberi secara percuma kuasa ekonomi dan tanah di bandar-bandar di Semenanjung Tanah Melayu selepas 1896 melalui dasar pecah dan perintah oleh British.

“Dalam masa sama, kuasa ekonomi Melayu telah dilemahkan (pemilik-pemilik lombong bijih, pengutip cukai, pedagang-pedagang sumber asli dan pembekal makanan) diletakkan sebagai kelompok petani, pesawah dan pekebun,” katanya.

Katanya, pemusatan kependudukan masyarakat Cina di kawasan bandar bermula seiring dengan proses urbanisasi yang dijalankan oleh British secara giat menjelang 1900.

“Setelah masuk pertengahan dekad 1960-an, berlaku penghijrahan masyarakat Melayu ke kawasan-kawasan bandar membuka petempatan sebagaimana yang berlaku di Selangor.

“Masyarakat Melayu dari Perak dan Johor berhijrah ke Lembah Kelang menetap di pinggir bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kelang dan Petaling Jaya,” katanya.

Tambahnya, isu pilihan raya PBT juga seakan seiring dengan kisah persempadanan semula kawasan Parlimen yang sedang heboh dalam platform sosial media sekarang.

“Sebahagian pandangan mengaitkan pemecahan kawasan padat bandar utama seperti Bukit Bintang, Seputeh, Kepong, Klang, Seremban, Rasah, Ipoh Timor dan Bagan.

“Kawasan ini dikatakan akan mewujudkan kawasan pilihan raya baharu yang didominasi oleh pengundi Cina.

“Ia bukan persoalan sesuatu masyarakat mendapat kuasa besar politik tetapi ia adalah persoalan sebuah organisasi politik yang bakal menguasai dominasi politik negara.

“Ia dibimbangi bakal mengubah demografi dan geopolitik tanah air. Keterjaminan hak-hak Melayu dan Bumiputera akan kembali menjadi isu utama dalam dua hal ini, sama ada ia akan diteruskan atau dibekukan seketika,” katanya lagi. – 

WOIT

KUASA MELAYU

DAH TUMPUL

AMIN

DAH TAHU

TUMPUL NGAPA

TAK ASAH

AMIN

PENGUNDI CHINA

BERTAMBAH 1.22 JUTA

NAPA TAK BUAT

SESUATU

AMIN

KHALAS

HAMAS MENOLAK RUNDINGAN



Israel-Gaza war live: 

Hamas says it is 

not interested in further

 talks over prisoners


Hamas berkata ia menolak perbincangan mengenai tahanan semasa perang tetapi terbuka kepada langkah untuk menamatkan konflik.

Hamas menolak mengadakan rundingan berhubung pertukaran tahanan semasa perang Israel, tetapi terbuka kepada sebarang inisiatif untuk menamatkannya, kata seorang pegawai kanan pergerakan Palestin.

"Kami mengesahkan pendirian kami menolak untuk mengadakan sebarang bentuk rundingan berhubung pertukaran tahanan di bawah perang genosid Israel yang berterusan," kata Basem Naem.

“Kami bagaimanapun, terbuka kepada sebarang inisiatif yang menyumbang untuk menamatkan pencerobohan ke atas rakyat kami dan membuka lintasan untuk membawa bantuan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin.

RUNDINGAN

HANYA UNTUK

SELESAI KONFLIK

AMIN

BUKAN TUKAR

TAWANAN

AMIN

HAMAS  BERANI

TOLAK RUNDINGAN

MAKNA HAMAS

YAKIN MENANG

KHALAS

YAMAN SABOTAJ EKONOMI ISRAEL


YAMAN BERJAYA

SABOTAJ EKONOMI

ZIONIS ISRAEL

KHALAS

TAMAL NAK CEPAT KAYA


TAMAK NAK 

CEPAT KAYA

KHALAS


Unknown commented on
 "KELULUSAN TAK ADA - 
NAK GAJI MAHAL !!!"

Apa apa saja yang luarbiasa itu sudah tahu pun tak betul, sama jugak kata pelaburan pulangan luar biasa, sekejap nak kaya, sekejap nak jadi jutawan tanpa berusaha tanpa bekerja ramailah orang macam ini, kah kah kah dekat kampung paling ramai mengelamun siang malam jadi jutawan di kedai kopi sembang kari kepala ikan kah kah kah sebab itulah sebaik dapat kerja kerajaan mula usaha mengambil apa saja supaya jadi kaya serta merta orang-orang kita banyak begitu

LANTIKAN ANAK BINI & KRONI


LANTIKAN

ANAK BINI

DAN KRONI

KHALAS


Unknown commented on 
"FATWA MAT MASLAN"

Mat lantikan ini semua kaum kerabatku kroni belaka, susah nak cari makan kalau ada orang dipilih melalui pilihanraya betul tak? Projek projek kontraktor kelas kelas terpilih susah dapat projek, nanti nak buat open tender kena telus kena terbuka pasti hilang sokongan kontrak kelas terpilih kepada parti gerombolan kah kah kah kita tahu lah niat mereka nak menjaga kerabat sendiri tetapi jangan lupa jalan kemajuan kerana bangsa agama negara sudah lama dilupakan oleh ahli-ahli United Gerombolan Sdn berhad sendiri kah kah sampai melayu sanggup undi Taliban walaupun mereka tahu Taliban susah kurang akal untuk menerima tugas berat kah kah kah

LANGGAR MATI


LANGGAR MATI



RABU 20 DISEMBER 2023
LAGI 4 HARI
KITA SAMBUT  HARI MAULUD NABI ISA
KEMUDIAN TAHUN BARU

KES PEGAWAI POLIS
LANNGAR MURID SEKOLAH
SAMPAI  MATI MASIH HEBOH

ADA HAMBA ALLAH BERI HADIAH
5,000 RINGGIT
PADA SAPA ADA KLIP VIDEO
DARI KERETA UNTUK JADI SAKSI

KELUARGA JUGA
MERAYU AGAR SAPA
NAMPAK KES AKAN
DATANG BANTU
AMIN

INI KES LANGGAR MATI
YANG ADA SAKSI
ADA JUGA BERITA
LANGGAR MATI
CABUT LARI
JENG JENG JENG

GAZA
HAMAS TOLAK PERUNDINGAN
JIKA HANYA UNTUK
BEBASKAN TAWANAN
HAMAS MAHU RUNDING
JALAN SELESAI 

UKRAINE
ZELENSKY MAHU REKRUT
500,000 SOLDADU BARU
KAH KAH KAH
MANA NAK CARI?

KINI ADA TIM TANGKAP
SAPA SAPA JANTAN BETINA
YANG BOLEH BERGERAK
AKAN DIPAKSA
UNTUK JADI SOLDADU
HANYA BAYI  YANG SELAMAT
PEREMPUAN MENGANDUNG
JANTAN CACAT PUN 
DI TANGKAP UNTUK
JADI SOLDADU

AMERIKA
MAHKAMAH TERTINGGI
DI COLORADO BATALKAN
TRUMP UNTUK
TANDING 2024
JENG JENG JENG

NEW YORK
PBB MASIH CARI JALAN
UNTUK BUAT GENCATAN SENJATA
QATAR KATA  ADA LANGAH
POSITIF

UNDI  PBB 
SATU RESOLUSI UNTUK GAZA
DI TANGGUH KERANA
AMERIKA TAK SETUJU

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
KELMARIN  TAK HUJAN
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU MUDA
BERAWAN PUTIH

TER KUR KUR   TER KUR KUR
SUARA TERKUKUR KUAT
MENYAMBUT PAGI
DENGAN SIMPONI LATAR 
CENGKERIK

HOW HOW
BERSUARA KUAT
JANTAN AMAT JAUH BERKOKOK

DALAM SAWAH RUMPUT
PULUHAN PIPIT MENCARI BIJIRIN

HARI INI AKAN PANAS
DI BALKONI GUA CAHAYA
DAH MELIMPAH
APAKAH HUJAN PETANG ?
AMIN

BRO
SENYUM KITA SAMBUT RABU
DENGAN SENYUMAN

ANAK BABI MAKAN PETAI
PETAI JATUH KE ATAS RIBA
MAULUD NABI AKAN SAMPAI
TAHUN BARU AKAN TIBA

DAPAT MENANTU DAPAT BESAN
MAKAN KENDURI SAMA DI RASA
PERANG DI GAZA BERTERUSAN
DI KAMPUNG HALAMAN NABI ISA

LAKUKAN SEKARNAG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERABU